[TERKINI 2024] Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Ringkas & Mudah

Mencari Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024? Artikel ini akan dedahkan kepada anda tentang Tenancy Agreement untuk kegunaan rumah sewa anda.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

contoh surat perjanjian sewa rumah yang ringkas

TERKINI: Contoh surat perjanjian sewa rumah yang ringkas dan lengkap (simple tenancy agreement in Malaysia) dengan versi terbaru untuk Tahun 2024! Lebih padat dan lengkap untuk melindungi hak anda sebagai tuan rumah dan elak penyewa yang bermasalah!

Nak tahu apakah kriteria atau syarat penting dalam sesebuah Surat Perjanjian Sewa Rumah? Di dalam artikel ini, kita akan lihat contoh sebuah perjanjian rumah sewa yang lengkap, ringkas dan mudah difahami untuk kegunaan seorang tuan rumah di Malaysia.

Apa Maksud Surat Perjanjian Sewa Rumah?

Perjanjian sewa rumah adalah sebuah kontrak antara Tuan Rumah dengan Penyewa yang ditetapkan dalam tempoh perjanjian dan kadar sewa bulanan yang tertentu dalam menguruskan sesebuah rumah sewa. Kontrak perjanjian ini digunakan untuk melindungi hak tuan rumah dan penyewa supaya penyewaan tersebut sah di sisi undang-undang di Malaysia, dengan syarat ia disahkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sendiri.

Malangnya…

Kebanyakan tuan rumah di Malaysia GAGAL nak tuntut kembali hak mereka sama disebabkan ketiadaan sebarang perjanjian sewa rumah antara mereka. Tidak kira ada dari segi duit sewa atau kerosakan-kerosakan yang berlaku dalam rumah sewa, tanpa sebarang perjanjian atau kontrak sewa rumah, agak sukar (atau hampir mustahil) untuk anda tuntut semula ganti rugi tersebut!

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Di dalam artikel ini, kita akan lihat lebih mendalam tentang apa yang perlu anda tahu tentang sesebuah contoh perjanjian sewa rumah.

Sebelum itu, ada perkara anda perlu tahu:

Sebarang kontrak tidak digalakkan untuk terus di ‘copy paste’ dan jadikan sebahagian daripada kontrak sewa rumah anda. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda mengambil keputusan untuk gunakan mana-mana template perjanjian yang wujud di luar sana.

Sekiranya anda sedang mencari template atau contoh perjanjian sewa di Internet dan menjumpai contoh-contoh kontrak yang digunapakai di luar negara, maka anda harus tunggu dahulu!

Anda mesti tahu:

Kontrak sewa rumah di luar negara adalah tidak sama dan tidak digalakkan untuk dipakai di Malaysia kerana persekitaran dan undang-undang di Malaysia adalah berbeza dengan di luar sana.

Di Malaysia terdapat beberapa undang-undang yang terkait dengan sesebuah kontrak sewa rumah iaitu:

  1. Akta Undang-Undang 1950 – Rujuk Sini
  2. Akta Undang-Undang Tanah 1965 – Rujuk Sini
  3. Akta Relief Spesifik 1950 – Rujuk Sini
  4. Akta Distres 1951 – Rujuk Sini

Sebelum kita berbincang lebih mendalam tentang surat sewa rumah ni.

..anda tau tak apa gunanya dokumen perjanjian ni?

Haa, bagi anda yang baru sahaja ingin mengorak langkah ke dalam industri pelaburan hartanah, anda harus tahu bahawa setiap sewaan WAJIB ada surat sewa rumah.

Anda tak pasti sama ada anda perlukan contoh agreement sewa rumah ataupun tidak?

Baca di sini >>> Adakah Saya Perlukan Surat Perjanjian Sewa Rumah?

Dalam bahasa orang putih disebut sebagai “Tenancy Agreement“.

Kalau ikut definisi yang diberikan oleh sebuah badan kerajaan di New Zealand, Tenancy:

“A tenancy agreement is a contract between a landlord and a tenant. It records all the key things that a landlord and a tenant have agreed to about the tenancy.”

Yang membawa maksud, perjanjian sewa rumah adalah kontrak antara pemilik rumah dan penyewa.

Ia merekodkan segala syarat-syarat penting untuk pemilik rumah dan penyewa bersetuju tentang sesebuah sewaan.

dokumen perjanjian sewa rumah berhadapan skrin komputer

“Oh apa gunanya tenancy agreement rumah sewa ni?”

Surat perjanjian sewa rumah adalah digunakan untuk melindungi hak tuan rumah seperti anda dan juga penyewa rumah sewa daripada sebarang isu berbangkit (dispute) antara kedua-dua belah pihak. Ia bertindak sebagai panduan yang wajib dipatuhi oleh pihak yang terlibat.

Kandungan surat surat sewa rumah adalah berbeza mengikut sesebuah rumah sewa dengan rumah sewa yang lain. Namun begitu, syarat-syarat utama dalam sesebuah perjanjian sewa rumah adalah kebanyakannya serupa dan mencapai objektif yang sama.

Kenapa Perlu Ada Surat Perjanjian Sewa Rumah?

Memiliki sebuah perjanjian sewa rumah adalah sangat penting, sehinggakan taiko-taiko dalam pelaburan hartanah menyifatkan surat agreement sewa rumah ini adalah suatu yang WAJIB bagi setiap pengurusan rumah sewa.

Anda perlu tahu:

Sekiranya anda tidak mempunyai surat sewa rumah secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.

Cuba anda bayangkan:

Penyewa hubungi anda melalui WhatsApp untuk menyewa rumah anda. Tidak cukup dengan WhatsApp, beliau call anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang rumah tersebut sambil berbincang terma dan syarat sewaan rumah tersebut.

Selepas anda berdua berborak dan berbincang panjang lebar, penyewa bersetuju untuk menyewa rumah tersebut dan mengambil kunci rumah daripada anda.

Anda mungkin hanya meminta maklumat peribadinya sahaja sebagai rujukan anda di masa hadapan. Selang beberapa bulan, tiba-tiba penyewa anda buat hal:

Tak bayar sewa pada bulannya. Bil tertunggak sampai ribuan ringgit. Perabot semua rosak. Rumah bersepah. – Tiba-tiba PENYEWA HILANG.

Siapa nak tanggung segala kerosakan dan bayar segala tunggakan ni, Kalau bukan anda?!

Pada masa ini, anda cuba untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Malangnya, mahkamah menolak tindakan anda kerana anda tidak mempunyai surat sewa rumah yang telah dipersetujui bersama.

Ini bermakna, tindakan penyewa tersebut merosakkan harta benda rumah sewa anda dan tidak bayar sewa adalah seolah-olah tidak menyalahi mana-mana bahagian dalam undang-undang! 

bilik rumah sewa bersepah akibat tidak gunakan perjanjian sewa rumah yang lengkap

Moral cerita ini:

Pentingnya anda sebagai tuan rumah untuk mempunyai surat perjanjian rumah sewa yang dipersetujui oleh bakal penyewa anda. Ini memberikan perlindungan yang maksima terhadap kebajikan anda dan juga rumah sewa anda.

Kejayaan tuan rumah dalam menguruskan penyewaan rumah adalah apabila beliau jelas dan faham apa yang perlu dibuat sepanjang tempoh sewaan, bermula dari sebelum, semasa dan selepas tempoh perjanjian sewa.

Ini bagi memastikan perjanjian sewa rumah yang dibuat boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Pelajari apa perlu anda buat sebagai seorang tuan rumah walaupun anda newbie >>> 5 Cara Sewakan Rumah Tanpa Berasa TAKUT Dengan Penyewa

Namun begitu, mempunyai surat perjanjian rumah sewa sahaja tidak cukup meyakinkan pihak mahkamah sekiranya kandungannya tidak disusun dengan atur dan tepat.

Nak Template Perjanjian Sewa Rumah Yang 100% Lengkap?

Di Sewanify, kami sediakan sebuah contoh surat Perjanjian Sewa Rumah yang 100% lengkap dan sah untuk digunakan di mahkamah. Memastikan segala tuntutan dan hak anda terbela dan penyewa dari ‘neraka’ dapat dikawal sepenuhnya oleh anda, walaupun anda masih newbie!

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Jom kita lihat apa yang perlu anda tahu tentang sesebuah perjanjian sewa rumah.

Di dalam artikel ini, kita akan dedahkan apakah kandungan sebuah contoh surat perjanjian sewa rumah dan bagaimana ia boleh bantu anda dalam menguruskan rumah sewa anda secara efektif dan efisien.

Kita akan juga perbincangkan apakah makna di sebalik isi kandungan perjanjian sewa rumah dan bagaimana anda boleh mendapat manfaat daripadanya.

Apa Yang WAJIB Ada Dalam Surat Perjanjian Rumah Sewa?

Secara amnya, sebuah dokumen perjanjian sewa rumah memiliki beberapa bahagian penting supaya ianya mematuhi Akta Kontrak dan juga perjanjian sewa itu sah di sisi undang-undang.

Bagi anda yang tidak tahu, perkara yang wajib ada dalam sesebuah perjanjian (tidak kira apa-apa perjanjian sekali pun) adalah:

  • Syarat-syarat perjanjian
  • Nilai transaksi perjanjian (sekiranya ada)
  • Pihak terlibat
  • Persetujuan

Ke semua perkara di atas telah dinyatakan di dalam Akta Kontrak. Sekiranya sesebuah perjanjian itu tidak mematuhi mana-mana bahagian di atas, maka secara automatiknya perjanjian itu tidak sah untuk digunakan.

Manakala untuk sebuah agreement sewa rumah pula, ia memiliki spesifikasi yang lebih khusus supaya hak Tuan Rumah dan Penyewa kekal terlindung, di samping memudahkan kedua-dua belah pihak menjadikan dokumen perjanjian ini sebagai sebuah rujukan dan panduan sepanjang tempoh perjanjian sewa.

Di bahagian ini, kita akan lihat lebih mendalam contoh perjanjian sewa rumah yang betul dan lengkap.

Antara kandungan penting dalam surat perjanjian rumah sewa adalah:
  1. Perjanjian Yang Berstruktur & Professional
  2. Maklumat Penyewa Lengkap
  3. Maklumat Sewaan Terperinci
  4. Senarai Inventori Menyeluruh
  5. Syarat-syarat Perjanjian Ketat
  6. Tandatangan Persetujuan Optimum

1. Dokumen Perjanjian Sewa Rumah Yang Professional

artboard 9 65922f91ba538c76fa1305e5 1
Muka Hadapan Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

Sesebuah perjanjian sewa rumah perlu mempunyai struktur yang professional dan teratur supaya mudah untuk anda sebagai Tuan Rumah dan juga Penyewa nanti untuk rujuk.

Daripada muka hadapan sehinggalah bahagian untuk tandatangan, dokumen perjanjian sewa ini harus mempunyai struktur dan sistem yang teratur.

Sebagai contoh, muka hadapan perjanjian adalah ruangan bagi anda sebagai tuan rumah dan penyewa untuk secara ringkasnya menulis alamat rumah sewa, nama tuan rumah (anda), nama penyewa dan tarikh tenancy agreement tersebut dibuat.

Maklumat-maklumat tersebut adalah penting sebagai rujukan awal untuk seluruh surat perjanjian tersebut.

Ia menjadi lebih penting apabila:

Rumah sewa tersebut mempunyai lebih daripada seorang penyewa, yang di mana, muka hadapan menjadi rujukan terpantas untuk membezakan penyewa-penyewa rumah tersebut.

Rekaan simple dan professional pada surat perjanjian sewa yang digunakan juga adalah penting untuk memberi gambaran anda seorang tuan rumah yang mengambil serious terhadap kebajikan penyewa, sekali gus membina kepercayaan penyewa terhadap anda.

2. Maklumat Penyewa Yang Lengkap

Anda sebagai seorang tuan rumah harus mempunyai semua maklumat bakal penyewa, terutamanya maklumat perhubungan mereka.

kontrak sewa rumah muka surat 2 bersama telefon bimbit
Maklumat Penyewa – Sebagai Rujukan dan Verifikasi Penyewa Sah Rumah Sewa Anda

Maklumat penyewa merupakan salah satu maklumat yang kritikal dalam sesebuah kontrak sewa rumah bagi memastikan anda mempunyai rekod latar belakang penyewa anda.

Ianya boleh digunakan sebagai perlindungan anda sebagai tuan rumah, sekiranya berlaku apa-apa kejadian, anda mempunyai rekod maklumat perhubungan untuk anda hubungi.

Penyewa yang didaftarkan di bahagian ini sahaja yang sah dan terikat dengan perjanjian yang telah dibuat.

Bermakna, mana-mana individu yang menetap di dalam rumah sewa anda dan tidak didaftarkan di bawah bahagian ini tidak dibenarkan untuk tinggal bersama, melainkan atas budi bicara anda untuk mereka menetap di situ.

Namun, bagi penyewa yang mempunyai pasangan atau ahli keluarga yang lain, kepilkan sekali maklumat pasangan atau penyewa bersama bersama perjanjian sebagai rujukan sahaja. Penyewa utama tetap akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku terhadap rumah sewa tersebut.

Sekiranya, penyewa lain itu adalah rakan-rakan mereka sendiri, maka digalakkan untuk mempunyai perjanjian yang berbeza bagi memudahkan pengurusan dan penguatkuasaan kontrak sewa rumah tersebut.

Walaubagaimanapun:

Anda sebagai penyimpan maklumat peribadi penyewa harus mempunyai persetujuan daripada penyewa untuk menyimpan dengan keadaan baik dan tidak bocori segala maklumat yang terkandung dalam surat perjanjian sewa rumah tersebut.

Deklarasi untuk menyimpan dengan selamat harus ditulis di dalam surat perjanjian tersebut dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Di dalam perjanjian sewa rumah Sewanify, kami sertakan bahagian deklarasi ini di setiap muka surat bagi memastikan setiap maklumat di dalam perjanjian sewa rumah itu adalah benar dan tepat.

Nak tahu lebih mendalam tentang bagaimana ingin pastikan maklumat penyewa anda 100% betul?

Baca lagi >>> 10 Maklumat Penyewa WAJIB Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah Anda – Bakal Selamatkan Duit Poket Dari LESAP Ke Tangan

3. Maklumat Sewaan Yang Terperinci

Maklumat sewaan adalah elemen yang paling penting dalam sebuah surat perjanjian sewa rumah.

Ia menyatakan maklumat-maklumat penting dalam sesebuah penyewaan rumah dan akan dijadikan sumber rujukan utama sekiranya ingin dibawa ke mahkamah untuk sebarang tuntutan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran perjanjian.

Sebagai seorang pelabur hartanah, jadual bayar sewa adalah bahagian yang anda WAJIB jelaskan kepada Penyewa dalam sesebuah perjanjian sewa rumah.

kontrak sewa rumah contoh muka surat 3 - bersama telefon bimbit
Maklumat Sewaan – Informasi Penting & Wajib Ada Dalam Sesebuah Perjanjian Sewa Rumah

Bahagian ini menyatakan secara terperinci tentang perincian sewaan dan maklumat pembayaran yang perlu dilaksanakan oleh penyewa.

Ia merangkumi tempoh sewaan, tarikh mula dan tamat sewaan, kadar sewaan, tarikh pembayaran sewaan, deposit/cagaran dan penyataan kegunaan sewaan.

Maklumat Penyewa, Tuan Rumah dan Rumah Sewa adalah maklumat-maklumat peribadi yang dikira penting untuk rujukan kedua-dua belah pihak di masa hadapan.

Tempoh sewaan adalah tempoh di mana penyewa tersebut menyewa rumah sewa anda. Berapa lama ingin anda isi di dalam bahagian ini adalah bergantung kepada strategi pelaburan hartanah anda. Sama ada ingin membuat kontrak 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun atau lebih. Nasihat kami adalah anda kekalkan tempoh penyewaan rumah kepada 1 tahun sahaja supaya lebih fleksibel untuk anda ubah kadar sewa bulanan atau sebarang terma & syarat dalam perjanjian anda untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Tarikh mula dan tamat sewaan pula adalah tarikh untuk penyewa anda boleh masuk dan keluar daripada rumah sewa tersebut. Sebagai tuan rumah, penting untuk anda mempunyai tarikh kontrak yang sesuai bagi memberi anda ruang dan peluang untuk memperbaiki dan memperkemas rumah sewa tersebut sebelum penyewa seterusnya masuk.

Kadar sewaan adalah jumlah sewa yang perlu penyewa bayar kepada anda setiap bulan.

Tarikh pembayaran sewaan adalah poin yang penting bagi melindungi hak anda sebagai pelabur hartanah, iaitu untuk memperoleh duit sewaan tepat pada masanya. Tarikh ini akan digunakan sebagai bukti persetujuan penyewa untuk membayar pada tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan akan menimbulkan pelanggaran Perjanjian oleh penyewa dan anda sebagai tuan rumah mempunyai alasan yang kukuh untuk mengheret mereka ke muka pengadilan.

Sekiranya anda menetapkan 1 haribulan setiap bulan sebagai tarikh pembayaran sewaan, maka penyewa diwajibkan untuk bayar kadar sewaan yang penuh pada 1 haribulan setiap bulan.

Di dalam contoh agreement sewa rumah Sewanify, telah dinyatakan pada klausa syarat-syarat perjanjian berkenaan kegagalan untuk bayar sewa tepat pada masanya. Ini memastikan penyewa kekal berdisiplin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk bayar sewa.

Bacaan Lanjut >>> Apa Nak Buat Kalau Penyewa Tak Bayar Sewa?

Di ruangan Deposit/Cagaran pula, anda sebagai tuan rumah harus menetapkan berapa wang deposit/cagaran yang anda perlukan.

Kebiasaannya, untuk langkah keselamatan..

..anda boleh minta:

  • 2 bulan deposit beserta 1 bulan pertama sewaan dan 1 bulan deposit utiliti (2+1+1)
  • 2 bulan deposit berserta 1 bulan pertama sewaan (2+1)
  • 1 bulan deposit berserta 1 bulan pertama sewaan (1+1).

Bergantung pada budi bicara anda dan penyewa anda.

Baca di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang sistem Deposit/Cagaran yang anda boleh gunakan >>> Deposit Sewa Rumah? Maksud 1+1, 2+1 atau 2+1+1? WAJIB Tahu!

Kegunaan Sewaan pula adalah tujuan penyewaan rumah itu dibuat, sekiranya anda hanya membenarkan penyewa anda menggunakan rumah sewa tersebut sebagai kediaman sahaja, anda tuliskan “Hanya untuk kediaman sahaja”.

Sekiranya anda membenarkan untuk penyewa anda membuat urus niaga dalam rumah sewa tersebut, anda harus tulis “Untuk urusan niaga dan kediaman”.

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

4. Senarai Inventori Yang Lengkap

Sekiranya anda ingin menyewakan rumah sewa anda yang penuh dilengkapi perabot (fully furnished), kami sarankan anda untuk membuat rekod secara bertulis pada setiap perabot dan perkakasan yang ada pada rumah sewa tersebut.

kontrak sewa rumah muka surat 4 - senarai inventori
Senarai Inventori – Harta Benda Dalam Rumah Sewa Anda Sebahagian Dari Perjanjian Sewa Rumah

Salah satu perkara yang kurang disenangi oleh pemilik rumah adalah apabila melihat keadaan rumah sewanya dalam keadaan tunggang-langgang dan bersepah selepas penyewa-penyewa beliau tamat tempoh sewaan mereka.

Apa yang sering dilihat adalah kerosakan yang berlaku pada perabot dan perkakas rumah sewa tersebut.

Yang sedihnya, penyewa tidak mengaku bahawa kerosakan-kerosakan tersebut datang daripada mereka.

Lebih malang lagi…

…dalam masa yang sama, anda juga tidak boleh buktikan bahawa mereka yang salah kerana mungkin sahaja kerosakan tersebut sudah wujud sebelum mereka masuk lagi.

Haa, nampak tak di mana masalahnya di situ?

Anda tidak tahu dari mana datangnya kerosakan itu sama ada disebabkan anda atau penyewa anda.

Solusi yang terbaik untuk isu ini adalah dengan mempunyai senarai inventori pada awal sewaan bagi merekod setiap barangan yang ada pada rumah sewa tersebut sebelum penyewa-penyewa baru masuk lagi.

Ini penting:

Rekod secara bertulis ini boleh dibuat dengan menggunakan senarai yang simple sahaja. Cukup setakat anda merekod setiap barangan di dalam rumah sewa tersebut dengan menulis kuantiti dan keadaan barangan-barangan tersebut.

Option lain:

Anda boleh laksanakan spot-check sebelum tandatangan surat perjanjian rumah sewa dengan menyemak dan merekod segala barangan dalam rumah sewa tersebut bersama bakal-bakal penyewa.

Sekiranya berlaku apa-apa musibah pada barangan tersebut, anda rujuk semula senarai inventori ini untuk menentukan punca kerosakan itu berlaku. Selamatkan diri anda sebelum penyewa anda.

Di dalam contoh agreement sewa rumah Sewanify, kami sertakan ruangan untuk anda isi senarai harta benda rumah sewa anda berserta keadaan harta benda tersebut. Cara untuk guna senarai inventori ini adalah dengan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh bersama penyewa, dan tandakan keadaan harta benda tersebut di hadapan mereka. Kemudian, minta mereka tandatangan muka surat ini tanda persetujuan tentang keadaan harta benda tersebut. Ini bagi memastikan penyewa tahu apakah keadaan asal setiap harta benda dalam rumah sewa anda dan memastikan mereka pulangkan harta benda tersebut dalam keadaan baik dan sama seperti sebelumnya.

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

5. Syarat-Syarat Perjanjian Sewa Rumah Yang Optimum

Di dalam kontrak sewa rumah, tidak sah sekiranya tiada syarat-syarat perjanjian yang akan dipersetujui oleh tuan rumah dan penyewa.

Syarat Perjanjian - Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah PDF Sewanify
Syarat Perjanjian – Peraturan dan Panduan Kepada Penyewa dan Tuan Rumah

Ini adalah disebabkan, syarat-syarat perjanjian adalah elemen yang mampu mengawal tindak-tanduk penyewa anda daripada naik lemak terhadap anda!

Syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak sewa rumah adalah berbeza mengikut keadaan rumah dan strategi pemilik rumah.

Anda patut tahu:

Sekiranya syarat perjanjian terlampau longgar, maka sangat mudah untuk Penyewa mengambil kesempatan. Sekiranya terlampau ketat pula, ia akan menyukarkan penyewa untuk mematuhi setiap syarat tersebut. 

Kesimpulannya:

Anda boleh seimbangkan perincian perjanjian dengan berbincang dengan mereka. Minta pendapat daripada mereka tentang kewajaran sesebuah syarat-syarat perjanjian, adakah mereka mampu untuk menanggung segala yang tercatit dalam perjanjian tersebut.

Tapi anda harus ingat..

..untuk menjadi pelabur hartanah yang luar biasa, yang mampu membina positive cashflow dan penyewa yang boleh bayar sewa rumah tepat pada masanya, anda harus bersifat tegas pada syarat-syarat perjanjian anda. Ini adalah demi menjaga kepentingan anda dalam pelaburan hartanah ini.

Apa yang penting adalah untuk anda pastikan anda sebagai tuan rumah faham dengan perjanjian yang bakal digunakan. Kemudian, terangkan kepada penyewa tentang setiap perkara dalam perjanjian tersebut. Dengan cara ini, walaupun perjanjian anda sangat ketat, tetapi sekiranya penyewa faham betul-betul, tiada masalah untuk mereka jalankan perjanjian tersebut.

Penyewaan rumah bukan hanya melibatkan proses penyerahan hak guna rumah tersebut kepada penyewa, tetapi juga melibatkan tanggungjawab kedua-dua pihak, iaitu penyewa dan tuan rumah.

Pentingnya untuk perjanjian sewa rumah tersebut menyenaraikan tanggungjawab tuan rumah secara terperinci supaya perjanjian tersebut tidak kelihatan seperti berat sebelah dan untuk mengelak ditolak oleh pihak mahkamah nanti. Berikut adalah antara tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan rumah.

Tanggungjawab Tuan Rumah:

  1. Menangani Masalah yang Dihadapi Penyewa: Tuan Rumah harus menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku di rumah, termasuk masalah struktur dan kerosakan yang berlaku kerana usia bangunan tersebut.
  2. Menyelenggara Rumah Sewa dan Peralatan yang Disediakan: Tuan rumah perlu memastikan yang segala peralatan dan perabot dalam keadaan baik dan berfungsi, termasuk sistem elektrik dan saluran paip air.
  3. Membaiki Peralatan dan Perabot yang Rosak: Jika ada sesuatu rosak dan itu bukan disebabkan oleh penyewa, tuan rumah bertanggungjawab untuk membaikinya.
  4. Menjaga dan Memastikan Rumah Sewa Layak Diduduki: Tuan rumah perlu memastikan rumah sewa memenuhi syarat-syarat dari segi kesihatan dan juga keselamatan.
  5. Bertanggungjawab Terhadap Jaminan Keselamatan Penyewa: Tuan rumah harus memastikan rumah sewa selamat dihuni, termasuk melakukan sebarang penambahbaikan jika diperlukan.
  6. Membayar Segala Caj yang Berkaitan dengan Rumah Sewa: Tuan rumah perlu membayar cukai tanah, cukai pintu, yuran penyelenggaraan, dll.
  7. Menyediakan Insurans Kebakaran: Tuan rumah adalah bertanggungjawab untuk memiliki insurans kebakaran untuk rumah sewa.
  8. Melaksana dan Memantau Perjanjian Sewa Rumah: Memastikan penyewa patuh pada syarat dan terma yang telah ditetapkan dalam perjanjian sewa rumah. Melakukan peringatan kepada mereka.
  9. Menghormati Privasi Penyewa: Tuan rumah harus memahami dan menghormati hak privasi penyewa. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan rumah memerlukan akses ke rumah sewa, notis perlu dikeluarkan terlebih dahulu kepada penyewa, kecuali sekiranya berlaku kecemasan.
  10. Pemulangan Deposit: Setelah tempoh sewaan tamat berdasarkan kontrak sewa rumah, tuan rumah bertanggungjawab untuk memulangkan deposit setelah memotong sebarang caj yang perlu dibayar oleh penyewa seperti bil yang belum dibayar, kerosakan harta, atau caj penamatan kontrak lebih awal dari yang sepatutnya.

Di sisi lain, penyewa juga mempunyai tanggungjawab mereka sendiri yang harus dipenuhi untuk memastikan bahawa mereka menjaga rumah sewa dan menghormati hak tuan rumah. Berikut adalah antara tanggungjawab penyewa yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh sewaan:

Tanggungjawab Penyewa:

  1. Menjaga Rumah Sewa dan Segala Peralatan yang Disediakan dengan Baik: Penyewa harus menjaga rumah sewa dan peralatan yang disediakan oleh tuan rumah. Segala peralatan harus digunakan dengan baik dan dengan cermat.
  2. Bertanggungjawab Terhadap Peralatan yang Rosak: Jika sebarang peralatan atau mana-mana bahagian rumah sewa rosak, penyewa bertanggungjawab untuk melaporkannya kepada tuan rumah dan, bergantung pada jenis kerosakan, menanggung kos pembaikan kerosakan tersebut.
  3. Menghormati Jiran: Penyewa harus menjaga hubungan baik dengan jiran dan harus menggunakan rumah sewa tersebut dengan cara yang tidak mengganggu orang lain.
  4. Tidak Mengubahsuai Rumah Sewa Tanpa Kebenaran: Penyewa tidak boleh melakukan sebarang perubahan atau pengubahsuaian pada rumah sewa tanpa kebenaran dan persetujuan tuan rumah.
  5. Membayar Sewa tepat pada Masanya: Penyewa harus membayar sewa pada waktu yang ditentukan dalam perjanjian sewa.
  6. Melapor Kerosakan kepada Tuan Rumah Secara Segera: Penyewa harus melaporkan sebarang kerosakan pada rumah sewa kepada tuan rumah segera.
  7. Memastikan Rumah Sewa dalam Keadaan yang Bersih dan Selamat: Penyewa harus menjaga kebersihan dan keselamatan rumah sewa, termasuk tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengancam keselamatan penyewa dan juga rumah sewa.
  8. Mematuhi Terma dan Syarat Perjanjian Sewa: Penyewa harus mematuhi semua terma dan syarat yang ditentukan dalam perjanjian sewa.
  9. Memelihara dan Menjaga Rumah Seperti Rumah Sendiri: Penyewa harus menjaga rumah sewa seperti mereka menjaga rumah sendiri.
  10. Membayar Bil Utiliti tepat pada Masanya: Penyewa bertanggungjawab untuk membayar semua bil utiliti yang berkaitan dengan rumah sewa.
  11. Tidak Menyewakan semula Rumah Sewa (Sublet) tanpa Kebenaran: Penyewa tidak boleh menyewakan semula atau memindahkan hak sewa kepada orang lain tanpa kebenaran dari tuan rumah.
  12. Menggunakan Rumah Sewa untuk Tujuan yang Telah Disepakati: Properti harus digunakan untuk kegunaan yang telah disepakati dalam perjanjian sewa.
  13. Bertanggungjawab Atas Kerosakan Disebabkan Penyewa Lain: Jika penyewa mempunyai teman serumah atau tetamu yang datang, penyewa bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin ditimbulkan oleh orang lain.
  14. Mengembalikan rumah dalam Keadaan Baik: Apabila kontrak sewa berakhir, penyewa harus mengembalikan rumah sewa dalam keadaan yang sama seperti pada awal sewa, kecuali sekiranya berlaku kerosakan akibat dimamah usia.
  15. Mengelakkan sebarang Aktiviti yang Boleh Menyebabkan Gangguan kepada Jiran atau mengganggu ketenteraman Awam: Penyewa harus menjaga ketenteraman dan tidak melakukan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman jiran tetangga.

Memastikan kedua-dua pihak faham dan tahu apakah tanggungjawab masing-masing sangat penting bagi mengekalkan hubungan sewaan tersebut dalam keadaan yang baik dan harmoni. Seterusnya, memastikan sewaan rumah tersebut berjalan dengan lancar sepanjang tempoh sewaan.

Di dalam perjanjian sewa rumah Sewanify, kami senaraikan pelbagai peraturan dari pembayaran sewa sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti adab berjiran. Pentingnya untuk mempunyai peraturan yang lengkap dan mudah untuk difahami adalah supaya penyewa tahu apakah tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga tingkah laku mereka supaya tidak melanggar mana-mana perjanjian yang telah dibuat.

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

6. Tandatangan Persetujuan Kontrak Sewa Rumah

Perkara yang terakhir sekali dan perkara yang sangat penting untuk meluluskan kontrak sewa rumah ini adalah, tandatangan pemilik rumah, penyewa dan saksi (sekiranya ada).

surat perjanjian sewa rumah sewanify mockup tandatangan penyewa tuan rumah
Tandatangan Perjanjian – Persetujuan Oleh Kedua-dua Belah Pihak

Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju dan telah menandatangani surat perjanjian tersebut, maka mereka sudah mula untuk menjalankan tanggungjawab tuan rumah dan penyewa dalam memenuhi kandungan-kandungan perjanjian itu.

Walaubagaimanapun.. 

..sekiranya salah seorang daripada mereka gagal untuk mematuhi kandungan perjanjian, ianya adalah bergantung pada budi bicara pemilik rumah atau penyewa tersebut untuk melaksanakan langkah seterusnya.

Pastikan anda matikan duti setem dan dokumen ditandatangani di hadapan saksi untuk pastikan perjanjian tersebut sah digunakan.

Sebaiknya adalah untuk anda menyediakan dua salinan (dua tandatangan) supaya penyewa anda boleh simpan surat perjanjian itu sebagai rujukan di masa hadapan.

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Duti Setem di LHDN

Adanya tenancy agreement rumah sewa memudahkan kedua-dua belah pihak dalam memahami hak dan kewajibannya.

Dokumentasi surat perjanjian ialah untuk mengemukakan dan membuktikan apa yang telah dipersetujui.

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah - Cara Matikan Setem Di LHDN (1)
Cara untuk mematikan setem perjanjian sewa rumah di LHDN.

Setiap perjanjian yang dilakukan mesti dimatikan setem di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Jadi, mengapa perlu setem hasil?

Keperluan penseteman wujud dibawah Akta Setem 1949. Dibawah Akta ini, penseteman dokumen dilakukan bagi tujuan:

“bagi membolehkan dokumen-dokumen berkenaan diterima sebagai keterangan di mahkamah, terutama semasa dikemukakan sebagai keterangan dalam tindakan sivil (terutama menuntut gantirugi) diantara pihak-pihak. Ini penting kerana menurut peruntukan seksyen 52 Akta Setem 1949, suratcara yang tidak disetemkan sewajarnya tidak boleh diterima sebagai keterangan (kecuali didalam kes-kes jenayah, atau apabila suratcara atau dokumen berkenaan disetemkan kemudiannya setelah membayar penalti).”

Jadi, selepas penyewa dan anda telah bersetuju untuk tandatangan kontrak, anda harus terus ke LHDN untuk mendapatkan duti setem pengesahan bagi melindungi hak anda daripada sebarang permasalahan undang-undang.

Cara terkini dalam mendapatkan duti setem di LHDN adalah dengan kaedah STAMPS iaitu anda menggunakan laman web mereka kemudian masukkan info-info berkaitan penyewaan rumah anda ke dalam sistem. Anda boleh mulakan di sini.

Nak tahu lebih lanjut kaedah pengiraan penyeteman surat perjanjian sewa rumah?

Lakukan Kiraan Anda Di Sini >>> Kalkulator Duti Setem LHDN

Soalan Lazim

  1. Adakah Duti Setem Dari Pesuruhjaya Sumpah Diperlukan untuk Perjanjian Sewa Rumah?

    Jawapan pendeknya: TIDAK.

    Soalan yang sering ditanya kepada kami sama ada surat agreement sewa rumah ini perlu mendapat sokongan atau setem dari pihak pesuruhjaya sumpah atau tidak.

    Pesuruhjaya sumpah tugas mereka adalah untuk verifikasi ketulenan maklumat yang ditulis pada sesebuah dokumen sahaja. Mendapatkan setem daripada mereka tidak akan menjadikan dokumen perjanjian anda sah digunakan di mahkamah. Hanya pihak LHDN sahaja yang boleh memberikan setem yang boleh mengesahkan sesebuah dokumen untuk digunakan di mahkamah.

  2. Berapakah kos untuk mematikan setem Perjanjian Sewa Rumah di LHDN?

    Bergantung pada tempoh perjanjian dan kadar sewa. Anda boleh dapatkan kos untuk mematikan setem perjanjian sewa rumah melalui aplikasi kami secara percuma di: Kalkulator LHDN

  3. Bagaimana ingin uruskan Penyewa yang mempunyai haiwan peliharaan?

    Sekiranya anda ingin meluaskan capaian penyewa berpotensi, membenarkan haiwan peliharaan akan membantu anda mendapatkan lebih ramai penyewa.

    NAMUN, anda harus pastikan segala klausa berkaitan haiwan peliharaan telah dimasukkan dalam perjanjian sewa rumah. Pastikan ia ada menyatakan tentang perlindungan terhadap kerosakan akibat haiwan peliharaan.

    Selain itu, anda digalakkan untuk meminta deposit haiwan peliharaan (1/2 bulan) bagi memastikan anda mempunyai wang untuk baiki sebarang kerosakan yang disebabkan haiwan peliharaan.

  4. Penyewa nak tamatkan perjanjian lebih awal. Apa nak buat?

    Secara asasnya, penyewa TIDAK BOLEH untuk tamatkan perjanjian lebih awal daripada yang dinyatakan dalam perjanjian.

    Anda sebagai tuan rumah perlu berbincang dengan Penyewa sama ada untuk meminta mereka mencari pengganti atau membayar bulan-bulan yang seterusnya itu.

    Walaubagaimanapun, sekiranya Penyewa tetap ingin keluar, maka adalah tertakluk pada budi bacara anda sama ada ingin lepaskan mereka tanpa sebarang denda atau ingin kenakan penalti berbentuk pengambilan deposit daripada mereka.

  5. Berapakah tempoh sewa yang digalakkan untuk perjanjian sewa rumah?

    Kami sarankan anda untuk meletak tempoh 1 tahun sahaja dan kemudian diperbaharui dokumen perjanjiannya setiap tahun. Ini adalah supaya anda mempunyai fleksibiliti untuk mengubah sebarang syarat-syarat dalam perjanjian termasuklah kadar sewa bulanan dan perincian-perincian yang lain.

  6. Bagaimana ingin perbaharui perjanjian sewa rumah?

    Caranya mudah sahaja. Lakukan perkara ini 7-14 hari sebelum tamat tempoh perjanjian penyewaan rumah.

    Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ambil kira apabila hendak memperbaharui perjanjian sewa untuk rumah:

    1) Pastikan anda lakukan pemeriksaan menyeluruh untuk rumah sewa anda. Sebarang kerosakan/kehilangan anda boleh gunakan deposit sekuriti (dengan persetujuan penyewa)
    2) Pastikan bahawa kedua-dua pihak bersetuju dengan terma dan syarat baru yang dicadangkan.
    3) Periksa semula terma dan syarat lama dan kemudian lakukan penyesuaian yang diperlukan, termasuk kadar sewa bulanan dan tempoh kontrak yang dicadangkan.
    4) Pastikan bahawa semua maklumat relevan dikemas kini, termasuk maklumat pemilik dan penyewa, alamat rumah, dan sebagainya.
    5) Tandatangan perjanjian sewa baru dengan kedua-dua pihak SEBELUM perjanjian yang lama tamat.

    Namun, jika deposit yang dibayar sebelum ini masih boleh digunakan untuk penghujung kontrak sewa yang sedia ada, maka kebiasaannya penyewa tidak perlu membayar deposit baru semasa renew. Walau bagaimanapun, perkara ini bergantung kepada terma dan syarat kontrak sewa rumah yang telah ditetapkan oleh anda. Oleh itu, cadangan terbaik ialah berbincang dengan pemilik harta tanah mengenai perkara ini.

  7. Deposit perlu dipulangkan kepada Penyewa sekiranya ingin Renew perjanjian?

    Tidak perlu. Malah, sekiranya anda menaikkan kadar sewa bulanan atau deposit tersebut telah digunakan untuk mengganti kerosakan/kehilangan harta benda, maka anda perlu meminta Penyewa untuk topup deposit tersebut. Pastikan anda mempunyai deposit yang cukup pada tempoh perjanjian yang seterusnya. 

  8. Apa perlu buat sekiranya Penyewa ingin melakukan sublet (menyewakan bilik kepada orang lain?)

    Bergantung pada apa yang tertulis dalam contoh agreement sewa rumah anda, secara amnya, Penyewa perlu memastikan segala peraturan yang telah ditetapkan dalam perjanjian sewa rumah antara anda dengan mereka dipertanggungjawabkan juga kepada penyewa sublet mereka. 

    Ini bagi memastikan penyewa mereka mematuhi peraturan-peraturan yang telah anda tetapkan.

    Apapun, pihak kami tidak mengalakkan untuk anda membenarkan penyewa melakukan sublet atas risiko kerosakan, kehilangan dan lain-lain yang bakal anda hadapi.

  9. Adakah Perjanjian Sewa Rumah Boleh Digunakan Untuk Sewaan Bilik?

    Boleh. Perjanjian Sewa Rumah lebih bersifat menyeluruh dalam memastikan Penyewa mematuhi peraturan rumah sewa secara keseluruhannya.

    Penyewa tetap menggunakan ruangan bersama atau common area dalam rumah sewa tersebut seperti tandas, ruang tamu, balkoni, dan lain-lain bahagian. Yang hanya mereka tidak gunakan adalah ruangan Bilik Tidur penyewa yang lain.

    Maka wajar untuk penyewa bilik mematuhi peraturan sewa untuk seluruh rumah berbanding hanya menetapkan peraturan penggunaan bilik sahaja.

    Cara untuk menjadikan perjanjian sewa rumah sebagai perjanjian sewa bilik hanyalah dengan menetapkan nombor bilik dalam rumah sewa tersebut.

  10. Adakah Perjanjian Sewa Rumah Ini Sah Digunakan Di Mahkamah?

    Ya, jika perjanjian sewa rumah telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sah di sisi undang-undang, ia adalah sah untuk digunakan di mahkamah jika diperlukan. Anda hanya perlu pastikan perjanjian ini ditandatangani dan dimatikan setem di LHDN terdekat.

    Untuk pengetahuan anda, dokumen perjanjian sewa rumah yang kami berikan ini adalah 100% Sah untuk digunakan di mahkamah. Ia telah digunakan lebih dari 5,000+ pengguna sejak 2018 dan masih tiada lagi kes pihak mahkamah menolak apa yang kami tawarkan.

  11. Bagaimana nak mengusir penyewa yang degil membayar sewa rumah?

    Untuk mengusir penyewa yang enggan membayar sewa rumah di dalam undang-undang Malaysia, tuan rumah perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai dengan prosedur undang-undang. Tujuan langkah-langkah ini adalah untuk memastikan perjanjian sewaan dipatuhi dan hak tuan rumah dijaga. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:

    1) Beri notis secara bertulis kepada penyewa tentang tunggakan sewa dan berikan tempoh yang munasabah untuk membayar tunggakan tersebut.

    2) Sekiranya penyewa masih tidak membayar tunggakan atau tidak berunding untuk membayar balik, tuan rumah boleh mengambil tindakan undang-undang seperti mengambil kes ke mahkamah untuk menuntut bayaran tunggakan sewa. Anda boleh mulakan kes di mahkamah sivil yang berhampiran dengan tempat anda.

    3) Sekiranya mahkamah memberikan kebenaran untuk mengusir penyewa, tuan rumah perlu mengikuti tatacara yang betul dengan mendapatkan bantuan pegawai yang ditugaskan oleh pihak berkuasa tempatan seperti pihak polis untuk mengusir penyewa tersebut.

    Namun, langkah-langkah ini perlu dipastikan diambil dengan patuh pada undang-undang yang berkuatkuasa agar kita tidak melanggar hak asasi manusia atau melanggar undang-undang lain yang berkaitan dengan tindakan pengusiran. Selain itu, perlu diingatkan juga bahawa pengusiran hanya boleh dilakukan apabila terdapat keperluan mendesak untuk melindungi harta, keselamatan awam serta keadaan atau kejadian yang memerlukan tindakan segera.

    Sekiranya anda tidak pasti, dapatkan khidmat nasihat guaman untuk memastikan anda mengikuti prosedur yang betul.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kontrak sewa rumah adalah penting untuk dibuat sebelum penyewa menggunakan rumah sewa anda.

Terdapat pelbagai template surat perjanjian yang anda boleh gunakan sebagai kontrak sewa rumah anda.

Walaupun begitu..

..rata-rata surat perjanjian yang ada adalah berbahasa Inggeris dan digunakan secara umum di seluruh dunia.

Maka ianya kurang sesuai sekiranya digunakan di Malaysia dan anda hanya ingin menyewakan rumah anda kepada penduduk tempatan sahaja. Lebih-lebih lagi ramai yang kurang memahami bahasa Inggeris.

Berita baik untuk anda:

Sewanify telah mengambil inisiatif untuk mencipta contoh surat agreement sewa rumah umum yang khusus untuk digunakan di Malaysia dan yang paling penting, ianya berbahasa Melayu!

Gambar-gambar yang kami sertakan di dalam artikel ini adalah diambil daripada surat perjanjian Sewanify.

Yang menariknya:

Ianya adalah mudah untuk digunakan dan hanya mempunyai 30 muka surat sahaja. Sesuai bagi anda yang inginkan tenancy agreement sewa rumah yang ringkas dan padat.

TERKINI: Contoh surat perjanjian sewa rumah yang ringkas dan lengkap (simple tenancy agreement in Malaysia) dengan versi terbaru untuk Tahun 2024! Lebih padat dan lengkap untuk melindungi hak anda sebagai tuan rumah dan daripada tindakan penyewa yang bermasalah!

Berminat untuk dapatkannya? Klik butang di bawah:

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Mudah, Ringkas & Lengkap

Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa dari Neraka menyewa bersama anda dengan perjanjian sewa rumah yang lengkap berserta bonus-bonus tambahan yang boleh membantu anda uruskan rumah sewa.

BONUS PERCUMA: 10 Jenis Panduan Uruskan Rumah Sewa Khas Untuk Anda Yang Newbie atau First-Time Ingin Sewakan Rumah.

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!