Elak Scam: Kami tidak mempunyai sebarang ejen yang dilantik untuk uruskan rumah sewa anda. Kami adalah badan yang beroperasi 100% atas talian.
Sewanify - Surat Perjanjian Sewa Rumah

Apa Maksud Utiliti Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

pipe for bil utiliti rumah sewa

Sebagai seorang Tuan Rumah, anda harus pastikan rumah sewa anda berada di dalam keadaan yang boleh didiami oleh Penyewa. Ini termasuklah memastikan segala keperluan asas seperti utiliti rumah sewa berada dalam keadaan baik.

Namun, apakah maksud utiliti rumah di sini?

Guy looking at bil utiliti rumah sewa

Maksud Utiliti Rumah

Utiliti rumah yang biasa dimaksudkan di dalam sesebuah pengurusan rumah sewa adalah perkhidmatan asas sesebuah bangunan untuk memastikan ia boleh didiami dengan selesa seperti bekalan air, bekalan elektrik, sistem kumbahan, sistem pembuangan sampah dan lain-lain lagi. Selain itu, langganan teknologi seperti internet, siaran TV, Android box dan lain-lain juga adalah sebahagian dari sebuah utiliti.

Di dalam konteks pengurusan rumah sewa, utiliti rumah memainkan peranan yang penting dalam memastikan penyewa selesa untuk menduduki rumah sewa tersebut.

Deposit Utiliti

Apabila kita bercakap tentang keselesaan mendiami sesebuah rumah sewa, sudah pasti ia memerlukan penyelenggaraan yang baik. Penyelengaraan untuk sesebuah utiliti adalah tidak lain dan tidak bukan, dengan membayar bil penggunaan kepada pihak pembekal utiliti tersebut.

Oleh itu, sekiranya anda memiliki Penyewa yang menyewa bersama anda, pastikan anda nyatakan di dalam perjanjian sewa rumah anda bahawa Penyewa wajib membayar sebarang bil yang dikeluarkan oleh pembekal utiliti seperti TNB, Air Selangor, TM, Indah Water dan lain-lain.

Namun, malangnya, tidak ramai Penyewa mampu untuk konsisten membayar bil utiliti tepat pada masanya.

Di sinilah pentingnya untuk anda ambil deposit utiliti sebagai sebuah cagaran sekiranya penyewa gagal membayar sebarang tunggakan bil utiliti rumah sewa. Pastikan di dalam perjanjian sewa rumah anda menyatakan bahawa kegagalan membayar bil utiliti membolehkan anda sebagai Tuan Rumah menggunakan wang deposit sebagai ganti rugi bagi membayar tunggakan tersebut.

Baca lagi tentang urusan Deposit di sini >>> Apa Maksud Deposit Rumah Sewa

Pembekal Bil Utiliti Rumah di Malaysia

Elektrik

  • TNB
  • Sabah Electricity
  • Sarawak Energy

Kumbahan

  • Indah Water

Air

  • KL/Selangor – Air Selangor
  • Johor – Air Johor
  • Kedah – Air Kedah
  • Perak – Air Perak
  • Melaka – Air Melaka
  • Negeri Sembilan – Air Negeri Sembilan
  • Pulau Pinang – Air Pulau Pinang
  • Pahang – Air Pahang
  • Terengganu – Air Terengganu
  • Kelantan – Air Kelantan
  • Perlis – Air Perlis
  • Sarawak – Air Kuching
  • Labuan – Air Labuan

Internet

  • TIME
  • Unify

Konklusi

Secara amnya, utiliti rumah sewa adalah sebuah keperluan asas yang diberikan kepada penyewa bagi memudahkan urusan harian mereka apabila mereka menetap di rumah sewa anda. Tanpa utiliti-utiliti ini, hampir mustahil untuk mereka tinggal di rumah sewa anda.

Paling penting, pastikan anda mempunyai sebuah perjanjian sewa rumah yang lengkap dan menyeluruh bagi memastikan penyewa kekal berdisiplin membayar bil utiliti rumah sewa anda. Dapatkan perjanjian sewa rumah di sini.

Soalan Lazim

Bolehkah Tuan Rumah memotong elektrik penyewa?

Tidak boleh. Melainkan telah dinyatakan dengan terang di dalam perjanjian sewa rumah.

Meskipun penyewa melanggar perjanjian sewa rumah anda dengan tidak membayar sewa, mempunyai tunggakan bil atau apa-apa tujuan sekalipun, anda sebagai Tuan Rumah tidak boleh sesuka hati memotong bekalan elektrik penyewa.

Ini dikira sebagai menceroboh hak asasi penyewa dan anda boleh dikenakan tindakan mahkamah sekiranya penyewa mengambil tindakan.

Apa perlu buat pada penyewa tidak membayar bil utiliti?

Rujuk perjanjian sewa rumah anda. Kebiasaanya, di dalam perjanjian sewa rumah sudah menyatakan apakah yang boleh anda lakukan sekiranya bil utiliti tidak dibayar oleh penyewa.

Rata-rata perjanjian sewa rumah akan menyatakan bahawa sebarang deposit utiliti (yang diambil pada awal sewaan) akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut.

Sebagai tuan rumah, anda harus sentiasa memantau setiap bulan dan ingatkan penyewa untuk membayar bil tepat pada masanya untuk elak sebarang gangguan terhadap utiliti mereka.

Apakah kaedah pembayaran bil utiliti rumah paling mudah?

Anda kini boleh memanfaatkan pelbagai platform pembayaran bil seperti:
1) Aplikasi MyTNB
2) Aplikasi Air Selangor
3) Aplikasi Indah Water
4) Aplikasi Touch N’ Go

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Anda Hadapi Masalah Untuk Download Semua Free Gift Sebelum Ni?

Berita baik! Anda kini boleh dapatkannya semula dengan menekan mana-mana butang di bawah untuk dapatkan eBook atau dokumen 100% Percuma daripada kami.

Kami ingin memohon maaf kerana anda mungkin mengalami masalah untuk download dokumen/ebook yang ingin anda dapatkan. Ini adalah kerana sistem emel kami mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat menghantar sebarang emel dalam masa yang tertentu.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Sewanify - Template Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Notis Keluar Rumah

Sewanify - 38 Perkara Wajib Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

38 Perkara Penyewa Bermasalah Takut Dengan Anda

Siri Video Pengurusan Rumah Sewa

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!