5 Rahsia Di Sebalik Memilih Penyewa Dari Syurga — ‘Tendang’ Keluar Penyewa Bermasalah

Apakah cara terbaik untuk pilih penyewa dari syurga? Dalam artikel ini kami akan terangkan rahsia untuk mendapat penyewa ideal anda.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Adakah anda rasa takut dan resah memikirkan apakah jenis Penyewa yang akan anda dapat nanti? 

Setiap Tuan Rumah sudah pasti inginkan Penyewa yang datangnya dari ‘Syurga’ dan bukan yang sebaliknya.

Penyewa yang bayar sewa on-time. Bil elektrik tak pernah tertunggak. Rumah sentiasa kemas dan bersih.

Bestnya!

Tapi malangnya, ia tidak semudah itu.

Untuk mendapatkan Penyewa yang berkualiti, anda perlu berusaha lebih sedikit daripada biasa.

Salah satu cara yang paling efektif untuk elak Penyewa yang bermasalah dan hanya mengambil Penyewa yang baik adalah dengan melaksanakan sistem tapisan Penyewa.

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan bagaimana anda sebagai seorang Tuan Rumah boleh ‘pilih’ siapakah bakal Penyewa anda tanpa perlu risau anda memilih Penyewa yang salah.

1. Tentukan Siapakah Penyewa Ideal Anda

Perkara pertama dalam memastikan anda mendapat Penyewa pilihan anda dan elak Penyewa dari ‘Neraka’ adalah dengan menentukan apakah kriteria-kriteria Penyewa ideal anda.

4

Sejujurnya, langkah ini bukanlah langkah yang seronok untuk dilaksanakan.

Ia mungkin satu kerja tambahan yang perlu dibuat oleh seorang Tuan Rumah. Tetapi..

Percayalah:

Langkah ini adalah langkah yang sangat penting bagi memastikan anda tidak memilih Penyewa yang salah untuk rumah sewa anda.

Tempoh sewa kebiasaannya adalah 1 tahun dan anda pasti tidak ingin terbeban dengan Penyewa yang salah sepanjang tahun, ataupun lebih!

Langkah ini akan membantu anda membuat keputusan dengan lebih cepat apabila satu per satu individu menghubungi anda dan menawarkan diri mereka untuk menjadi Penyewa anda.

Tambahan, anda akan tahu apakah sebab utama anda menolak mereka dan seterusnya lebih mudah untuk anda mencari Penyewa yang betul-betul sesuai sahaja untuk menyewa dengan anda.

Cara yang terbaik untuk tentukan siapakah Penyewa ideal anda adalah dengan menentukan apakah latar belakang mereka, apakah pekerjaan mereka, adakah mereka berkeluarga ataupun bersendirian, dan lain-lain lagi kriteria.

Dapatkan eBook kami di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang menentukan siapakah Penyewa ideal anda:

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

2. Iklankan Rumah Sewa Anda

5

Pengiklanan rumah sewa memainkan peranan yang sangat penting untuk menapis siapakah bakal Penyewa anda.

Iklan yang ditayangkan kepada orang ramai akan mempengaruhi siapakah yang akan anda tarik menjadi Penyewa anda.

Secara asasnya, terdapat dua faktor yang mempengaruhi siapakah yang bakal anda tarik untuk menjadi Penyewa anda:

  1. Kualiti pengiklanan (Media + Copywriting)
  2. Kuantiti pengiklanan

Kualiti pengiklanan akan mempengaruhi siapa yang bakal anda tarik. Dengan memastikan media seperti gambar dan video (house tour) yang berkualiti dan juga ayat pengiklanan (copywriting) yang betul, ia akan menjemput Penyewa yang ideal dan sesuai dengan kriteria yang anda dah tetapkan tadi.

Kuantiti pengiklanan pula melibatkan berapa ramai Penyewa berpotensi yang akan anda tarik. Secara amnya, lebih banyak anda iklankan rumah sewa anda, lebih banyak potensi untuk anda mendapat Penyewa yang ideal. Gunakan platform seperti Mudah.my, iProperty, PropertyGuru atau laman-laman media sosial untuk mengiklankan rumah sewa anda.

Ambil masa untuk baca dan pelajari bagaimana anda boleh iklankan rumah sewa anda dengan betul. 

Lihat pelbagai contoh-contoh dari ‘otai-otai’ di luar sana bagaimana mereka iklankan rumah sewa mereka. Ingat; ilmu adalah suluh kepada kehidupan. 

3. Tapis Penyewa Anda

Sebaik sahaja anda sudah iklankan rumah sewa anda, tiba masa untuk anda tapis sesiapa yang berminat untuk menghubungi anda selepas membaca iklan anda tetapi tidak melepasi kriteria minimum yang anda tetapkan.

Langkah ini sebenarnya akan menjimatkan lebih banyak daripada masa anda.

Kenapa?

Anda sudah pasti tidak ingin membuang masa menunjuk rumah sewa anda kepada mereka yang tak berminat atau tidak serius ingin menyewa daripada anda.

Dalam fasa tapisan Penyewa ini, anda perlu reject individu-individu yang tidak memenuhi kriteria minimum anda.

Contohnya:

Kalau anda inginkan Penyewa yang berkeluarga, secara automatiknya anda harus reject mana-mana bakal Penyewa yang ingin menyewa secara individu atau berseorangan.

Anda juga boleh bertanyakan kepada mereka sama ada mereka bersetuju ataupun tidak untuk tandatangan perjanjian sewa rumah, kerana sesetengah penyewa takut untuk tandatangan perjanjian. Bagi kami, sekiranya mereka enggan menandatangani perjanjian, ia adalah signal kepada penyewa yang bakal timbulkan masalah!

Bacaan Lanjut >> Adakah Saya (atau Penyewa) Perlukan Perjanjian Sewa Rumah?

Ini bermakna, anda pun tidak perlu pening-pening lagi nak uruskan house-viewing banyak-banyak kali nanti.

4. Tunjuk Rumah Sewa Anda

Sebaik sahaja anda tahu siapakah yang anda ingin jemput untuk membuat house-viewing, kini anda boleh tetapkan tarikh dan masa untuk mereka datang ke rumah sewa anda.

Sewanify Article31

Sebaiknya anda menjemput semua bakal Penyewa datang pada masa yang sama, supaya timbul rasa urgency bagi pihak mereka untuk membuat keputusan dengan cepat.

Semasa sesi house-viewing ini, pastikan anda tunjuk setiap perkara yang boleh menarik minat mereka untuk menyewa.

Terangkan kepada mereka apakah fasiliti atau kemudahan yang boleh memudahkan kehidupan mereka seperti dobi, kedai runcit, kedai makan dan lain-lain.

Sekiranya anda sudah membuat segala proses tapisan Penyewa dengan baik, anda akan tahu apakah yang mereka inginkan daripada sewaan ini. Oleh itu, tekankan bahagian yang mereka inginkan tersebut supaya lebih mudah untuk mereka menghargai unit rumah sewa yang anda tawarkan itu.

5. Beri Masa Untuk Keputusan

Selesainya house-viewing bermakna selesainya juga usaha anda untuk menarik minat bakal Penyewa anda.

Kini, tiba masa untuk anda berikan mereka masa dan ruang untuk membuat keputusan yang betul.

Dalam masa ini juga, anda perlu follow-up mereka supaya mereka tidak leka dan boleh buat keputusan dengan tepat dan cepat. 

Sebaiknya berikan mereka tempoh 24 jam untuk membuat keputusan. Kebiasaannya mereka sudah mempunyai jawapan sebaik sahaja selesai house-viewing tersebut. 

Sekiranya mereka ingin lagi sedikit masa dan anda rasa mereka adalah Penyewa ideal anda, anda boleh panjangkan lagi tempoh masa tersebut. 

Sementara menunggu, anda masih boleh mencari Penyewa yang lain dan anda harus memberitahu kepada Penyewa sudah membuat house-viewing tetapi belum membuat keputusan bahawa ia adalah first-come-first-served basis. Bermakna, siapa cepat buat keputusan dia akan dapat rumah sewa tersebut.

Kesimpulan

Memilih Penyewa mengikut kriteria anda mungkin agak sedikit sukar, khususnya di kawasan yang kurangnya permintaan Penyewa.

Walaubagaimanapun, untuk memastikan anda mendapat Penyewa yang anda inginkan, setiap daripada langkah yang kita telah sebutkan tadi memainkan peranan yang penting untuk tentukan mudah atau susahnya pengurusan rumah sewa anda nanti.

Sebagai peringatan, berikut adalah apa yang telah anda pelajari daripada artikel ini:

  1. Kenapa sangat penting untuk anda tentukan kriteria Penyewa anda
  2. Bagaimana anda boleh tarik Penyewa ideal melalui iklan rumah sewa anda
  3. Bagaimana anda ingin reject Penyewa bermasalah dan ambil yang berkualiti sahaja
  4. Apakah cara terbaik untuk membuat house-viewing rumah sewa anda
  5. Bagaimana anda pastikan Penyewa buat keputusan dengan betul dan cepat

Apapun, pastikan anda mulakan dengan memikirkan apakah kriteria Penyewa yang penting untuk anda. Apabila anda sudah tentukan kriteria ini, sangat mudah untuk anda jalankan langkah-langkah seterusnya. Lantas, memudahkan anda untuk menguruskan Penyewa sepanjang tempoh sewaan.

Namun, berjaya memperoleh Penyewa yang berkualiti bukanlah kayu pengukur kejayaan dan kelancaran dalam menguruskan rumah sewa anda.

Tempoh setahun dalam penyewaan bakal menjemput pelbagai jenis masalah dan cabaran untuk anda khususnya bagi golongan newbie yang baru ingin belajar.

Tetapi:

Tidak bermakna anda harus pasrah dan menunggu sahaja masalah datang. Persediaan harus dilakukan dan persiapan mental dan ilmu adalah perkara yang harus diutamakan terlebih dahulu. 

Kami di Sewanify menyediakan sebuah eBook sebagai panduan A-Z untuk anda supaya lebih mudah untuk anda uruskan rumah sewa tanpa bantuan mana-mana ejen hartanah. Sesuai untuk golongan-golongan newbie yang baru ingin belajar dan juga golongan veteran yang sudah lama berkecimpung dalam industri sewa rumah tetapi ingin menambah ilmu pengetahuan dalam pengurusan rumah sewa.

Dapatkan eBook ini sekarang secara 100% PERCUMA melalui link di bawah: 

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Kejayaan dalam menguruskan rumah sewa dihasilkan atas usaha yang jitu disokong dengan ilmu yang bernas. Jadi, sebagai seorang Tuan Rumah yang profesional, tiada lagi alasan untuk anda menjadi ‘mangsa’ dalam kegagalan menguruskan rumah sewa. Bertindak sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!