5 Cara Sewakan Rumah Tanpa Berasa TAKUT Dengan Penyewa

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Di dalam artikel ini, kita akan dalami 5 cara sewakan rumah sewa anda tanpa anda rasa takut dengan penyewa anda.

Anda mungkin sudah mencuba macam-macam cara nak pastikan penyewa dengar dan patuh pada arahan anda. Tapi masih gagal.

Anda mungkin baru sahaja nak menyewakan rumah anda kepada orang yang asing daripada hidup anda. Tapi rasa takut dan was-was apa yang perlu dibuat.

Anda mungkin pening, stress dan tidak tahu apa perlu dibuat bila penyewa bertindak di luar kawalan.

Ia bertambah teruk lagi apabila:

  • Anda dah kerugian ribuan ringgit kerana penyewa sendiri tidak membayar sewa dan tunggakan bil utiliti
  • Anda tidak mampu lagi nak bayar ansuran rumah dan pihak bank dah call anda kenapa masih tidak bayar
  • Satu per satu penyakit mula datang seperti darah tinggi atau kemurungan kerana tidak tahu apa lagi nak buat dengan penyewa bermasalah ni
  • Paling teruk apabila penyewa cuba untuk menyaman anda di mahkamah sedangkan kesalahan disebabkan oleh Penyewa itu sendiri

Terdapat pelbagai ‘drama’ dalam pengurusan rumah sewa dan sudah pasti, tidak semuanya manis-manis belaka. Terdapat pelbagai cara sewakan rumah anda tetapi, hanya sebahagian sahaja yang betul.

Bagi seorang newbie, anda harus banyak bersabar dan belajar dari kesilapan.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Tetapi:

Dalam artikel ini, anda tidak lagi perlu risau tentang apa ‘isu’ yang bakal timbul apabila anda mula menyewakan rumah sewa anda.

Kami akan berikan anda panduan bagaimana anda boleh kekal dalam permainan ini, dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai dugaan yang melanda.

1. Perbetulkan Mindset

Ya, mindset (cara fikir) adalah perkara pertama yang anda perlu perbetulkan untuk menguruskan rumah sewa anda.

Pelaburan hartanah bukanlah jalan pintas untuk menjadi kaya mahupun semata-mata ingin mencapai pendapatan yang pasif setiap bulan.

Ia memerlukan kerja yang sangat keras dalam menguruskan rumah sewa anda dengan betul.

Malangnya, walapun terdapat banyak cara sewakan rumah yang boleh dimanfaatkan, ramai tuan rumah tertumpas kerana tidak mahu melakukan apa sahaja demi mencapai kejayaan yang diingini.

Bagi mereka, bila dah jumpa penyewa, mereka masuk dan tunggu sampai habis sewaan dan kutip segala duit sewa mereka.

Itu salah!

Realitinya, ia lebih daripada itu. 

Mindset yang perlu anda perbetulkan sekarang juga adalah pengurusan rumah sewa adalah mudah apabila dilakukan dengan teknik dan strategi yang betul.

Cara Sewakan Rumah - Handshake

Mindset sentiasa ingin belajar dan bersifat ingin tahu perlu ada pada setiap diri seorang tuan rumah untuk memastikan penyewaan berjalan dengan lancar.

Percayalah:

Apabila anda mempunyai mindset yang sentiasa ingin upgrade diri sendiri ke arah yang lebih baik, maka segala cabaran dan masalah yang melanda mampu diselesaikan dengan teknik dan strategi yang betul.

Bercakap tentang teknik dan strategi yang betul, poin seterusnya kita akan ketahui lebih mendalam tentang apa yang perlu anda lakukan sepanjang tempoh sewaan berlangsung.

2. Tahu Apa Perlu Buat – Sebelum, Semasa dan Selepas

Kejayaan yang dilakar sebagai seorang tuan rumah bukanlah bermula apabila penyewa masuk dan berakhir ketika penyewa pindah keluar.

Ia sebenarnya bermula sebelum penyewa masuk lagi. Dan diakhiri dengan selepas penyewa pindah keluar.

Di Sewanify, kami memperkenalkan Kerangka Pengurusan Rumah Sewa. Lebih banyak info berkenaan kerangka ini pada eBook di akhir artikel ini.

Persiapan yang rapi perlu dibuat dengan betul sebelum tempoh sewaan bermula. Tujuan persiapan ini adalah bagi memastikan anda mendapat penyewa yang anda inginkan. 

Ingat:

Rumah yang baik akan menarik penyewa yang baik.

Apabila rumah yang anda sediakan kelihatan seperti sebuah ‘hotel’ (kemas dan selesa), maka anda sudah berjaya pada langkah pertama untuk menarik minat penyewa ideal anda.

Cara Sewakan Rumah - Baby Wash

Sebaik sahaja penyewa ditapis dan berjaya dibawa masuk, proses pengurusan penyewa anda akan bermula. Bergantung bagaimana anda tapis dan pilih penyewa anda, proses ini mungkin akan menjadi mudah ataupun sukar untuk anda.

Namun, anda tidak perlu risau, kerana sekiranya anda melakukan apa yang kami berikan ini (termasuk bonus percuma di akhir artikel ini), anda akan tetap berjaya untuk uruskan penyewa tidak kira apa latar belakang dan perangai mereka sekalipun.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Tamatnya tempoh sewaan tidak bermakna penyewa boleh keluar begitu sahaja. Terdapat beberapa langkah seperti pemeriksaan akhir dan pengiraan deposit akhir yang anda perlu lakukan demi menjaga hak anda sebagai tuan rumah dan juga menjaga kebajikan rumah sewa tersebut.

Dapatkan eBook kami di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang pengurusan rumah sewa dari awal sehingga akhir tempoh sewaan.

3. Pengurusan Rumah Sewa adalah Sebuah Bisnes

Satu lagi penetapan Mindset yang perlu dibuat adalah menganggap segala urusan rumah sewa seperti sebuah bisnes. Rahsia di sebalik cara sewakan rumah yang baik adalah memastikan pengurusan rumah sewa anda kekal tersusun dan mempunyai sistem.

Ia bukan hanya sekadar memenuhi rumah yang kosong. Ataupun hanya ingin dimanfaatkan sebagai bayaran ansuran bank sahaja. Tetapi ia harus diuruskan seperti anda mengurus sebuah bisnes.

Cara Sewakan Rumah - Main Komputer

Namun, ia sedikit berbeza daripada bisnes tradisional.

Ia tidak melibatkan transaksi barang ataupun servis.

Ia adalah sebuah bisnes dalam pengurusan orang atau individu.

Ia adalah sebuah bisnes dalam bidang hospitaliti seperti pengurusan sebuah hotel ataupun restoran.

Kualiti tempat penginapan (rumah sewa) harus dikekalkan di samping mengutamakan pelanggan (penyewa) hidup dengan selesa dan selamat di tempat anda.

Jaminan kualiti ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya anda mengurusnya dengan baik menggunakan teknik dan strategi yang betul. 

Seperti bisnes-bisnes yang lain, segala aliran tunai yang melibatkan rumah sewa seperti duit sewa rumah, bil utiliti, kos dan rekod penyelenggaraan, kos pengiklanan dan lain-lain yang berkaitan perlu direkodkan dengan baik.

Ini membawa kita ke poin yang seterusnya iaitu bersikap profesional dan sistematik dalam pengurusan rumah sewa.

4. Bersikap Profesional Dan Sistematik

Sebuah bisnes akan diaudit apabila sudah tiba masanya.

Meskipun ia nampak rumit dan leceh, kerja-kerja dokumentasi adalah tugasan yang penting bagi memastikan pengurusan rumah sewa anda berjalan dengan lancar.

Contohnya:

Apabila penyewa melaporkan kerosakan berkaitan paip bocor di rumah sewa anda, anda panggil kontraktor untuk memperbaikinya. Selang dua bulan, penyewa melaporkan kerosakan yang sama di lokasi yang sama. Sekiranya anda tidak menyimpan segala rekod seperti rekod perbualan, resit atau invois, anda sendiri mungkin sudah terlupa yang sebenarnya ia pernah diperbaiki sebelum ini. Kalau anda masih ingat sekalipun, kontraktor anda mungkin sudah lupa atau ‘buat-buat’ lupa dan ingin caj anda pada harga yang sama (sepatutnya ia mempunyai waranti).

Rekod atau dokumentasi tidak seharusnya ditulis atas kertas. Ia boleh dalam bentuk perbualan SMS, WhatsApp, Emel atau lain-lain yang boleh dijadikan sumber rujukan sekiranya terdapat salah faham di masa hadapan. Malah, ia boleh digunakan di peringkat mahkamah juga.

Perjanjian sewa rumah adalah salah satu dokumen yang penting (atau terpenting) dalam sesebuah pengurusan rumah sewa.

Cara Sewakan Rumah - Surat Perjanjian Sewa Rumah

Ia memastikan penyewa anda kekal berdisiplin sepanjang tempoh sewaan untuk membayar sewa anda on-time dan memulangkan rumah sewa anda seperti keadaan asal.

Dapatkan contoh perjanjian untuk lindungi hak anda sebagai tuan rumah di sini >>> Klik Untuk Lihat Contoh Perjanjian Sewa Rumah

Secara amnya, mendokumentasi segala transaksi adalah penting dari segi perundangan dan kadar pematuhan penyewa kepada peraturan rumah sewa anda. 

Dalam eBook pada akhir artikel ini, kita akan bincang lebih lanjut tentang apakah bentuk dokumen yang perlu ada dalam sesebuah pengurusan rumah sewa.

Walaubagaimanapun, mendokumentasi setiap perkara boleh menjadi suatu perkara yang sensitif untuk penyewa anda. Malah, ada juga sebahagian daripada mereka jadi takut untuk berurusan dengan anda.

Ini membawa kita ke poin yang terakhir iaitu bagaimana anda boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan penyewa tanpa merugikan anda.

5. Hubungan Yang Baik dan Tegas

Ya, anda perlu menjadi baik dan pada yang sama, bersifat tegas dengan mereka.

Anda mungkin nampak kedua-dua sifat ini berlawanan antara satu sama lain tetapi sebenarnya tidak.

Ia boleh diserasikan apabila kena dengan cara yang betul.

Ramai tuan rumah yang terperangkap apabila mereka mengganggap penyewa sebagai rakan mereka dan apabila tiba masa untuk kutip sewa, mereka bertolak ansur dan berlembut dengan penyewa mereka. Mereka tidak berani untuk keluarkan denda ataupun memaksa mereka bayar sewa. Akhirnya? Penyewa tidak bayar sewa berbulan-bulan dan keluar begitu sahaja.

Baik yang kami maksudkan di sini adalah bermaksud melayan dan memberikan sepenuh perhatian kepada penyewa seperti seorang pelanggan (bukan kawan). Segala yang diminta anda harus penuhi dengan baik khususnya apabila ia melibatkan keselamatan dan kesihatan penyewa. 

Contoh: Paip rosak? Suis terbakar? Kipas tak hidup? Panggil kontraktor untuk perbaiki segera.

Tegas pula melengkapi ciri-ciri bersifat baik dengan penyewa tersebut. Tegas tidak bermakna menjadi baran mahupun memarahi penyewa tanpa sebarang sebab yang munasabah. Tegas di sini adalah bersikap profesional dalam menyandarkan segala keputusan dan perbuatan berdasarkan persetujuan (perjanjian) yang telah dibuat

Contoh: Apabila paip rosak atau suis terbakar tengah-tengah malam, adakah anda ingin benarkan penyewa panggil anda untuk datang perbetulkan keadaan? Melainkan ia membahayakan keselamatan atau kesihatan penyewa, sudah tentu tidak! Mereka boleh tunggu hari seterusnya untuk kontraktor datang perbaikinya.

Hubungan baik dan tegas ini perlu melengkapi antara satu sama lain. 

Cara Sewakan Rumah - Buka Pintu

Ya, perjanjian harus ditandatangani. 

Ya, anda dan penyewa anda harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 

Tetapi tidak bermakna hubungan anda dengan penyewa harus menjadi dingin dan jengkel.

Apa yang penting di sini adalah untuk anda kenali batas-batas anda sebagai tuan rumah dan peraturan-peraturan yang penyewa wajib patuhi.

Apabila anda mahir bagaimana untuk mengimbangi tanggungjawab ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak tahu cara sewakan rumah yang berkesan untuk rumah sewa anda.

Di dalam eBook di bawah, kami dedahkan apa perlu anda buat supaya penyewa memahami garisan tanggungjawab mereka dan mengekalkan tahap displin mereka sepanjang tempoh sewaan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kita telah berbincang 5 perkara yang anda boleh lakukan demi memastikan anda lebih yakin dan profesional dalam menguruskan rumah sewa anda:

  1. Perbetukan Mindset Ingin Belajar Dan Upgrade Diri
  2. Tahu Apa Perlu Dibuat Sebelum, Semasa dan Selepas Penyewaan
  3. Menganggap Pengurusan Rumah Sewa Sebagai Sebuah Bisnes
  4. Bersikap Profesional dan Sistematik
  5. Hubungan Baik Dan Tegas Dengan Penyewa

Setiap perkara ini berhubung kait antara satu sama lain, jadi kami harap anda dapat mempraktikkan apa yang kita telah bincangkan untuk kebaikan pengurusan rumah sewa anda.

Pengurusan Rumah Sewa Lebih Mudah

Di dalam ebook ini, kami telah himpunkan segala teknik dan startegi yang boleh membantu mempermudahkan pengurusan rumah sewa anda.

Apa yang anda akan dapat:

  • Step-by-step cara menguruskan rumah sewa dari awal sehingga akhir tempoh sewaan
  • Cara untuk menyediakan rumah sewa seperti sebuah ‘hotel’
  • Cara untuk sediakan perjanjian sewa dan memastikan ianya sah digunakan di mahkamah
  • Bagaimana anda boleh pastikan penyewa membayar sewa tepat pada masanya
  • Bagaimana anda pastikan penyewa kekal berdisiplin menjaga rumah sewa anda

Segalanya telah kami rumuskan di dalam eBook ini. Tidak perlu lagi anda tertanya-tanya apa yang perlu anda buat untuk uruskan rumah sewa anda.

Bonus: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa & 6 Siri Panduan Pengurusan Rumah Sewa akan dihantar kepada emel anda! 

Isi maklumat nama dan emel anda di bawah dan semak inbox emel anda!

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Isi borang di bawah dan semak Inbox anda untuk muat turun Panduan ini sekarang juga!

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!