Adakah Saya Perlukan Surat Perjanjian Sewa Rumah?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Adakah Saya Perlukan Surat Perjanjian Sewa Rumah?

Bagi sesetengah orang, mempunyai surat perjanjian sewa rumah menyebabkan kos yang tinggi dan mengurangkan keuntungan sesebuah pelaburan rumah sewa.

Sebabnya?

Mereka ingat ia akan menakutkan para penyewa dan mengurangkan sasaran penyewa yang mereka boleh capai.

Kami 100% yakin bahawa tanggapan mereka itu adalah salah!

Logik di sebalik menggunakan surat perjanjian sewa rumah adalah sama dengan logik di sebalik menandatangani mana-mana kontrak: iaitu untuk mendapatkan persetujuan hitam putih yang JELAS dan membantu anda mengelak daripada sebarang kesalahfahaman sepanjang tempoh sewaan berlaku.

Di dalam artikel ini, kita akan bincangkan persoalan yang biasa kami terima:

“Perlu ke ada surat perjanjian sewa rumah ni?”

1) Kadar dan Tempoh Sewa Rumah yang Tetap untuk Penyewa

Mempunyai sebuah kontrak sewa rumah boleh mengelakkan pihak tuan rumah daripada menaikkan lagi kadar sewa di dalam tempoh sewaan tersebut.

Di dalam sebuah surat perjanjian sewa rumah, kami sarankan untuk kedua-dua belah pihak, penyewa khususnya, untuk memastikan terdapat klausa yang menetapkan kadar sewa tidak boleh dinaikkan sepanjang tempoh sewaan atau tanpa persetujuan penyewa.

Dengan adanya syarat ini, penyewa akan terlindung daripada sebarang perubahan pada kadar sewa sepanjang tempoh sewaan yang ditetapkan di dalam perjanjian.

Tanpa sebarang persetujuan yang jelas tentang kadar dan tempoh sewa, tuan rumah boleh sesuka menaikkan kadar sewa dan memaksa penyewa akur pada kenaikan tersebut atau terpaksa pindah keluar. 

2) Melindungi Deposit Penyewa

Sebuah surat perjanjian sewa rumah boleh dijadikan sebagai satu bukti menyatakan penyewa sudah meletak sejumlah wang kepada penyewa sebagai suatu deposit.

Deposit - Surat Perjanjian Sewa Rumah

Tanpa sebarang kontrak sewa rumah, tuan rumah boleh dengan mudahnya menolak sebarang transaksi yang berlaku sebelum itu.

Tuan rumah juga boleh bertindak untuk tidak memulangkan deposit tersebut.

Tambahan, surat perjanjian ini boleh dijadikan sebagai sebuah garis panduan kepada penyewa untuk kekal berdisiplin dalam mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Sekiranya penyewa melanggar mana-mana bahagian perjanjian ini, mereka bertanggungjawab dalam memperbetulkan keadaan sama ada melalui penolakan deposit atau kaedah lain yang dipersetujui oleh tuan rumah.

Nak tahu lebih lanjut tentang deposit sewa rumah?

Baca Lagi >>> Berapakah Jumlah Deposit Yang Ingin Dikenakan Kepada Penyewa

3) Sebagai Bukti Sewaan kepada Tuan Rumah

Salah satu kriteria yang bank lihat semasa menilai credit score seseorang itu adalah melalui pendapatannya.

Seorang tuan rumah boleh memasukkan surat perjanjian sewa rumah mereka sebagai dokumen sokongan bagi mendapatkan sebarang pinjaman.

4) Perlindungan kepada Tuan Rumah

Sekiranya berlaku suatu perkara yang tidak diingini, surat perjanjian sewa rumah mempunyai klausa yang boleh melindungi tuan rumah.

Perlindungan Tuan Rumah  - Surat Perjanjian Sewa Rumah

Sebagai contoh, sekiranya tuan rumah ingin menuntut kadar sewa tertunggak daripada penyewa, dia boleh mengfailkan saman kepada penyewa dan gunakan surat perjanjian sewa rumah sebagai bahan bukti.

Sebarang pertelingkahan atau salah faham akan diselesaikan mengikut apa yang telah dipersetujui di dalam surat perjanjian tersebut.

Mempunyai kontrak dalam sewaan rumah juga akan membenarkan tuan rumah mengambil sebahagian atau ke semua deposit sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat oleh penyewa.

Hak untuk memegang deposit ini memastikan penyewa patuh pada tempoh sewaan, iaitu sekiranya penyewa keluar tanpa sebarang notis, deposit akan digunakan sepenuhnya sebagai pembayaran ganti rugi.

5) Adakah alasan lain untuk TIDAK mempunyai kontrak?

Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa anda tidak perlu untuk mempunyai sebarang kontrak perjanjian sewa rumah.

Sekiranya jumlah sewaan adalah 3-6 bulan, sebuah surat perjanjian sewa rumah mungkin sahaja tidak sesuai digunakan. Malah, ada juga penyewa yang hanya ingin tinggal sementara sahaja sementara menunggu rumah betul mereka siap sepenuhnya.

Kontrak - Surat Perjanjian Sewa Rumah

Selain itu, ada juga sesetengah tuan rumah yang ingin jimat daripada membayar kos matikan setem. Maka mereka pun tidak ingin menggunakan perjanjian hitam putih.

Kesimpulan

Terdapat banyak sebab kenapa kebanyakan tuan rumah tidak menggunakan surat perjanjian sewa rumah. Kami yakin, memiliki sebuah kontrak sebagai tanda persetujuan mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.

Antara alasan yang kerap sekali kami terima adalah ramai daripada tuan rumah tidak ingin berjumpa dengan peguam untuk mendapatkan draf surat perjanjian daripada mereka. Kenapa? Kerana mereka mengganggap perjanjian yang dikeluarkan oleh mereka sangat complicated dan sukar untuk difahami. Akhirnya, walaupun perjanjian telah dibuat, penyewa masih lagi melanggara peraturan rumah.

Nak bawa kes ke mahkamah? Adakah tuan rumah betul-betul dalam posisi yang betul? Adakah tuan rumah yakin bahawa apa yang penyewa buat itu melanggar perjanjian yang dipersetujui?

Maka, di sinilah sebab utama kenapa masih ramai lagi yang enggan menggunakan surat perjanjian sewa rumah.

Tetapi, anda kini tidak lagi perlu risau, kerana kami di Sewanify menawarkan sebuah solusi yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang tuan rumah bakal hadapi sepanjang tempoh sewaan. Masalah seperti penyewa lewat bayar, penyewa membawa anjing ke dalam rumah sewa, penyewa tidak keluar pada tarikh yang sepatutnya dan lain-lain lagi boleh dielak dengan mudah!

Apakah solusi itu? 

Sudah semestinya surat perjanjian sewa rumah yang lengkap dengan pelbagai klausa yang penting untuk melindungi hak kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, ia adalah di dalam versi Bahasa Melayu yang mudah untuk difahami. Lengkap dengan peraturan dan tatacara yang perlu penyewa ikut semasa berada di rumah sewa anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

Anda Mungkin Berminat

Kenali Rahsia Di Sebalik Kejayaan Seorang Tuan Rumah Dalam Menguruskan Sesebuah Rumah Sewa!

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!