6 Perkara Perlu Dibuat Selepas Perjanjian Sewa Rumah Dilaksanakan

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

6 Perkara Perlu Dibuat Selepas Perjanjian Sewa Rumah Dilaksanakan

Anda mungkin pening dan gusar, tidak tahu perkara perlu dibuat selepas perjanjian sewa rumah anda selesai ditandatangani.  

Anda ingat sebaik sahaja perjanjian sewa rumah anda siap, anda boleh relaks tidak perlu buat apa.

Ini tanggapan yang tidak betul!

Sebenarnya, ada beberapa proses yang anda perlu lakukan semasa dan selepas perjanjian sewa rumah ditandatangani.

Apabila anda tahu prosesnya, sebenarnya tidak susah pun untuk pastikan surat perjanjian anda sah digunakan di sisi undang-undang.

Namun, ramai pemilik rumah bertindak melulu tanpa melaksanakan prosedur yang sepatutnya.

Ada proses dan prosedur yang perlu anda lakukan, tetapi ianya bukanlah sesukar seperti yang ramai orang sangka.

Percayalah:

Apabila anda lakukan apa yang kami sebut di dalam artikel ini, hak anda sebagai tuan rumah akan lebih terjamin!

Jom kita step-by-step yang perlu anda lakukan semasa dan selepas surat perjanjian ditandatangani.

1. Buat Pemeriksaan Awal Rumah Sewa

Pernah dengar cerita dinding rosak, kerusi patah, dinding berlubang atau jamban tersumbat sebaik sahaja tamat sewaan?

Perkara-perkara seperti ini biasa berlaku apabila penyewa ingin berpindah keluar.

Yang paling teruk?

Penyewa tidak mengaku mereka lakukan perkara sedemikian. Kalau bukan mereka, siapa?

Isu seperti ini akan menjadi perdebatan apabila tamat tempoh sewa. 

Kebiasaanya pemilik rumah terpaksa mengalah kerana tidak ingin panjangkan isu tersebut dan ingin cepat dapatkan penyewa yang baru.

Namun, tidakkah ia merugikan anda apabila anda yang terpaksa tanggung kesalahan penyewa?

Bagaimana anda sebagai pemilik rumah ingin mengelak perkara ini terjadi kepada rumah sewa anda?

Cara yang paling sempurna yang perlu dilakukan sebelum penyewaan bermula adalah dengan membuat pemeriksaan menyeluruh kepada rumah sewa.

Salah satu perkara perlu dibuat selepas perjanjian sewa rumah adalah untuk melakukan pemeriksaan awal bersama penyewa.

Pastikan anda membawa senarai inventori dan semak setiap perabot dan perkakasan di rumah sewa anda.

Tulis sebarang nota menandakan kondisi barangan tersebut. Ambil gambar dan video sebagai bukti tambahan.

Dengan melakukan pemeriksaan ini, ia boleh dijadikan sebagai bukti di akhir tempoh sewaan tentang keadaan asal rumah sewa tersebut.

Bawa semula senarai inventori ini pada sesi Pemeriksaan Akhir bersama penyewa apabila tamat tempoh sewaan.

Sebarang perbezaan yang berlaku pada mana-mana barangan yang tersenarai di dalam senarai inventori tersebut akan mudah dikesan.

2. Tandatangan Perjanjian Sewa Rumah

Setelah pemeriksaan awal selesai, anda kini boleh minta penyewa menandatangani perjanjian sewa rumah.

Pastikan anda mempunyai perjanjian sewa rumah yang lengkap dengan terma & syarat untuk melindungi hak anda dan hak penyewa anda.

Tak pasti apa yang perlu ada dalam perjanjian tersebut? Dapatkan checklist perkara wajib ada dalam sesebuah perjanjian di sini >>> Checklist Perjanjian Sewa Rumah

Berapa banyak surat perjanjian sewa rumah perlu disediakan?

Bergantung pada bilangan dan status penyewa anda.

Sekiranya anda menyewakan rumah sewa kepada satu keluarga, maka hanya satu sahaja perjanjian perlu dibuat.

Sekiranya anda menyewakan rumah sewa kepada 4 orang yang berasingan, maka anda perlu keluarkan 4 perjanjian yang berbeza.

Sebelum itu:

Pastikan anda terangkan kepada mereka kepentingan perjanjian sewa rumah tersebut dan peranan yang dimainkannya di dalam hubungan tuan rumah – penyewa rumah sewa anda.

Kefahaman peraturan dan apa yang boleh & tidak boleh dibuat dalam rumah sewa adalah sangat-sangat penting.

Kebanyakan kegagalan yang menimpa tuan rumah adalah kerana mereka sendiri tidak faham dengan kandungan perjanjian sewa rumah.

Kalau tuan rumah sendiri tidak faham tentang peraturan rumah sewa, apatah lagi penyewa?

Setelah anda menerangkan makna di sebalik perjanjian dibuat, anda digalakkan untuk semak satu persatu kandungan perjanjian tersebut supaya penyewa lebih faham tentang peraturan rumah sewa anda.

Tambahan, pastikan anda kepilkan semakan inventori yang telah diisi semasa pemeriksaan awal rumah sewa ke dalam perjanjian tersebut.

Apabila proses penjelasan isi kandungan perjanjian selesai, anda kini boleh minta penyewa menandatangani dokumen tersebut.

Pilih tempat yang sesuai untuk melakukan proses tandatangan. Anda digalakkan untuk memilih tempat yang terang dan tandatangan dilaksanakan menggunakan meja (bukan atas motor, atas kabinet, dalam kereta dsb.)

Pastikan mereka menandatangani setiap muka surat perjanjian tersebut supaya kontrak tersebut lebih kuat statusnya untuk digunakan di peringkat mahkamah nanti.

Ingat:

Sebelum anda tandatangan, semak terlebih dahulu supaya mereka bersetuju dengan setiap kandungan perjanjian. 

Semak maklumat peribadi mereka dengan kad pengenalan, majikan atau lain-lain dokumen sokongan.

Langkah ini penting bagi memastikan mereka berlaku jujur, tidak menulis, menconteng atau merosakkan dokumen tersebut. 

Belum ada perjanjian sewa rumah lagi?

Kami di Sewanify menyediakan surat perjanjian sewa rumah versi 2021 yang lengkap dengan pelbagai terma & syarat yang SANGAT MUDAH DIFAHAMI meskipun penyewa anda tidak mempunyai latar belakang pendidikan! Dapatkannya di sini >>> Perjanjian Sewa Rumah 2021

3. Membuat Salinan

Apabila selesai proses tandatangan, salinan perlu dibuat untuk memudahkan rujukan penyewa atau pihak-pihak yang lain.

Proses membuat salinan ini adalah antara perkara perlu dibuat selepas perjanjian sewa rumah siap ditandatangani dan perlu disegerakan bagi mengelak sebarang kehilangan berlaku.

Pastikan anda scan terlebih dahulu sebagai simpanan soft-copy.

Langkah ini akan memudahkan anda merujuk perjanjian yang dibuat di mana sahaja anda berada dengan menggunakan telefon bimbit.

Tiada scanner? Ambil gambar setiap muka surat atau guna aplikasi telefon bimbit seperti CamScanner untuk simpan perjanjian tersebut di dalam telefon bimbit.

Kami galakkan anda membuat salinan berwarna bagi memastikan kualiti dokumen salinan mirip dengan kualiti dokumen original.

Berapa salinan perlu buat?

Secara amnya, anda sebagai tuan rumah perlu pegang setiap perjanjian original dan penyewa-penyewa anda memegang perjanjian salinan.

Contoh:

Anda mempunyai 4 penyewa (berasingan) dalam satu rumah. Setiap penyewa perlu ada perjanjian masing-masing, maka jumlah dokumen perjanjian original yang anda perlu sediakan adalah 4

Anda sebagai tuan rumah perlu memegang 4 perjanjian original dan anda perlu cetak setiap perjanjian tersebut dan berikan pada setiap penyewa rumah sewa anda. 

Maka, jumlah perjanjian salinan yang perlu dibuat adalah 4.

4. Matikan Setem di LHDN

Setelah segala pengurusan tandatangan penyewa selesai dibuat, anda kini perlu bawa semua surat (original dan salinan) tersebut ke pejabat LHDN terdekat.

Proses mematikan setem ini penting bagi memastikan perjanjian sewa rumah anda sah digunakan di mahkamah nanti.

Ingat, anda perlu pergi ke cawangan LHDN, bukan pejabat pos dan bukan pesuruhjaya sumpah.

Antara soalan yang banyak kali ditanya kepada kami:

“Bila saya perlu matikan setem? Kalau saya terlewat matikan setem apa jadi?”

Berdasarkan garis panduan LHDN, anda perlu matikan setem dalam tempoh 30 hari selepas perjanjian dibuat

Sekiranya gagal, terdapat denda-denda yang dikenakan berdasarkan jumlah kelewatan, sila rujuk lebih lanjut di sini.

Sebelum anda pergi ke LHDN, lakukan salah satu daripada kaedah berikut untuk mendaftarkan maklumat berkaitan sewaan anda:

  1. Download aplikasi Digital Franking ( iOS / Android ) ke telefon bimbit anda
    atau;
  2. Isi borang PDS 1 – Download Di Sini

Untuk pastikan proses matikan setem tersebut berjalan lancar dan cepat, anda digalakkan untuk mengisi maklumat berkaitan sewaan anda melalui salah satu kaedah di atas terlebih dahulu.

Dapatkan informasi lebih lanjut tentang Duti Setem LHDN pada artikel ini >>> Elak Gagal Tuntutan Hak Di Mahkamah – Pelajari Cara Untuk Mati Setem Perjanjian Sewa Rumah

Anda perlu tahu:

Mematikan setem ada kosnya tersendiri. Ia dikira berdasarkan jumlah sewa yang anda kenakan dan tempoh perjanjian tersebut berlangsung. 

Formula mudah adalah: 

(((Y x 12) – 2400/250) x Z

iaitu:

Y = Kadar Sewa Bulanan

Z = Kadar Harga Bergantung Pada Tempoh Sewaan (RM 1 untuk 1 tahun, RM2 untuk 1-2 tahun, dan RM3 untuk lebih 3 tahun)

Untuk dapatkan kiraan dengan mudah dan cepat, gunakan kalkulator kami di sini:

Kalkulator Kira Duti Setem Perjanjian Sewa Rumah

Seterusnya:

Pergi ke pejabat LHDN dan beratur untuk mengambil nombor. 

Bergantung pada cawangan, pegawai akan meminta anda mengambil dua jenis nombor. Yang pertama adalah untuk beratur mengisi borang (meskipun anda sudah mengisi borang awal-awal) dan kedua beratur untuk mematikan setem.

Sekiranya anda telah lakukan pengisian borang tersebut awal-awal, anda jimat banyak masa ketika di pejabat LHDN itu nanti!

Apabila tiba giliran anda, anda perlu terangkan tujuan anda (iaitu matikan setem untuk perjanjian sewa rumah) dan nyatakan kadar dan tempoh sewaan.

Penting:

Nyatakan yang mana satu dokumen original dan yang mana dokumen salinan. Setiap dokumen ini perlu disetem supaya ianya sah digunakan.

Pegawai di kaunter akan membuat kiraan dan pembayaran perlu dibuat selepas itu. 

5. Serah Salinan Kepada Penyewa

Apabila anda sudah mendapatkan setem untuk setiap surat perjanjian tersebut, berikan salinan kepada setiap penyewa anda.

Sebelum anda serahkan secara fizikal, pastikan anda scan setiap perjanjian tersebut dan jadikan sebagai bentuk soft-copy.

Hantar kepada setiap penyewa anda soft-copy perjanjian melalui sistem telekomunikasi seperti WhatsApp, Messenger, Email atau apa-apa aplikasi yang mudah.

Ingat:

Pastikan anda serahkan dokumen salinan dan bukan original.

Anda boleh menghantar dengan tangan, minta mereka datang ke rumah atau pejabat anda atau hantar melalui pos. Apa-apa medium sekalipun, pastikan mereka mendapat perjanjian tersebut.

6. Pantau Perjanjian

Pada masa inilah anda boleh duduk dan relaks dengan mengetahui bahawa anda telah melakukan setiap perkara yang boleh lindungi hak anda sebagai tuan rumah.

Proses pemantauan perjanjian dibuat secara berkala dan anda sendiri tidak perlu menganggu ketenteraman penyewa dengan sentiasa membuat spotcheck atau kerap bertanya khabar.

Percayalah:

Apabila anda melakukan setiap prosedur yang kami sebut di atas, khususnya prosedur 2 iaitu memberi kefahaman kepada penyewa, kami yakin penyewa anda tidak berani untuk melanggar perjanjian yang telah dibuat.

Anda mungkin boleh lakukan pemeriksaan berkala 4 atau 6 bulan sekali dengan memberi notifikasi awal kepada penyewa anda. Langkah ini bagi memastikan penyewa anda kekal dalam pematuhan perjanjian yang telah dibuat.

Konklusi

6 perkara perlu dibuat selepas perjanjian sewa rumah yang kami gariskan di atas ini adalah perkara yang perlu anda utamakan semasa dan selepas perjanjian ditandatangani. 

Ia membantu anda sebagai tuan rumah untuk kekal berkuasa terhadap penyewa dan rumah sewa.

Dan yang paling penting, bagi memastikan hak anda boleh dipertahankan melalui jalan undang-undang.

Apakah pandangan anda tentang prosedur ini? Adakah rumit? Anda tidak faham tentang mana-mana poin yang kami beri di atas?

Tuliskan komen anda di bawah dan kami akan cuba membantu anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

Anda Mungkin Berminat

Kenali Rahsia Di Sebalik Kejayaan Seorang Tuan Rumah Dalam Menguruskan Sesebuah Rumah Sewa!

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!