Perkongsian Peguam: Bagaimana Ingin Tuntut Tunggakan Sewa (Bawah RM5,000)

Penyewa tak bayar sewa? Artikel ini akan dedahkan bagaimana anda boleh tuntut hak anda melalui sistem perundangan di Malaysia.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Adakah anda mempunyai kesukaran untuk minta penyewa anda membayar duit sewa rumah anda?

Anda dah berkali-kali hantar peringatan kepada mereka tetapi mereka buat tidak tahu sahaja.

Langkah seterusnya?

Tindakan undang-undang!

Penting:

Sebelum anda laksanakan sebarang tindakan undang- satu lagi perkara WAJIB ada ialah untuk anda telah membuat sebuah perjanjian sewa rumah bersama penyewa anda. Ini penting kerana ia akan memudahkan SEGALA pengurusan yang membabitkan tuntutan di mahkamah.

Surat ini akan digunakan sebagai perisai untuk anda demi membuktikan kebenaran adalah berpihak kepada anda. Setiap maklumat seperti tarikh pembayaran sewa, tanggungjawab penyewa dan hak anda sebagai tuan rumah perlu dinyatakan dalam sesebuah perjanjian sewa rumah.

Pastikan anda ada perjanjian ini untuk dibawa bersama ke dalam proses tuntutan kecil ini.

Belum ada perjanjian sewa rumah lagi? Dapatkan segera dan lindungi hak anda sebagai seorang tuan rumah:

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Sekiranya anda takut untuk ambil tindakan undang-undang atas sebab tidak pandai ataupun takut kos mahal sangat, maka perkongsian oleh sebuah firma guaman di bawah adalah untuk anda.

Sebelum anda membaca terdapat dua glosari penting yang perlu anda tahu:

Plaintif = Orang Yang Menuntut = Tuan Rumah (Anda)

Defendan = Orang Yang Dituntut = Penyewa

Dua perkataan ini akan digunakan sepanjang artikel ini, jadi pastikan anda tidak keliru dengan terma-terma ini!

Jom kita teruskan…

Ini Panduan Untuk Korang Tuntut Hutang Bawah RM5,000 Di Mahkamah Sivil Tanpa Peguam Dan Kos Perbicaraan Kurang RM100

Terdapat banyak jenis tuntutan/tindakan yang boleh dituntut contohnya pengingkaran kontrak atau pengingkaran jual beli, pengingkaran hantar-serah barangan atau transaksi yang menyebabkan individu/syarikat (Plaintif (Tuan Rumah)) mengalami kerugian.

Selain itu, terdapat juga tuntutan bagi tuntutan hutang, ganti rugi kecederaan, gantirugi kehilangan harta benda, ganti rugi kehilangan pendapatan, kecuaian penjawat dalam menjalankan tugas (kecuaian doctor, kecuaian pegawai bank dan lain-lain), saman malu, saman fitnah, kes-kes berkaitan perusahaan; majikan-pekerja (buruh) dan lain-lain.

Mesti ramai diantara kita yang pernah memberi kawan-kawan pinjaman wang tapi tebal muka nak minta duit berulang kali kerana sering kali tak dipeduli.

Namun, tahukah korang, sekiranya wang pinjaman yang diberi itu kurang daripada RM5,000 kita boleh gunakan kuasa veto sebagai pemberi pinjamanan dengan sistem undang-undang untuk memaksa mereka melunaskan hutang kita.

Jom kita tengok panduan ini semoga bermanfaat buat korang yang dah lama menagih hutang yang tak dapat-dapat tu.

Mahkamah Tuntutan Kecil

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH

(Prosedur Tuntutan Kecil) Mahkamah Majistret

Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00

Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam, mengurangkan kos perbicaraan.

Apakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut:

  1. Mendapatkan kembali hutang
  2. Tuntutan barangan melibatkan nilai – Wang tidak lebih RM5,000.00
  3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar
  4. Sewa menyewa – tidak melebihi RM5000
  5. Tuntutan atas barangan yang rosak
  6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan

Di Mana Tuntutan Perlu Dibuat:

Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran.

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.

Bagaimana Anda Hendak Memulakan Saman?

Anda perlu mendapatkan Borang 164 yang telah disediakan di Mahkamah dan mengisi borang tersebut mengikut mana-mana bersesuaian.

Terdapat beberapa jenis borang yang mempunyai tujuan masing-masing yang akan digunakan selepas penghakiman diperolehi.

Bagi memulakan saman anda dikehendaki mengisi Borang 164 dalam 4 salinan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutan.

Tandatangan di borang tersebut atau cap jari.

Kehadiran Ke Mahkamah Pada Tarikh Yang Ditetapkan

Apabila peringkat di atas telah selesai anda dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.

Sekira defendan (Penyewa) hadir dan menafikan tuntutan maka Mahkamah akan tetapkan satu tarikh untuk bicara.

Sekira defendan (Penyewa) hadir dan bersetuju dengan tuntutan maka Mahkamah akan memberi penghakiman kepada plaintif (Tuan Rumah) dan mengarahkan defendan (Penyewa) membayar sama ada di Mahkamah ataupun pada tarikh yang disetujui oleh kedua pihak.

Sekira defendan (Penyewa) tidak hadir maka anda kenalah membuktikan kepada Mahkamah bahawa anda telah menyerahkan saman sama ada melalui penyerahan sendiri atau pun melalui pos.

Selepas itu anda berhak memohon Penghakiman Ingkar (tampa kehadiran defendan).

Sekiranya anda tidak hadir tanpa sebab dan defendan (Penyewa) hadir maka saman anda boleh dibatalkan oleh Mahkamah.

Perkara Lain Yang Boleh Dituntut:

Selain dari penghakiman anda juga boleh menuntut kos iaitu perbelanjaan yang boleh anda lakukan tidak melebihi RM100.00 dari defendan (Penyewa).

Peguam

Kedua-dua pihak di dalam kes tuntutan kecil tidak dibenarkan menggunakan khidmat peguam dan perbicaraan adalah di antara pihak-pihak.

Majistret

Orang yang akan membicarakan kes anda. Majistret akan memastikan bahawa pihak-pihak mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong kes masing-masing mengikut peruntukan undang-undang . Pihak-pihak yang terlibat akan dibantu oleh Majistret di dalam perbicaraan.

Jurubahasa Mahkamah

Jika anda tidak memahami Bahasa Malaysia dengan baik anda perlu memberitahu Mahkamah sekiranya anda memerlukan bantuan jurubahasa sama ada Cina, India atau bahasa-bahasa lain.

Perhatian:

RISALAH INI DIKELUARKAN SEBAGAI PANDUAN DAN UNTUK MAKLUMAN SAHAJA. IA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN ATAU KETERANGAN DI MAHKAMAH.

ARAHAN KEPADA PLAINTIF (TUAN RUMAH):

1. Plaintif (Tuan Rumah) mestilah mengisikan namanya dengan penuh dan nombor kad pengenalannya dalam bahagian pertama. Jika plaintif adalah suatu syarikat atau firma, nama penuh syarikat atau firma itu hendaklah dinyatakan.

2. Dalam bahagian kedua plaintif (Tuan Rumah) mestilah mengisikan nama defendan (Penyewa) dengan penuh dan alamatnya yang terakhir diketahui.

3. Dalam bahagian ketiga plaintif (Tuan Rumah) mestilah menyatakan amaun tepat yang dituntut. Amaun yang dituntut itu tidaklah boleh melebihi RM5,000,000. Jika amaun itu melebihi RM5,000.00 maka tuntutan itu hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret Kelas Satu dan tidaklah boleh dibuat dalalm borang ini.

4. Dalam bahagian yang sama, plaintif (Tuan Rumah) mestilah menyatakan butir-butir tuntutannya. Butir-butir itu mestilah menyatakan tarikh relevan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit atau apakah asas tuntutan itu.

5. Setelah mengisi butir-butir, plaintif (Tuan Rumah) mestilah menandatangani borang secara sendiri. Jika plaintif (Tuan Rumah) adalah suatu syarikat, borang mestilah ditandatangani oleh seorang pegawai syarikat itu yang diberikuasa dengan sempurnanya untuk bebuat demikian. Jika ia adalah suatu perkongsian, maka ia bolehlah ditandatangani oleh seorang daripada pekongsi.

6. Setelah menyiapkan borang, plaintif (Tuan Rumah) mestilah memfailkan borang dalalm 4 salinan di Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua. Dia mestilah membayar fee pemfailan sebanyak RM10.00 . Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran. Satu salinan borang akan dikembalikan kepada plaintif (Tuan Rumah).

7. Kamu boleh berunding dengan peguam tetapi tidak boleh diwakili oleh peguam di pendengaran itu.

ARAHAN-ARAHAN KEPADA DEFENDAN:

1. Apabila kamu menerima borang ini yang dimeteraikan dengan meterai Mahkamah, kamu adalah didakwa oleh plaintif (Tuan Rumah).

2. Jika kamu mempertikaikan tuntutan itu kamu mestilah menyatakan pembelaan anda, dengan butir-butir, dalam Borang 165.

3. Kamu mestilah memfailkan pernyataan pembelaan kamu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah.

4. Jika kamu gagal memfailkan pembelaan kamu dalam masa yang ditetapkan atau jika kamu gagal hadir di Mahkamah pada tarikh pendengaran, maka Mahkamah akan memberikan penghakiman untuk plaintif (Tuan Rumah) berserta dengan kos.

5. Kamu boleh berunding dengan peguam tetapi tidak boleh diwakili oleh peguam di pendengaran itu.

61Mr6tzKcDb ELU2Fs4segkm0LhKBAuecmilBkKLxW3ilgk0 igJTCyOmzmGqpNj4cJH 5wgajnKNPM3T4u7dw1HG1fPWRdtI4pINiy0W80h6IX

Cara Mengisi Borang Saman (Borang 164)

Di bawah ini ditunjukkan cara Borang 164 diisi. Terdapat juga penjelasan bagi perkataan yang belum anda ketahui.

PLAINTIF (Borang ini diberi dengan percuma)

Anda adalah plaintiff (Tuan Rumah) (individu orang yang membuat No. 164 A.54.k 3 tuntutan). Tulis nama penuh anda dan alamat. 

SAMAN

Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda kena DI MAHKAMAH MAJISTRET melantik seseorang yang cukup umur untuk bertindak (PROSEDUR TUNTUTAN KECIL) bagi pihak anda. Nama wakil anda diletakkan di hadapan DI………………… nama anda. DI NEGERI…………………. MALAYSIA KES NO…………………………….

DEFENDAN

Orang yang kena tuntut. Nama Plaintiff: No.KPPN.: Berikan nama penuh dan alamt penuh. Alamat:

PENYATAAN TUNTUTAN

Jumlah wang yang anda ingin tuntut. Nama Defendan: No.KPPN.:Butir-butir tuntutan anda seperti tarikh,transaksi, nilai Alamat: transaksi,pendapat atau lain-lain fakta mengikut kesesuaian kes anda. Anda juga boleh memohon kos dan faedah Penyata Tuntutan Tuntutan plaintif ialah untuk sejumlah wang sebanyak RM……………………..

Butir-butir:

TANDATANGAN/CAP JARI ………………….…………………………..

Tarikh Tandatangan/Cap Ibu jari kanan

Anda dikehendaki tandatangan saman ini atau cap jari

dan juga tarikh. *………………………………………………..

Tarikh pemfailan Majistret

KEGUNAAN PEJABAT PERINTAH KEPADA DEFENDAN:

b4irZcmaeWQi4ZRubF1fSTgbMsFTy10Of7hUJJNke5kmWc8ujbOM mi7e isoIJhQOjWHhy7z YCRsp9b1oeYGD91RFEnVwv4POEq2Wb2obf3k

Bahagian ini adalah untuk kegunaan Mahkamah.

1. Jika kamu mempertikaikan tuntutan plaintif, kamu mestilah memfailkan pernyataan pembelaan kamu dalam borang 165 pada atau sebelum…………………..

2. Kamu mestilah hadir di Mahkamah ini pada tarikh perbicaraan dan pada masa yang ditunjukkan di bawah ini jika kamu tidak bersetuju dengan tuntutan plaintif.

3. Bawa semua saksi, buku-buku dan lain-lain kertas dengan kamu untuk menyokong kes kamu

*{TARIKH PERBICARAAN……………………MASA…………..

Tarikh pemfailan Majistret

TAMAT

Perkongsian asal telah ditambah bagi memudahkan kefahaman pembaca dalam konteks penyewaan rumah.

Perkongsian asal oleh Messrs Saiful Kasri & Associates

Kesimpulan

Sekiranya anda ingin lakukan tuntutan sewa yang tertunggak oleh penyewa anda, jangan takut untuk ambil tindakan yang sewajarnya. Lakukan tuntutan melalui mahkamah sekiranya penyewa masih lagi berdegil untuk membayar sewa yang tertunggak tersebut.

Untuk memudahkan proses tuntutan melalui mahkamah ini, anda WAJIB ada sebuah perjanjian yang menyatakan segala maklumat mengenai pembayaran sewa.

Sewanify Article1

Segala maklumat-maklumat ini akan digunakan sebagai asas dalam perbicaraan mahkamah tersebut. Dengan adanya perjanjian ini, dan juga telah dinyatakan segala jadual pembayaran dan kadar sewa yang dikenakan, lebih mudah hakim untuk membuat keputusan siapakah yang salah dalam kes tuntutan ini. Jadi, pastikan anda memiliki sebuah perjanjian yang sah untuk digunakan di sisi undang-undang Malaysia dan bukan copy & paste dari internet sahaja!

Kami di Sewanify menyediakan Surat Perjanjian Sewa Rumah yang lengkap, mudah dan sah untuk digunakan di peringkat mahkamah. Dapatkan sekarang dengan klik butang di bawah:

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!