5 Cara Halau Penyewa Rumah Yang Bermasalah Dengan Mudah & Efektif

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Adakah penyewa rumah anda bermasalah? Di dalam artikel ini, kita akan bincangkan cara halau penyewa rumah keluar rumah sewa anda dengan prosedur yang betul dan efektif.

Sekiranya anda ingin menghalau penyewa keluar dari rumah sewa anda atas sebab-sebab tertentu, pastikan anda mengikut prosedur yang betul bagi mengelakkan sebarang pertikaian ditimbulkan oleh Penyewa.

Kita akan mendalami lebih lanjut apakah proses-proses yang perlu anda lalui untuk pastikan Penyewa anda keluar dari rumah sewa anda dengan cara yang sah di sisi undang-undang Malaysia.

Jom kita bincangkan.

1. Mempunyai Perjanjian Sewa Rumah Yang Lengkap

Perjanjian sewa rumah memainkan peranan yang sangat penting dalam proses menghalau penyewa rumah keluar dari unit sewaan tersebut.

Dalam sistem penghakiman, ia akan dijadikan sebagai bukti dan rujukan utama dalam menyabitkan sebarang kesalahan kepada pihak yang terlibat.

Anda perlu tahu:

Perjanjian sewa rumah yang lengkap dan berkualiti berpotensi untuk melindungi diri anda sebagai seorang Tuan Rumah daripada sebarang isu yang ditimbulkan oleh Penyewa.

Dalam kes sekiranya anda ingin mengusir penyewa keluar, anda memerlukan sebab kenapa anda ingin bertindak yang sedemikian. Sekiranya penyewa melanggar mana-mana bahagian dalam perjanjian sewa rumah DAN perjanjian tersebut ada menyebut sebarang pelanggaran boleh menyebabkan terbatalnya perjanjian, maka tindakan untuk menghalau penyewa keluar adalah wajar.

Oleh itu:

Dengan adanya perjanjian, lebih mudah untuk anda jalankan tindakan menghalau penyewa keluar kerana anda sudah mempunyai bukti yang kukuh untuk melakukan tindakan tersebut.

Di Sewanify, kami menyediakan contoh surat perjanjian sewa rumah yang lengkap yang boleh melindungi diri hak anda sebagai tuan rumah, dan boleh digunakan di mahkamah sekiranya Penyewa anda bertindak untuk melanggar perjanjian yang telah dibuat.

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

2. Lakukan Perbincangan bersama Penyewa

Sebelum anda bertindak melalui sistem mahkamah, ada baiknya anda berbincang terlebih dahulu bersama Penyewa.

Terangkan kepada mereka betapa pentingnya untuk mereka mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan menghormati perjanjian yang telah dibuat. Anda juga boleh terangkan kepada mereka tentang apakah risiko yang mereka akan hadapi (seperti saman, tindakan mahkamah,dll) sekiranya mereka melanggar mana-mana bahagian dalam perjanjian.

Hakikatnya: 

Sudah pasti mereka mempunyai sebab tersendiri sama ada secara peribadi atau tidak sengaja dalam melanggar perjanjian sewa rumah anda. 

Perbincangan sebaiknya dibuat secara bersemuka untuk mengelak sebarang kesalahfahaman. Malah ia juga boleh menyelesaikan 99% daripada masalah berbanding hanya berhubung melalui telefon atau media sosial.

Sebagai Tuan Rumah, anda harus mengetuai perbincangan tersebut dan cuba untuk mengambil jalan tengah untuk kedua belah pihak TANPA mengabaikan perjanjian yang telah dibuat.

Walaubagaimanapun:

Sekiranya Penyewa tetap degil dan bertindak melanggar perjanjian meskipun sudah diberi peringatan berkali-kali terhadap mereka, anda boleh teruskan dengan tindakan yang seterusnya, iaitu memberi mereka notis rasmi.

3. Keluarkan Notis Rasmi kepada Penyewa

Notis Rasmi adalah tindakan pra-saman yang boleh anda lakukan terhadap penyewa yang melanggar mana-mana perjanjian sewa rumah anda.

Ingat: 

Anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengunci rumah sewa tersebut sesuka hati anda. Penyewa boleh mengambil tindakan terhadap anda kerana bertindak untuk menceroboh walaupun itu adalah rumah sewa anda!

Dalam hal ini, anda memerlukan surat rasmi daripada mahkamah untuk mengambil semula rumah sewa tersebut daripada Penyewa. Hal ini ditetapkan berdasarkan peraturan Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950.

Notis ini penting untuk menyatakan hasrat anda meminta mereka keluar daripada rumah sewa tersebut. Senaraikan segala kesalahan yang mereka lakukan dengan membuat rujukan kepada perjanjian sewa rumah yang telah ditandatangani.

Sewanify - Halau Penyewa Keluar - Contoh Notis Keluar Rumah Sewa

Nak contoh Notis Keluar Rumah Sewa? Dapatkan di sini >>> Contoh Notis Keluar Rumah Kepada Penyewa

Sekiranya anda tidak yakin dengan notis yang anda ingin keluarkan, maka anda boleh juga gunakan khidmat peguam untuk draf notis tersebut.

Di dalam notis tersebut juga perlu memberi mereka masa (kebiasaannya 7-14 hari) untuk keluar daripada rumah sewa tersebut.

Sekiranya mereka tidak mengendahkan notis anda, maka anda boleh teruskan dengan tindakan mahkamah.

4. Laksanakan Tindakan Mahkamah

Berdasarkan Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950, tuan rumah dilarang untuk menghalau penyewa keluar rumah tanpa sebarang arahan mahkamah. 

Anda wajib tahu:

Writ of Possession atau Writ Pemilikan perlu didapatkan daripada mahkamah sebelum anda halau penyewa keluar.

Anda boleh pergi ke mana-mana mahkamah Majistret yang berhampiran dengan anda untuk memulakan Writ Pemilikan terhadap Penyewa anda.

Sewanify - Halau Penyewa Keluar - Writ

Walaubagaimanapun:

Tindakan mahkamah ini boleh mengambil masa 3-6 bulan (atau lebih) dan menelan kos yang tinggi. Pastikan anda lakukan penilaian terhadap kos yang bakal anda belanjakan sama ada ianya berbaloi ataupun tidak.

Sekiranya anda ingin mendapatkan input lebih mendalam tentang proses menjalankan tindakan melalui mahkamah, dapatkan khidmat nasihat guaman yang pakar dalam bidang ini.

5. Menghalau Penyewa Keluar

Kini tiba masa untuk anda menghalau penyewa keluar rumah sewa anda. 

Ya, ia memang suatu proses yang panjang untuk keluarkan penyewa daripada rumah sewa anda. Ini adalah satu perkara yang perlu anda lalui sekiranya anda menghadapi kes seperti ini.

Sekiranya Writ Pemilikan ini telah diperoleh, maka pihak Mahkamah akan melantik seorang wakil (dikenali sebagai Bailiff atau Sheriff) untuk memasuki rumah sewa tersebut dan mengambil semula rumah sewa tersebut. 

Harta benda penyewa akan diletakkan di luar rumah atau di tempat yang telah dipersetujui oleh penyewa.

Sewanify - Cara Halau Keluar Penyewa - Harta Benda Penyewa

Selepas saat ini, anda sudahpun mempunyai hak semula ke atas rumah sewa tersebut.

Kesimpulan

Meskipun anda lihat proses ini suatu proses yang panjang, kebiasaannya penyewa akan mula beralah apabila anda keluarkan notis kepada mereka.

Jadi, pastikan anda melakukan 3 perkara pertama di atas supaya kos untuk menghalau penyewa keluar dapat diminimakan. 

Apapun, pastikan anda memiliki perjanjian sewa rumah yang lengkap dan sah untuk digunakan sebelum memulakan proses melalui pihak mahkamah. Ini bagi menjamin segala tindakan pihak mahkamah anda ini membuahkan hasil yang memihak kepada anda sebagai seorang tuan rumah.

Masih mencari perjanjian sewa rumah yang lengkap dan sah untuk digunakan di mahkamah? Pihak Sewanify menyediakan contoh surat perjanjian sewa rumah yang mudah untuk digunakan dan 100% sah untuk digunakan mengikut undang-undang di Malaysia.

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Kenali Rahsia Di Sebalik Kejayaan Seorang Tuan Rumah Dalam Menguruskan Sesebuah Rumah Sewa!

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!