5 Perkara Anda WAJIB lakukan Sebelum Penyewa Masuk – Supaya Anda Lebih Yakin Dan Berani Untuk Uruskan Mereka

Kalau anda Newbie, anda wajib baca artikel ini. Ia bakal mendedahkan perkara-perkara yang wajib anda tahu untuk persiapkan rumah sewa anda.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Macam mana nak uruskan rumah sewa dengan betul? Apakah cara terbaik nak uruskan penyewa? Apa jadi kalau penyewa buat hal, apa yang perlu dibuat?

Ini adalah antara persoalan yang sering timbul khususnya bagi tuan rumah yang newbie.

Kalau anda first-time dalam pengurusan rumah sewa, sudah pasti anda sukar untuk nampak apakah perjalanan dan cabaran sebagai seorang Tuan Rumah.

Ini membuatkan ramai orang keliru dan rasa takut untuk menguruskan rumah sewa mereka sendiri.

Jangan risau! 

Ia tidaklah serumit yang disangka. 

Dalam artikel ini kita akan lihat apakah yang anda boleh jangkakan untuk berlaku sepanjang tempoh sewaan (1 tahun).

Di Sewanify, kami perkenalkan kerangka pengurusan rumah sewa yang dipecahkan kepada 3 bahagian.

  • Sebelum Penyewaan
  • Semasa Penyewaan
  • Selepas Penyewaan

Jom kita lihat satu per satu apakah makna di sebalik setiap bahagian ini.

Sebelum Penyewaan

Di bahagian yang pertama ini, ia dikategorikan sebagai perkara yang perlu dibuat sebelum penyewaan bermula.

Bermakna, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum penyewa masuk ke rumah sewa anda.

Antaranya:

  1. Persiapan rumah sewa
  2. Sediakan peraturan sewa rumah
  3. Iklankan rumah sewa
  4. Kaji selidik profil penyewa
  5. Persiapan hari kemasukan penyewa

1. Persiapan Rumah Sewa

Sewanify Article2

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah untuk pastikan rumah sewa anda sedia untuk disewakan. 

Ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan apakah jenis penyewa yang akan anda tarik. 

Rumah sewa yang baik akan menarik penyewa yang baik, begitu juga yang sebaliknya. 

Fokus segala usaha anda untuk melakukan persiapan yang terbaik untuk rumah sewa anda.

Nak tahu lebih lanjut tentang persiapan rumah sewa?

Baca lebih lanjut di >>> 12 Teknik Persiapan Rumah Sewa

2. Sediakan Peraturan Sewa Rumah

Kemudian, apabila anda ingin sewakan rumah anda kepada orang asing, pastikan mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat di dalam rumah sewa anda.

Ini memastikan mereka kekal berdisiplin dalam menjaga rumah anda dengan baik tanpa meninggalkan sebarang kecacatan atau kerosakan di akhir sewaan.

Namanya orang asing, sudah pasti mereka tidak tahu atau kurang jelas dengan peraturan rumah sewa anda.

Menjadi tanggungjawab anda sebagai tuan rumah untuk memberitahu penyewa apakah peraturan rumah sewa tersebut.

Memandangkan sebuah peraturan adalah perkara yang wajib mereka patuhi sepanjang tempoh sewaan, maka ia perlu dijadikan sebahagian daripada perjanjian sewa rumah yang mereka wajib tandatangani.

Dapatkan contoh perjanjian sewa rumah anda di sini. Lebih 4000++ muat turun telah dibuat!

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

3. Iklankan Rumah Sewa

Sebaik sahaja peraturan sudah wujud dan anda tahu apakah yang penyewa boleh dan tidak boleh dibuat, tiba masa untuk anda iklankan rumah sewa anda.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam pengiklanan rumah sewa anda.

Antaranya tetapi tidak terhad kepada:

  1. Lokasi
  2. Saiz
  3. Bilangan Bilik
  4. Bilangan Tempat Letak Kereta
  5. Perabot (Furnished/Semi-Furnished/Unfurnished)
  6. Jumlah Sewa
  7. Jumlah Deposit
  8. Kemudahan Berhampiran
  9. Fasiliti Rumah
  10. Akses Berhampiran

Setiap perkara di atas adalah kritikal untuk pastikan Penyewa benar-benar tahu apa dan di mana mereka sewakan.

Penting:

Jangan biar penyewa keliru atau ‘blur’ dengan apa yang anda tawarkan.

Penyewa yang keliru atau ‘blur’ ini berpotensi tinggi untuk tidak berminat untuk menghubungi anda.

Jadi, pastikan anda sediakan segala informasi yang penting untuk mereka tahu meskipun ia bukanlah suatu yang anda banggakan. 

Dalam dunia yang sangat kompetitif ini, kejujuran dan menjadi transparent adalah sangat penting untuk pastikan anda mendapat penyewa yang betul-betul berminat dengan apa yang anda tawarkan.

4. Kaji Selidik Profil Penyewa

Tiada yang lebih malang daripada tersalah ambil penyewa yang bukan penyewa ideal anda.

Tidak bayar sewa. Rumah sewa dibiarkan terbengkalai dan bersepah. Bil elektrik tertunggak berbulan-bulan.

Inilah sifat penyewa dari ‘neraka’.

Macam mana nak elak penyewa sebegini rupa?

Cara yang paling baik adalah dengan melakukan tapisan penyewa.

Tapisan bermula dengan iklan dan kemudian bersoal jawab dengan mereka yang berminat untuk lebih tahu tentang iklan anda.

Di saat ini anda perlu bertanyakan profil mereka dan ketahui apakah latar belakang mereka.

Pada masa ini jugalah anda akan dapat ‘signal’ tentang keperibadian mereka apabila anda mendengar cara percakapan dan intonasi yang mereka gunakan.

Teliti setiap perkataan dan jawapan mereka supaya anda dapat tentukan adakah mereka sesuai ataupun tidak untuk menyewa daripada anda.

5. Persiapan Hari Kemasukan Penyewa

Dah berjaya untuk memilih penyewa anda?

Tahniah!

Kini tiba masa untuk uruskan kemasukan Penyewa ke rumah sewa baru mereka.

Persiapan ini wajib dilakukan bagi melancarkan proses kemasukan mereka dan mengelakkan sebarang kelewatan untuk mereka masuk.

Masalah yang biasa terjadi pada saat ini adalah apabila penyewa (khususnya penyewa yang bukan keluarga) masuk pada hari dan waktu yang berbeza.

Disebabkan tarikh pembayaran adalah berdasarkan tarikh kemasukan penyewa, anda tidak akan mempunyai tarikh pembayaran yang seragam sekiranya mereka bertindak untuk masuk pada tarikh yang berbeza.

Selain itu, pada hari ini juga anda perlu terangkan segala peraturan rumah sewa anda. Apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh mereka.

Sewanify Article11

Pastikan juga anda lakukan pemeriksaan pada keseluruhan rumah sewa anda supaya Penyewa sedar bahawa mereka perlu pulangkan setiap barangan dalam keadaan yang sama seperti mereka masuk.

Kesimpulan

Nak persiapkan rumah sewa sebelum penyewa masuk tidaklah rumit dan sukar. Ia hanya memerlukan langkah yang lebih strategik supaya apa yang anda lakukan ini mendatangkan manfaat dan mengelakkan sebarang kerugian di masa hadapan.

Jom kita imbas semula apa yang anda telah pelajari:

  1. Bagaimana anda persiapkan rumah sewa anda
  2. Kenapa anda perlu mempunyai peraturan sewa rumah
  3. Apakah teknik terbaik dalam mengiklankan rumah sewa anda
  4. Bagaimana anda boleh lakukan kaji selidik terhadap penyewa anda
  5. Apa perlu anda buat pada hari kemasukan penyewa

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap perkara di atas, kami telah terangkan setiap satunya dengan lebih mendalam di dalam ebook kami. Dalam ebook ini kami perjelaskan apakah yang anda perlu lakukan sebelum, semasa dan selepas tempoh penyewaan supaya anda memahami dengan lebih jelas tentang pengurusan rumah sewa.

 Download ebook 100% PERCUMA kami melalui link di bawah!

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Ingat, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

Kalau anda ingin berjaya dalam pengurusan rumah sewa, pastikan anda berusaha sebaik yang mungkin untuk menambah ilmu sebanyak yang mungkin dalam bidang ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!