Pembaharuan Perjanjian Sewa Rumah – Adakah Deposit Perlu Dikembalikan?

Penyewa ingin perbaharui Perjanjian Sewa Rumah. Apa jadi dengan kontrak? Dapatkan jawapannya di dalam artikel ini.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Pembaharuan Perjanjian Sewa Rumah – Adakah Deposit Perlu Dikembalikan?

Di dalam kes pembaharuan perjanjian sewa rumah, kami menerima pelbagai soalan berkaitan dengan persoalan sama ada deposit perlu dikembalikan ataupun tidak sekiranya penyewa ingin perbaharui perjanjian sewa rumah.

Deposit sekuriti sebuah cagaran yang dibuat oleh penyewa kepada pemilik rumah bagi melindungi kepentingan pemilik rumah. Ia memastikan penyewa kekal berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang penyewa.

Namun, apabila tamatnya tempoh sesebuah perjanjian sewa rumah, tanggungjawab sebagai penyewa anda juga akan selesai.

Jadi..

Sebagai tuan rumah, anda perlu kembalikan wang deposit kepada mereka semula kerana mereka sudah terlepas dari tanggungjawab mereka.

Tetapi, apa jadi kalau Penyewa mahu sambung kontrak tersebut?

Sebuah perjanjian sewa rumah termeterai apabila pihak pemilik rumah dan penyewa menandatangani pada dokumen yang mengandungi kadar sewaan, pihak yang terlibat dan tempoh sewaan.

Maka, apabila tamatnya tempoh sewaan tersebut, kontrak itu secara automatiknya akan terbatal.

Di dalam kes pembaharuan perjanjian sewa rumah, perlu wujud kontrak yang baru beserta tarikh mula dan akhir yang baru. 

Bergantung pada apa yang dinyatakan pada perjanjian yang sebelumnya, kebiasaannya deposit boleh terus dibawa ke perjanjian yang seterusnya tanpa perlu memulangkan kepada penyewa. Paling penting adalah kedua-dua belah pihak iaitu pemilik rumah dan penyewa bersetuju untuk melakukan transaksi tersebut.

Rasionalnya?

Ia menjimatkan masa dan mengurangkan kerumitan dalam menguruskan hal berkaitan deposit. 

Bagaimana anda boleh laksanakan pembaharuan perjanjian sewa rumah?

Sebaiknya adalah memperbaharui satu bulan sebelum tamatnya kontrak yang lama. 

Ini bagi memastikan, secara perundangannya, wang deposit itu tidak berada pada status ‘kosong’ atau vacant akibat tiada kontrak yang memegangnya. 

Walaubagaimanapun, wang deposit tersebut masih lagi terikat pada perjanjian yang lama sehinggalah tarikh tamat tempoh perjanjian tersebut dan bermulanya perjanjian yang baharu.

Apa jadi sekiranya tuan rumah ingin tuntut deposit tersebut meskipun sudah perbaharui kontrak?

Sekiranya terdapat sebarang tuntutan deposit (kerana berlaku sebarang kerosakan ataupun pelanggaran kontrak) yang dibuat oleh tuan rumah sebelum tamatnya tempoh sewaan perjanjian yang lama, maka tuan rumah berhak untuk memotong sebahagian atau seluruh deposit tersebut.

Di dalam kes ini pula, deposit yang baharu perlu dibuat pada perjanjian yang baharu kerana nilainya sudah berubah dan tidak sama dengan perjanjian yang baharu (sekiranya deposit yang ditentukan/dipersetujui adalah sama pada kedua-dua perjanjian yang lama & baru).

Konklusi

Isu deposit dalam pembaharuan perjanjian sewa rumah tidaklah serumit seperti yang ramai pemilik rumah sangkakan. Apa yang penting adalah bagi memastikan ketelusan atau transparency wang deposit itu berada pada kadar yang jelas.

Seperti yang kami cakap, ia tidak boleh berada di awangan tanpa ada pegangan (kontrak) padanya. 

Jadi, secara amnya, kami nasihatkan kepada tuan rumah di luar sana agar sekiranya ingin perbaharui kontrak, pastikan anda membuat persiapan sebulan awal.

Semak segala bil dan sewa yang tertunggak, atau segala kerosakan (sekiranya perlu) supaya penolakan deposit dapat dibuat sebelum masuk ke perjanjian sewa rumah yang baru.

Anda ada soalan berkaitan penyewaan? Hubungi kami melalui Facebook kami di m.me/sewanify.com.

40 thoughts on “Pembaharuan Perjanjian Sewa Rumah – Adakah Deposit Perlu Dikembalikan?”

  1. Noraida Binti Mohd Topik

    adakah setiap kali sambung aggrement sewa rumah kena bayar..contohnye setiap 2 tahun perbaharui aggrement mesti kena bayar rm300..

    1. Hi, tidak perlu ya. Sekiranya perjanjian disambungkan, maka deposit boleh dibawa ke tahun seterusnya. Namun, kami galakkan untuk tuan rumah melakukan pemeriksaan akhir tahun bagi menyemak sebarang kerosakan/kehilangan yang berlaku SEBELUM memasuki tahun ke-2 perjanjian. Ini membolehkan cik menolak wang deposit pada perjanjian sebelumnya dan mengambil deposit baru untuk perjanjian yang seterusnya.

        1. Bergantung pada situasi, kebanyakannya tidak perlu sekiranya jumlah deposit adalah sama. Akan tetapi, perjanjian harus ditukar dan diperbaharui dengan nama owner yang baru.

      1. Assalamualaikum,sy owner rumah.
        Saya ada bg aggrement pd penyewa2 sy.kontrak sewa 2thn,tp penyewa dah menyewa 4-7thn ,sy x renew kontrak sblm ni,sbb penyewa2 bayar ontime & semua ultiliti diaorg bayar sy check melalui online semuanya.Sy nak naikkan sewa rumah dlm rm50-100.perlu ke sy kekalkan deposit penambahan rm50-100 tu & bg aggrement baru ?

  2. Haii .. nk tnya .. kami sewa rumah ramai dgn kawan .. bulan 7 ni akan habis contract, tapi kawan yg lain nak sambung contract, kecuali saya seorang .. saya mengalami masalah berkenaan isu wang deposit .. kalau diikutkan, contract yg mengikat saya dah hbis, dan saya berhak mendapatkan wang deposit tersebut .. tetapi rakan serumah bertegas wang deposit itu tidak akan dipulangkan sehingga semua kawan serumah saya menamatkan contract .. macam mana ya?

    1. Hii, adakah perjanjian diadakan secara berasingan atau diikat di dalam satu contract?

      Jika semua orang dalam rumah tersebut berada di bawah satu contract, maka wang deposit tidak boleh dipulangkan oleh owner melainkan tamatnya rumah sewa tersebut secara keseluruhan.

      Apapun, berbincang dengan penyewa yang lain untuk dapatkan wang deposit daripada mereka sendiri kemudian boleh tuntut semula wang tersebut daripada owner rumah sewa.

  3. Hi
    Saya nak tanya kami sekeluarga sewa rumah since 2019 ada buat agreement renew setiap satu tahun .
    Lastest agreement habis 10/1/2022 owner x renew agreement . sejak covid ada tunggakan bil tnb and delay rentaltapi sewa tetap bayar bagi owner . Recently ada issues bill tnb tunggakan banyak and owner suruh settle kalau x bayar owner x nak continue agreement kita dah settle tnb bill dalam tempoh yang dia bagi and now owner suruh keluar rumah with 2 months notice atas sebab kelewatan bayar sewa and kos sara hidup tinggi nak naikkan sewa rumah . Boleh beri penjelasan atas masalah ini atas next step can take ?

    1. Hi, bagi kami, kami nasihatkan untuk cik berbincang dengan tuan rumah. Kerana agreement sudah tamat dan tuan rumah berhak menyuruh penyewa menjelaskan sebarang tunggakan bil utiliti.

  4. Assalam nak tnya. Kontrak perjanjian telah pun tamat 31/12/2021. walaubagaimanapun tuan rumah tidak renew dan saya mula keluar pada 04/09/2022 dan tuan rumah tidak mahu memulangkan deposit saya kerana dalam agreeement ada sebut 2 bulan notis awal. sedangkan saya bgtau 1 bulan notis awal dan x terikat dengan kontrak. so macam mana ? boleh saya buat report polis dan tuntutan kecil di mahkamah?

    1. Wasalam dan hi. Dalam kes ini, cik masih boleh failkan tuntutan kerana mengikut agreement, tuan rumah patut pulangkan deposit selepas tamatnya perjanjian pada 31/12/2021. Namun begitu, ia agak sukar kerana tuan rumah akan cuba lawan dengan mengatakan cik tidak keluar pada tarikh sepatutnya, dan berlaku persetujuan di luar perjanjian yang boleh digunakan sebagai asas untuk tuan rumah lawan di mahkamah nanti. Apapun, cik boleh cuba untuk failkan tuntutan kecil terlebih dahulu.

  5. Hi..jika tempoh kontrak menyewa telah tamat dan deposit belum dipulangkan tetapi penyewa masih ingin menyewa kediaman tersebut dan telah dipersetujui oleh tuan rumah.Tuan rumah membuat surat perjanjian atau kontrak baru dan meminta tambahan deposit sedangkan deposit yang lama masih ada pada tuan rumah..sewa dinaikkan tetapi kami telah bersetuju..cuma bahagian deposit tambahan berserta utiliti..sama seperti deposit kali pertama menyewa..adakah ini relevan bagi penyewa untuk memberi wang deposit sehingga 2 kali?sepanjang menyewa tidak pernah lalai dari membayar sewa dan tidak pernah sewa tertunggak..utiliti juga tidak pernah tertunggak sehingga menyebabkan pemotongan..boleh bantu saya utk penerangan yg lebih jelas?

    1. Hi, deposit seharusnya sama sekiranya pembaharuan kontrak dibuat dan tidak ada tuntutan deposit dibuat sebelumnya. Dalam kes ini, cik harus bertanya kepada tuan rumah kenapa perkara ini berlaku, kerana deposit yang lama masih lagi valid dan tidak digunakan. Pembaharuan atau penambahan deposit hanya berlaku apabila berlakunya pengurangan pada jumlah deposit akibat kerja-kerja pembaikan dsb, tetapi sekiranya tiada, maka jumlah deposit seharusnya kekal.

  6. Hi assalamualaikum nak buat sedikit pertanyaan mengenai rumah sewa yang dah habis contract tapi saya ingin sambung dan duit deposit ada dekat owner tapi masalah dia sekarang rumah tu agreement sebelum ni agent yang buat kan dan sekarang bila nak sambung sewa agent tu minta duit RM100 dekat penyewa untuk sign agreement perlukah saya bayar kan atau owner kena settle sebab rasanya owner yang minta agent buatkan agreement tapi sekarang penyewa nak kena bayarkan , mohon pencerahan sekian terima kasih

    1. Hi, ini bergantung pada agreement tersebut dan budi bicara antara penyewa dan tuan rumah. Boleh jadi mana-mana pihak perlu bayar duit agreement tersebut kerana ia tiada penetapan khusus siapa yang patut/wajib bayar.

  7. hai maaf mengganggu nak tanya , saya ingin renew contract baharu setelah menyewa selama setahun, dah deal dengan tuan rumah ,dia kata nanti dia bagitahu agent, soalan saya

    1) agent perlu membuat contract baharu ya untuk sambungan tahun itu?
    2) adakah perlu membayar rm250 untuk contract baharu tu atau tidak ya?
    3) sekiranya agent tidak cakap apa apa tentang contract untuk sambungan tahun ,adakah saya perlu meminta sendiri?

  8. salam. jika agreement telah tamat pada 2021 & owner tidak perbaharui tetapi saya masih tetap membyr sewa sprt biase. tetapi bln lps owner naikkn sewa tanpa agreement yang baru dan sy mengikut kadar sewa yg bru. soalan sy, blh ke if sy nk kuar dlm tempoh 2minggu & dapatkan semula deposit kerana saya tiada apa-apa tunggakan.

  9. Asalamualaikum,

    Saya juga mengalami masaalah yang sama. Agreement pertama saya berakhir pada 3 Dec 2022. Namun pada 29 Jan 2023, agent rumah menghubungi saya melalui whatsapp untuk menaikkan jumlah sewaan. Saya bersetuju namun saya tidak menandatangan apa-apa aggrement baru. Pada 4 Ogos 2023 saya ambil keputusan untuk keluar dari rumah itu. Namun apabila saya meminta deposit semula, tuan rumah tidak memberi deposit kerana kerosakan dan keluar rumah awal. Soalan saya:

    1. Adakah agreement yang baru valid kerana tarikh agreement baru ialah 4 Febuari 2023, 1 bulan lambat dari tarikh agreement lama berakhir, dan tidak ada tandangan diambil untuk agreement baru?

    2. Apa tindakan yang saya sepatutnya ambil kerana tuan rumah berkeras untuk tidak memulangkan semula jumlah duit deposit yang sepatutnya?

    2.

  10. Asalamualaikum,

    Saya mengalami masaalah pulangan wang deposit. Agreement pertama saya berakhir pada 3 Dec 2022. Namun pada 29 Jan 2023, agent rumah menghubungi saya melalui whatsapp untuk menaikkan jumlah sewaan. Saya bersetuju namun saya tidak menandatangan apa-apa aggrement baru. Pada 4 Ogos 2023 saya ambil keputusan untuk keluar dari rumah itu. Namun apabila saya meminta deposit semula, tuan rumah tidak memberi deposit kerana kerosakan dan keluar rumah awal. Soalan saya:

    1. Adakah agreement yang baru valid kerana tarikh agreement baru ialah 4 Febuari 2023, 1 bulan lambat dari tarikh agreement lama berakhir, dan tidak ada tandangan diambil untuk agreement baru?

    2. Apa tindakan yang saya sepatutnya ambil kerana tuan rumah berkeras untuk tidak memulangkan semula jumlah duit deposit yang sepatutnya?

  11. Hi nak tanya jika Kontrak dh tamat bulan 1/4/2023. Tapi penyewa still duduk menyewa di bilik itu sampai 18/10/23 penyewa keluar dari bilik itu tanpa notis. Tapi penyewa ada bertanya kpd owner boleh ke nak keluar pada 18/10/2023. Owner ckp kena 2 bulan awal notis dan kena bayar rm50 per night utk 18 hari tu . Bukan ke kira cth sewa bulanan 400 . So 400÷30=6.60 sen per night kan? . Boleh ke owner buat rule cmtu? Dan ade apa2 tindakan ke if penyewa kluar rumah mcm tu je pd 18/10 ?

  12. Pembaharuan agreement boleh ke dibuat atas nama lain? Contoh: sebelum ni nama Ali, tapi nak renew nama Abu. Ali dan Abu ni berkawan. Adakah salah? Dan deposit Ali tu mcmana? Kira sambung utk agreement baru atau mcmana? -thanks-

  13. Hi, saya nak tanya, saya sebagai owner buat perjanjian sewa rumah yang dah dimatikan setem dengan tempoh kontrak 1 tahun. Tapi, penyewa nak keluar awal dari tempoh kontrak. Macam mana cara saya nak batalkan kontrak tersebut sebelum mengambil penyewa baru?

  14. hi, saya tuan rumah. kalau tenant nak sambung menyewa di rumah saya, adakah saya perlu buat semula stack of agreement sama macam agreement asal atau sekadar buat cover letter memberi tahu bahawa agreement tersebut disambung? tarif sewaan, deposit masih sama.

  15. Hai. Saya ada soalan tentang penyambungan kontrak sewa rumah. Ada 2 situasi di sini

    1. Penyewa memohon untuk extend 2-3 bulan selepas kontrak tamat. Valid atau tidak tuan rumah meminta ganti rugi jika ada kerosakan dlm tempoh 2 bulan extend tu kalau hanya surat perjanjian biasa di buat antara tuan rumah & penyewa .

    2. Penyewa ingin menyambung kontrak selama 1 tahun tetapi terdapat tunggakan BIL TNB (RM500++ 3 BULAN++, SYABAS (RM103++) 5 BULAN++ & IWK (RM290++) sepanjang 2 tahun dia menyewa yg belum di jelaskan.

    TERIMA KASIH ATAS PENJELASAN TUAN

  16. Hi,
    Saya nak tanya
    1. Sekarang sewaan rumah sewa saya RM1100. Saya bercadang untuk menaikkan sewa rumah selepas setahun kepada RM1300. Soalan saya adakah ada had untuk kenaikan rumah bila memperbaharui kontrak.
    2. Kos memperbaharui kontrak berapa dan siapa yang menanggungnya.
    3. Untuk deposit. Sekiranya penyewa tamat kontrak 31/12/2024 dan penyewa baru masuk, berapa lama saya boleh pegang deposit tenant lama. Saya bercadang untuk pegang dalam masa sebulan, untuk menjaga kemungkinan sekiranya ada kerosakan semasa tenant baru saya masuk dan saya perlu baikinya.

  17. Hi, sy penyewa, perjanjian telah tamat setahun yg lepas dan tak pernah diperbaharui, tuan rumah tidak mahu pulangkan deposit dan claim untuk kos cat dinding yang diconteng melebihi kos deposit, adakah sy perlu membayar lebihan kos mengecat tersebut? Tuan rumah berhak tak untuk mengambil deposit tersebut sedangkan perjanjian sudah tamat setahun yg lepas?

    1. Perjanjian yang sudah tamat agak sukar untuk ambil tindakan berkaitan surat perjanjian kerana apa-apa yang berlaku sudah tidak dilindungi lagi. Meskipun begitu, sekiranya contengan tersebut terjadi ketika tempoh sewaan, maka tuan rumah berhak mengambil deposit untuk perbaiki dinding tersebut.

  18. Kalau saya nk renew kontrak rumah memang kena bayar agent fee ka? N kalau pindah pon memang kene agent fee ka? Dah laa sampai 1k pastu bila mintak no owner tak bagi. Pastu tiap2 kali renew kene charge sampai 1k. Bleh ka macam ni? Takkan charge renew sampai 1k? Saya bukan suruh die or pakai service die untuk cari rumah ni. Tuan rumah yang pakai service die untuk cari tenant. Tp nape saya plak yang di charge ni? Ni first time saya renew sewa rumah kene charge macam ni. Tlong sesape jawab jap.

    1. Seperti mana yang kami reply di WhatsApp, ejen atau tuan rumah berhak untuk meletak harga sebanyak mana yang mereka inginkan, selagi mana TIDAK MELANGGAR mana-mana bahagian dalam perjanjian.

  19. Salam. Saya tuan rumah dan current tenant nak sambung sewa selama 6 bulan lagi selepas cukup 1 tahun.
    Soalan saya, jika contract diperbaharui (selama 6 bulan) berapakah percentage komisyen yang patut kami beri kepada agent ?

  20. Hi,inginkan pencerahan. Bagaimana pengiraan pulangan deposit rumah yang betul? Contohnya;-

    First year
    RM 1500 (sebulan) x 2 : RM 3000
    Utilities
    RM 750

    Total : RM 3750

    Ini adalah previous deposit pada tahun pertama
    RM 3750

    Pada tahun kedua,saya ingin menyambung sewa.
    Second year
    RM 2400 (sebulan) x 2 : RM 4400
    Utilities
    RM 1100

    Total: RM 5500

    Ini adalah selepas kenaikan sewa dari RM 1500 kepada RM 2400

    Berapakah jumlah yang harus dipulangkan kepada penyewa? Kerana, agent meminta saya top-up deposit untuk renew pada tahun ke-dua sebanyak;-

    Top up deposit = RM 1750

    Tapi yang saya dapat adalah RM 5500 sahaja.

    Adakah RM 1750 itu termasuk sekali untuk dipulangkan?

    Terima kasih.

  21. Contract tamat setahun yg lepas. Sy trpksa brpindah pd hujung jun 2024. Dh maklum kpd tuan rumah sy kosongkan rumah segera sbb notice dlm 24jam sbb urusan kerja. Tp sy xblh nak baiki lampu yg rosak dan cat dinding yg diconteng krn trpksa pindah segera. Sy tnggalkan kunci pd jiran incase owner nak dtg dlu.dan dia dtg slps kami brpindah tp xambil lg kunci drpd jiran. Tp dh maklum kami akan dtg pd cuti nty utk selesaikan rumah sbb takmahu kacau depo . Dan kami tanggung smua kos kerosakan. Pd awalnya dia ok sbb dia igt depo kami byar hnya sbulan. Lpas kami tnjuk transaksi transfer depo adalah 2 bln, dia pusing cerita kata kna ikut notice kluar dan serah kunci jadi dia trpksa tolak sewa utk july, pdhl kami dah kosong kan rumah tu pd bln 6. Utk sewa bln 6 kami dah bayar pd hjung may. Skrg dia tetap brkeras utk bagi sbulan shj depo sbb sy xbagi kunci lagi dan perlu ikut agreement notice awal utk brpindah. Blh ke sy bawa ke tribunal

  22. Hi,saya ada persolan baru2 ini owner telah menaikan sewa rumah dan agen beliau meminta saya membayar 2 bulan deposit rumah sedangkan deposit lama masih ada,Adakah tindakan owner ini betul setiap kali renew agreement
    Terimakasih

  23. Adakah perjanjian pembaharuan sewa sama seperti perjanjian sewa? Maksud saya segala perincian termasuk deposit (walaupon tidak dipulangkan), bayaran bulanan, tempoh, tanggungjawab kedua2 pihak perlu dimasukkan? Dimanakah perlu dinyatakan bahawa perjanjian ini adalah sambungan dari perjanjian sebelumnya?

  24. HAI…saya adalah owner rumah..penyewa ingin renew kontrak sewaan, tetapi terdapat tunggakan bil utiliti yang melebihi dari jumlah deposit utiliti yg diberi semasa sign dahulu. bolehkah saya sebagai owner menolak dari deposit sewa 2 bulan untuk menyelesaikan baki utiliti?Atau perlukah meminta penyewa selesaikan dahulu bil utilities, baru boleh renew kontrak baharu dengan deposit utilities yang baru?

  25. Hai, saya sebagai tuan rumah sudah lewat daripada 2 bulan untuk memperbaharui perjanjian sewa rumah. Penyewa masih mahu menyewa dan tidak pernah miss bayar wlupun perjanjian lama sudah tamat (Tamat pada 15 Dec 2024). Jadi, saya ada soalan sebagai tuan rumah, untuk tarikh kuatkuasa dalam perjanjian baru itu perlu mula pada 16 Dec 2024 atau pada tarikh perjanjian baru dibuat (10 Mac 2025)?

  26. Hi, perjanjian sewa sy sepatutnya tamat 31-mei. Tp sy nak sambung lagi untuk 5 bulan sebelum pindah. Jadi di perjanjian baru tu nanti perlu mula dari tarikh terakhir perjanjian asal (1Jun) atau amendment pada perjanjian asal je?

  27. Chan Chee Pink

    Saya sebagai pihak owner kedai, penyewa kedai ingin melanjukan sewa kedai untuk tahu berikutnya, agreement ada clause option untuk extend 1 tahun lagi, adakah kita perlu menyediakan agreememt baru atau hanya buat satu surat untuk menerangkan keadaan. yang mana penyewa dan tuan owner saling bersetuju extended untuk satu tahun lagi.adakah itu mecukupi? terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!