Apa Syarat Sah Perjanjian Sewa Rumah? – Ini Jawapan Dari Akta Kontrak 1950

Sah ke Perjanjian Sewa Rumah saya ni? Pastikan dokumen anda mematuhi apa yang disebut di dalam Akta Kontrak 1950.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Akta Kontrak 1950 ditubuhkan untuk mengelolai segala perkara berkaitan perjanjian dan kontrak di Malaysia.

Setiap negara mempunyai perundangannya sendiri khususnya dalam mengawal dan menyelia segala dokumentasi berkaitan dengan perjanjian yang termeterai.

Malaysia tidak juga ketinggalan dalam memastikan setiap dokumen berkaitan dengan perjanjian dihasilkan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang betul.

Segala isu-isu berkaitan perundangan di Malaysia ditadbir oleh Akta Kontrak 1950 atau juga dikenali sebagai AK 1950.

Apakah Maksud Kontrak?

Menurut Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950:

“Sesuatu perjanjian yang dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah kontrak.“

Tujuan utama sesebuah kontrak dijalankan adalah untuk mengikat pihak-pihak yang berada dalam kontrak tersebut dalam mematuhi segala terma & syarat yang telah dipersetujui.

Di dalam kes sewaan rumah, Surat Perjanjian Sewa Rumah adalah kontrak yang digunakan untuk mengikat Tuan Rumah dan Penyewa dengan sebuah terma & syarat yang wajib dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak.

Memandangkan kontrak adalah sebuah dokumen perundangan, jadi sekiranya terdapat mana-mana pihak dalam kontrak tersebut melanggar perjanjian yang telah dibuat, maka pihak yang lain boleh mengambil tindakan undang-undang.

Sekiranya Penyewa bertindak untuk melanggar peraturan dalam perjanjian sewa rumah seperti tidak membayar sewa atau merosakkan harta benda, maka Tuan Rumah mempunyai hak untuk menuntut segala kerugian tersebut secara sah.

Ingat:

Kontrak adalah sebuah dokumen perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. 

Seperti mana-mana kontrak, perjanjian sewa rumah juga adalah suatu dokumen yang sah untuk digunakan bagi menuntut hak mana-mana pihak dengan tindakan undang-undang.

Kalau anda belum lagi mempunyai perjanjian sewa rumah untuk rumah sewa anda, pastikan anda memilikinya sekarang! Lindungi hak anda sebagai seorang Tuan Rumah. 100% Lengkap, Ringkas dan Mudah untuk digunakan >>> https://surat.sewanify.com.

Untuk pastikan sesebuah perjanjian itu sah di sisi undang-undang, penyediaan dan pelaksanaannya perlu mematuhi syarat sah kontrak seperti di bawah:

Apakah Kriteria Sah Sebuah Kontrak?

Terdapat 8 perkara yang perlu dipatuhi dalam sistem penyediaan dan pelaksanaan kontrak. 

Setiap daripada perkara ini kami kaitkan dengan Surat Perjanjian Sewa Rumah supaya lebih mudah untuk anda faham dari konteks pengurusan rumah sewa.

1. Tawaran

Tawaran adalah sebuah janji yang dibuat oleh Pembuat Tawaran kepada Penerima Tawaran dengan tujuan untuk melaksanakan perjanjian tersebut mengikut undang-undang Malaysia. 

Elemen ini haruslah jelas, lengkap, mengandungi terma & syarat dan dinyatakan siapakah pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

“Part I – Section 2(a). when one person signifies to another his willingness to do or to abstain from doing anything, with a view to obtaining the assent of that other to the act or abstinence, he is said to make a proposal;”

Contract Act 1950

Perspektif “Tawaran” Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Dari segi Perjanjian Sewa Rumah pula, Tawaran ini adalah dalam bentuk maklumat sewaan dan peraturan-peraturan rumah sewa yang telah dinyatakan di dalam perjanjian sewa rumah tersebut. 

Tuan Rumah sebagai Pembuat Tawaran menyediakan sebuah perjanjian sewa rumah untuk diterima oleh Penyewa sebagai Penerima Tawaran dalam penguatkuasaan undang-undang.

2. Penerimaan

Sesebuah perjanjian harus diterima oleh satu atau lebih pihak yang lain apabila sesebuah Tawaran dibuka. 

Sebaik sahaja terdapat Penerimaan pada sesebuah Tawaran, maka kontrak telah wujud antara pihak-pihak yang terlibat dalam Tawaran tersebut. 

Penerimaan adalah sebuah penyataan bahawa pihak Penerima telah bersetuju untuk melaksanakan perjanjian tersebut di sisi undang-undang.

“Part I – Section 2(b). when the person to whom the proposal is made signifies his assent thereto, the proposal is said to be accepted: a proposal, when accepted, becomes a promise;”

Contract Act 1950

Perspektif “Penerimaan” Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Dalam konteks penyewaan rumah pula, Penyewa harus bersetuju untuk memasuki atau menerima perjanjian yang telah diberikan oleh Tuan Rumah supaya ia sah digunakan di mahkamah nanti. 

Penerimaan boleh dibuat secara lisan ataupun bertulis. Namun, cara terbaik adalah melalui penulisan (tandatangan pada perjanjian) kerana ia lebih jelas dan mudah untuk membuktikan bahawa perjanjian tersebut telah termeterai.

3. Niat

Niat di sini membawa maksud kedua-dua belah pihak sedar, waras dan sememangnya berniat untuk memasuki perjanjian tersebut dari sudut perundangan.

Part III – Section 10. (1) – All agreements are contracts if they are made by the free consent of parties competent to contract, for a lawful consideration and with a lawful object, and are not hereby expressly declared to be void.

Contract Act 1950

Perspektif “Niat” Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Bermakna, Tuan Rumah dan Penyewa bersetuju secara waras dan sedar untuk mengikat perjanjian sewa rumah yang telah dipersetujui itu dari segi perundangan. 

Mana-mana pihak boleh membuat tuntutan di mahkamah untuk menguatkuasakan kontrak mereka.

4. Balasan

Sebuah penukaran yang ditawarkan semula pihak yang lain kepada Pembuat Tawaran sebagai sebuah balasan. 

Penukaran ini boleh jadi dalam bentuk wang atau perbuatan tetapi tidak semestinya mempunyai nilai yang sama. 

“Part I – Section 2. (d) when, at the desire of the promisor, the promisee or any other person has done or abstained from doing, or does or abstains from doing, or promises to do or to abstain from doing, something, such act or abstinence or promise is called a consideration for the promise.”

Contract Act 1950

Perspektif “Balasan” Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Dalam konteks penyewaan rumah, Tuan Rumah telah mengemukakan Perjanjian Sewa Rumah sebagai sebuah Tawaran kepada Penyewa, jadi Penyewa telah bersetuju untuk menerima perjanjian tersebut. 

Sebagai Balasan bayaran sewa setiap bulan dan juga kekal mematuhi peraturan rumah sewa yang telah ditetapkan. 

Sekiranya Balasan ini tidak diberikan, maka sesebuah Kontrak itu boleh menjadi terbatal melainkan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

5. Kelayakan

Sesebuah kontrak perlu dilaksanakan oleh pihak yang memiliki akal yang waras, seorang dewasa, dan juga tidak muflis. 

“Part III – Section 11. Every person is competent to contract who is of the age of majority according to the law to which he is subject, and who is of sound mind, and is not disqualified from contracting by any law to which he is subject.”

Contract Act 1950

Perspektif “Kelayakan” Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Kontrak seperti Perjanjian Sewa Rumah haruslah ditandatangani oleh seorang yang betul-betul layak dalam menjalankan segala tanggungjawab yang dinyatakan di dalam perjanjian tersebut. 

Sekiranya Tuan Rumah menyewakan rumah sewa tersebut kepada pelajar atau remaja di bawah 18 tahun, maka Tuan Rumah harus mendapatkan ibubapa atau penjaga mereka untuk memasuki Perjanjian Sewa Rumah tersebut bagi pihak anak atau jagaan mereka.

6. Kepastian

Kontrak haruslah disediakan dalam bentuk yang jelas dan spesifik. Unsur samar-samar menjadikan kontrak tersebut tidak sah untuk digunakan.

“Part II – Section 30. Agreements, the meaning of which is not certain, or capable of being made certain, are void.” 

Contract Act 1950

Perspektif “Kepastian” Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Dalam konteks Perjanjian Sewa Rumah, unsur samar-samar seperti “Penyewa harus menjaga rumah sewa dengan baik dan sempurna” tanpa ada sebarang penjelasan spesifik tentang apakah perkara yang perlu Penyewa jaga menjadikan perjanjian tersebut tidak sah di sisi undang-undang. 

Sepatutnya, dalam kes ini, perjanjian sewa rumah haruslah menulis seperti “Penyewa harus menjaga segala perabot dan perkakas elektrik daripada sebarang kerosakan yang disebabkan penggunaan sepanjang tempoh sewaan”. 

Di sini, kita boleh nampak apakah barang yang perlu dijaga dan apakah kerosakan yang perlu dielakkan. 

Kerana, sekiranya kerosakan tersebut datangnya dari ‘wear and tear’ dan bukan disebabkan penggunaan, maka ia adalah tanggungjawab Tuan Rumah untuk menggantikannya.

7. Kesahihan

Kontrak yang dijalankan itu tidak bercanggah dengan undang-undang yang telah ditetapkan di dalam sistem perundangan kita di Malaysia.

“Part V – Section 16. (1) 25. If any part of a single consideration for one or more objects, or any one or any part of any one of several considerations for a single object, is unlawful, the agreement is void.”

Contract Act 1950

Perspektif “Kesahihan” Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Sebagai contoh, sesebuah Perjanjian Sewa Rumah itu membenarkan Tuan Rumah pecah masuk ke dalam rumah sewa jika Penyewa tidak membayar sewa. 

Meskipun ia terdapat dalam sesebuah perjanjian sewa rumah dan telah diterima oleh kedua-dua belah pihak, ia tetap salah di sisi undang-undang Malaysia. 

Perundangan Malaysia memerlukan Tuan Rumah mendapatkan waran atau writ of possession terlebih dahulu sebelum boleh pecah masuk ke dalam rumah sewa. 

Tuan Rumah yang sewenang-wenangya memasuki rumah sewa tanpa ada waran atau persetujuan Penyewa boleh dianggap sebagai cubaan menceroboh dan Penyewa boleh ambil tindakan undang-undang terhadap Tuan Rumah.

8. Kerelaan

Kontrak yang dijalankan perlu dibuat secara rela oleh kedua-dua belah pihak. Perjanjian perlu wujud tanpa sebarang paksaan atau pengaruh luaran.

Part III – Section 16. (1) A contract is said to be induced by “undue influence” where the relations subsisting between the parties are such that one of the parties is in a position to dominate the will of the other and uses that position to obtain an unfair advantage over the other.” – Unsur Pengaruh

“Part III – Section 15. “Coercion” is the committing, or threatening to commit any act forbidden by the Penal Code, or the unlawful detaining or threatening to detain, any property, to the prejudice of any person whatever, with the intention of causing any person to enter into an agreement.” – Unsur Pemaksaan/Ugutan

Contract Act 1950

Perspektif “Kerelaan” Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Tuan Rumah tidak boleh paksa Penyewa akur dengan terma & syarat Perjanjian Sewa Rumah sekiranya mereka tidak bersetuju. 

Cara yang paling baik untuk menangani Penyewa sebegini adalah untuk menerangkan kepada mereka satu per satu kenapa syarat tertentu itu ada dalam perjanjian sewa rumah tersebut. 

Sebab itulah pentingnya, Tuan Rumah memahami terlebih dahulu apakah isi kandungan perjanjian sebelum meminta Penyewa menandantangani perjanjian tersebut.

Ini adalah 8 elemen yang wajib ada dan telah digariskan di dalam Akta Kontrak 1950 (AK 1950) untuk kegunaan penyewaan rumah.

Kesimpulan

Jadi, kesimpulannya, pastikan setiap 8 elemen ini wujud dalam penyediaan dan perlaksanaan perjanjian sewa rumah anda.

Secara mudahnya, pastikan anda sebagai Tuan Rumah sediakan Perjanjian Sewa Rumah (Tawaran) dan Penyewa yang sesuai (Kelayakan) bersetuju (Kerelaan) untuk menandatangani (Penerimaan) perjanjian sewa rumah mengikut undang-undang di Malaysia (Niat). Penyewa juga harus mematuhi segala peraturan yang tertulis (Kepastian) dan tidak bercanggah dengan undang-undang Malaysia (Kesahihan) seperti pembayaran duit sewa rumah dan mematuhi segala peraturan rumah sewa yang telah ditetapkan (Balasan)

Selagi mana Perjanjian sewa rumah tersebut ditulis dan dilaksanakan mengikut prosedur yang betul, ia tetap akan menjadi suatu dokumen yang sah digunakan di sisi undang-undang di Malaysia.

Di Sewanify, kami menghasilkan sebuah Surat Perjanjian Sewa Rumah yang mengandungi segala perincian yang telah merangkumi pelbagai aspek dalam sesebuah perjanjian sewa rumah. 

Setiap muka surat ditulis dengan meletakkan Akta Kontrak 1950 sebagai satu rujukan supaya apa yang kami berikan kepada anda ini mampu menyelamatkan anda di mahkamah nanti. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengisi segala maklumat berkaitan dengan penyewaan anda ke dalam contoh perjanjian yang kami berikan itu. 

Ringkas, mudah difahami dan digunakan. Pastikan surat perjanjian sewa rumah anda sah untuk digunakan! Klik butang di bawah untuk dapatkan surat perjanjian ini sekarang:

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Sekiranya anda ingin dapatkan info lanjut mengenai Akta Kontrak 1950 ini, anda boleh rujuk penulisan oleh Muhammad Fathi Bin Yusof : Undang-Undang Kontrak di Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!