Elak Scam: Kami tidak mempunyai sebarang ejen yang dilantik untuk uruskan rumah sewa anda. Kami adalah badan yang beroperasi 100% atas talian.
Sewanify - Surat Perjanjian Sewa Rumah

Nak Penyewa Bermasalah “Tunduk” Dengan Anda? Pastikan Perjanjian Anda Mempunyai 3 Perkara Ini…

Perjanjian Sewa Rumah adalah senjata anda. Tetapi, apa guna senjata sekiranya tidak menggunakan peluru yang betul? Jom baca apa maksudnya.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Penyewa bermasalah hanya akan tunduk dengan anda sekiranya ada ‘sesuatu’ yang mengikat dan mengawal mereka daripada melakukan perkara di luar jangkaan anda. 

‘Sesuatu’ ini adalah Perjanjian Sewa Rumah anda. Ia adalah dokumen yang sah di sisi undang, yang mana sekiranya Penyewa langgar, mereka boleh disabit kesalahan melalui sistem perundangan di Malaysia.

Tetapi:

Sekiranya perjanjian sewa rumah tidak menepati 3 Perkara yang kita akan bincangkan ini, hak anda akan terabai dan Penyewa akan bertindak sesuka hati TANPA anda boleh berbuat apa-apa.

Perjanjian Sewa Rumah Sebagai Perisai Tuan Rumah

Perjanjian sewa rumah adalah perkara yang wajib ada dalam setiap pengurusan rumah sewa tidak kira anda masih lagi newbie ataupun sudah lama dalam industri sewaan rumah ini.

Setiap perjanjian sewa rumah mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang membuatkan dokumen ini sangat berguna untuk melindungi tuan rumah daripada mengalami kerugian wang, masa dan tenaga dalam menguruskan penyewa khususnya yang bermasalah.

Namun, tidak semua perjanjian sewa rumah di luar sana betul-betul boleh lindungi hak anda sebagai seorang Tuan Rumah.

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan bagaimana anda boleh pastikan perjanjian sewa rumah itu betul-betul berpotensi untuk memberi perlindungan kepada anda sepenuhnya.

Di dalam sebuah dokumen perjanjian, terdapat 3 bahagian wajib ada iaitu; (a) Maklumat Sewaan, (b) Tanggungjawab Penyewa, dan (c) Tanggungjawab Tuan Rumah.

Jom kita lihat satu per satu setiap bahagian ini.

1. Maklumat Sewaan

Maklumat sewaan adalah perincian yang wajib ada dalam sesebuah perjanjian sewa rumah.

Tanpanya, sesebuah perjanjian tidak akan menjadi sah digunakan. Malah, pihak LHDN akan menolak permohonan anda untuk mematikan setem pada perjanjian tersebut.

Apakah termasuk dalam maklumat sewaan ini?

Maklumat sewaan menyatakan segala perincian berkenaan sewaan seperti tetapi tidak terhad kepada:

  1. Maklumat Penyewa
  2. Tempoh Sewaan
  3. Tarikh Mula & Akhir Sewaan
  4. Kadar Sewa
  5. Kadar Deposit

Setiap maklumat sewaan ini akan memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju perjanjian sewa rumah tersebut. Maklumat seperti tempoh sewaan dan kadar sewa akan digunakan di pihak LHDN dalam proses untuk mematikan setem perjanjian tersebut.

Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak berkaitan apakah maklumat sewaan yang diperlukan, kami senaraikan maklumat sewaan dalam sesebuah perjanjian lebih terperinci di dalam eBook yang kami ingin berikan kepada anda secara percuma. Klik link di bawah untuk mendapatkannya:

Walaupun Anda Masih Newbie

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah Terkandung Di Dalam eBook Ini. Dapatkan Sekarang!

2. Tanggungjawab Penyewa

Tujuan utama kenapa anda perlukan perjanjian sewa rumah adalah untuk mengawal penyewa anda daripada melakukan perkara yang tidak anda inginkan.

Setiap perjanjian sewa rumah perlu menyatakan apakah yang boleh dan tidak boleh dibuat dalam penyewaan tersebut.

Perkara ini kami gelar sebagai Peraturan Rumah Sewa.

Seperti mana-mana peraturan, ia dibuat untuk dipatuhi.

Peraturan rumah sewa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan Penyewa kekal membayar duit sewa on-time dan mematuhi arahan anda setiap masa sepanjang tempoh sewaan.

Penting:

Sebuah peraturan perlulah difahami oleh kedua-dua belah pihak terutamanya Tuan Rumah. Kerana Tuan Rumah lah yang akan memimpin Penyewa tentang apa yang boleh dan tidak boleh dibuat.

Tanpa kefahaman, Tuan Rumah tidak akan mempunyai hala tuju yang jelas.

Tuan Rumah adalah ibarat seorang kapten yang sedang mengemudi sebuah kapal pelayaran dan Penyewa pula adalah ibarat penyewa beliau. Perjanjian pula adalah ibarat peta yang digunakan untuk menentukan hala tuju kapal pelayaran tersebut. Sekiranya kapten sendiri tidak tahu bagaimana ingin gunakan peta tersebut, bagaimana pula anak kapal itu nak menghala ke destinasi yang betul?

Maka:

Sebagai seorang Tuan Rumah yang bertanggungjawab, pastikan anda tahu dan faham setiap tanggungjawab yang perlu Penyewa anda laksanakan. 

Kami di Sewanify telah menyenaraikan pelbagai tanggungjawab Penyewa yang boleh anda masukkan ke dalam perjanjian sewa rumah anda. Ini akan membantu melindungi diri anda dari pelbagai sudut sekiranya Penyewa cuba untuk melanggar perjanjian yang dibuat. Dapatkan senarai tanggungjawab Penyewa anda di sini:

Walaupun Anda Masih Newbie

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah Terkandung Di Dalam eBook Ini. Dapatkan Sekarang!

3. Tanggungjawab Tuan Rumah

Perkara terakhir yang perlu ada dalam sesebuah perjanjian sewa rumah adalah tanggungjawab Tuan Rumah itu sendiri.

Keseimbangan dalam perjanjian perlu ada supaya keadilan dalam pengurusan rumah sewa dapat terbentuk. Ia juga akan mengelakkan anda dipersalahkan kerana meminta penyewa tandatangan perjanjian yang berat sebelah.

Maksud di sebalik ketidakseimbangan sebuah perjanjian di dalam Consumer Protection Act 1999 (2010 Amendment) :

Section 24a (c)  – “unfair term” means a term in a consumer contract which, with regard to all the circumstances, causes a significant imbalance in the rights and obligations of the parties arising under the contract to the detriment of the consumer.

Consumer Protection Act 1999 (2010 Amendment)

Jadi:

Pastikan anda senaraikan apakah tanggungjawab anda sebagai seorang Tuan Rumah.

Kebiasaannya, tanggungjawab tuan rumah adalah untuk perkara-perkara berikut:

  1. Kebajikan Penyewa
  2. Keselamatan Penyewa
  3. Keselamatan Rumah Sewa
  4. Kelangsungan Pengurusan Rumah Sewa
  5. Penjagaan Hak Penyewa
  6. Hak Privasi Penyewa

Setiap perkara ini perlu anda nyatakan secara khusus di dalam perjanjian sewa rumah anda. Anda tidak perlu risau, tanggungjawab ini bukanlah suatu yang baru. 

Setiap perkara di atas sememangnya telah dan akan anda lakukan sebagai seorang Tuan Rumah yang profesional, anda hanya perlu terjemahkannya secara bertulis sahaja.

Kami juga telah huraikan setiap perkara di atas ini kepada senarai tanggungjawab-tanggungjawab khusus yang perlu dilaksanakan oleh seorang Tuan Rumah sepanjang tempoh sewaan. Ini akan membantu anda memastikan perjanjian yang anda bakal gunakan itu kekal seimbang dan tidak mendatangkan masalah kepada ada apabila ingin membuat tuntutan di mahkamah nanti. Dapatkan eBook Panduan ini sekarang:

Walaupun Anda Masih Newbie

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah Terkandung Di Dalam eBook Ini. Dapatkan Sekarang!

Kesimpulan

Untuk pastikan hak anda sebagai seorang Tuan Rumah kekal terlindung sehingga ke hari akhir sewaan, meskipun anda menghadapi Penyewa yang bermasalah sekalipun, perjanjian sewa rumah anda haruslah lengkap dari pelbagai sudut.

Ketiga-tiga perkara yang kita telah bincangkan iaitu;

  1. Maklumat Sewaan;
  2. Tanggungjawab Penyewa dan;
  3. Tanggungjawab Tuan Rumah

Perlu ada dalam sesebuah perjanjian sewa rumah. Setiap perkara ini perlu dihuraikan dengan lebih terperinci supaya ia dapat merangkumi pelbagai aspek dalam sesebuah pengurusan rumah sewa.

Jadi, kami di Sewanify telah senaraikan apakah perincian-perincian yang perlu ada untuk ketiga-tiga perkara ini supaya perjanjian sewa rumah boleh lindungi anda sepenuhnya. 

Setiap perincian ini kami sertakan sekali dengan penerangan ringkas supaya anda faham mengapakah kami sertakan perincian tersebut ke dalam sesebuah perjanjian sewa rumah.

Walaupun Anda Masih Newbie

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah Terkandung Di Dalam eBook Ini. Dapatkan Sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!