Menyewakan atau menyewa tanah di Malaysia memerlukan dokumen perundangan yang sah bagi melindungi hak pemilik tanah dan penyewa. Dokumen ini dipanggil surat perjanjian sewa tanah.
Apa Itu Surat Perjanjian Sewa Tanah?
Surat perjanjian sewa tanah ialah kontrak rasmi yang menetapkan syarat-syarat sewaan antara pemilik tanah (landlord/lessor) dan penyewa (tenant/lessee), sama ada untuk tujuan pertanian, kediaman, atau komersial.
Klausa Penting Dalam Perjanjian Sewa Tanah
- Maklumat Pihak & Lot Tanah: Nombor Hakmilik, No Lot, Mukim, dan Daerah.
- Tujuan Kegunaan: Pertanian, simpanan barang, atau pembinaan struktur sementara.
- Kadar Sewa & Deposit: Bayaran bulanan/tahunan serta tempoh sewaan.
- Tanggungjawab Cukai: Siapa membayar Cukai Tanah (Quit Rent) dan Cukai Taksiran.
Muat Turun Template Surat Perjanjian Sewa Tanah (Word & PDF)
Anda boleh memuat turun borang template surat perjanjian sewa tanah Word dan versi PDF yang ringkas dan mudah diisi mengikut keperluan anda.
Bagi anda yang turut mencari dokumen sewaan kediaman, sila lihat artikel utama kami mengenai contoh surat perjanjian sewa rumah ringkas & mudah.