Penyewa Keluar Tanpa Notis? 6 Langkah Yang Boleh Dilakukan Untuk Tuntut Semula Hak Anda

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Penyewa Keluar Tanpa Notis? 6 Langkah Yang Boleh Dilakukan Untuk Tuntut Semula Hak Anda

Adakah penyewa anda tiba-tiba hilang tanpa sebarang notis?

Duit sewa rumah dan bil yang tertunggak berbulan lamanya pasti memberi cabaran yang perit kepada tuan rumah.

Apa yang patut anda lakukan? Adakah anda sanggup menanggung segala kos yang disebabkan penyewa? Ataupun ingin menuntut setiap sen yang tertunggak?

Sebagai tuan rumah yang professional, anda harus bertindak dan berfikiran rasional dalam menguruskan isu seperti ini.

Di dalam artikel ini, anda akan pelajari apakah proses tuntutan tunggakan duit sewa yang tidak dibayar oleh penyewa.

Apabila seorang penyewa meninggalkan rumah sewa dengan tunggakan sewa dan bil utiliti, anda mungkin kerugian bukan sahaja ratusan malah mencecah ribuan ringgit daripada wang poket anda sendiri.

Namun:

Adakah berbaloi untuk anda menuntutnya kembali?

Kebanyakkan tuan rumah akan berada dalam keadaan terperangkap apabila situasi sebegini berlaku;

Mereka tidak tahu bagaimana ingin mendapatkan kembali sewa tertunggak daripada penyewa.

Walaupun nasi sudah menjadi bubur, masih lagi terdapat beberapa cara yang anda boleh usahakan untuk menuntut tunggakan penyewa tersebut.

Sama ada ianya berbaloi atau tidak, anda boleh nilainya sendiri selepas anda membaca artikel ini.

Anda tidak perlu risau!

Melalui artikel ini, anda akan pelajari teknik-teknik yang anda boleh lakukan demi mendapatkan hak bayaran sewa anda semula.

Penyewa Sudah Tiada

Kehilangan duit mencecah ribuan ringgit mungkin adalah sesuatu tragedi yang besar bagi sesetengah orang.

Bagi anda yang masih baru dalam industri sewaan rumah, anda mungkin akan bertindak agresif untuk cuba dapatkan wang tersebut semula.

Menukar kunci pintu rumah. Memotong bil utiliti. Menghantar gangster membuat tuntutan.

Ini semua salah! Anda berpotensi untuk dihumban ke penjara jika anda terburu-buru mengambil tindakan ini.

Berhenti dan fikir seketika, apakah tindakan yang wajar dilakukan untuk mendapatkan wang itu kembali?

1. Buktikan Bahawa Penyewa Betul-Betul Telah Meninggalkan Rumah Sewa

Perkara pertama yang anda perlu pastikan adalah seseorang penyewa itu telah meninggalkan rumah sewa.

Terdapat beberapa situasi di mana Penyewa tersebut berpotensi telah pun keluar dari rumah sewa:

  • Tempoh perjanjian sewaan sudah tamat
  • Penyewa mengemukakan notis bahawa mereka akan meninggalkan rumah sewa
  • Penyewa tidak berada di rumah sewa pada tempoh masa yang lama
  • Penyewa tidak memberi respon kepada panggilan/mesej anda
  • Jiran tetangga melihat penyewa berpindah keluar
  • Penyewa sudah mula tidak membayar duit sewa
  • Rumah sewa kelihatan usang dan tidak terjaga
  • Tiada respon apabila dipanggil dari luar rumah
  • Pintu tidak berkunci

Semak terlebih sama ada mereka betul-betul sudah keluar dari rumah sewa tersebut ataupun belum.

Apapun, ingat!

Hantar mereka notis untuk anda memasuki rumah sewa anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan.

Anda akan dianggap menceroboh sekiranya anda memasuki rumah yang masih berpenghuni.

Dokumentasikan segala perbualan dan kejadian yang berlaku antara anda dan penyewa anda.

2. Bukti Penyewa Tidak Membayar Sewa

Sebagai tambahan, kumpulkan segala bentuk dokumentasi yang menunjukkan penyewa mempunyai sewa yang tertunggak, berapa jumlahnya, bila kali terakhir mereka telah menjelaskannya dan apa sahaja maklumat berkaitan pembayaran yang penting.

Sekiranya penyewa telah diberikan sebarang notis berkaitan pembayaran sewa, pastikan anda sertakan salinan notis tersebut bersama.

Surat perjanjian sewa rumah adalah dokumen yang paling penting untuk membuktikan segala informasi berkaitan sewaan dengan penyewa tersebut. Jadi, pastikan anda masih menyimpan perjanjian tersebut sebagai bahan bukti.

Sekiranya anda tidak mempunyai perjanjian, jalan terbaik adalah dengan mengumpul segala perbualan antara anda dan penyewa anda dan cetakknya pada kertas.

3. Semak Tarikh Tamat Tempoh Sewaan

Bagi situasi di mana penyewa meninggalkan rumah sewa anda sebelum tempoh penyewaan tamat atau tanpa sebarang notis, anda perlu pastikan hak mereka untuk tinggal dalam rumah sewa tersebut telahpun tamat.

Jadi:

Sekiranya penyewa sudah tamat tempoh sewaan berdasarkan perjanjian sewa rumah, maka secara automatiknya mereka harus keluar dari rumah sewa tersebut.

Sekiranya tempoh sewaan masih lagi berbaki beberapa bulan (atau baru 3 bulan duduk sudah ingin keluar, sedangkan tempoh sewa yang telah dipersetujui adalah 12 bulan) maka anda boleh terus ke poin nombor 5 dalam artikel ini.

4. Mahkamah Tuntutan Kecil

Salah satu kaedah untuk anda mendapatkan kembali wang sewa yang tidak dijelaskan adalah dengan membuat tuntutan di mahkamah di bawah tuntutan kecil.

Tuntutan kecil yang bernilai di bawah RM5,000 boleh dibuat di mahkamah majistret berhampiran kawasan anda.

Seseorang tuan rumah akan boleh mendakwa penyewa atas sebab pelanggaran perjanjian sewa apabila penyewa tersebut gagal menjelaskan bayaran sewa seperti yang telah ditetapkan.

Namun, pihak mahkamah memerlukan beberapa dokumen pengesahan daripada anda bagi memastikan proses tuntutan tersebut berjalan lancar.

Kami nasihatkan anda hubungi pihak mahkamah majistret untuk berbincang apakah langkah seterusnya yang anda perlu laksanakan.

Takut mahal nak lantik peguam?

Jangan risau! Kerana untuk tuntutan kecil iaitu tuntutan di bawah RM5,000, anda tidak perlu untuk diwakili peguam.

“MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL (KELAS KEDUA)
• Majistret Kelas Kedua boleh mendengar kes sivil di mana tuntutan Plaintif termasuk faedah tidak melebihi RM10,000.
• Jika tuntutan tersebut tidak melebihi RM5,000, Plaintif boleh memfailkan tindakan di Bahagian Tuntutan Kecil Mahkamah Majistret. Namun, bagi kes tuntutan kecil, pihak-pihak tidak boleh diwakili peguam. Kes adalah diwakili oleh pihak-pihak dalam pertikaian itu sendiri.” – Kehakiman.gov.my

Walaubagaimanapun, anda masih lagi boleh meminta nasihat mereka untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam tentang prosedur dan kertas kerja yang diperlukan.

Pihak mahkamah akan mengenakan fi yang minima bagi setiap pengurusan tuntutan di mahkamah.

Biarpun begitu, sebelum anda mengemukakan kes tuntutan untuk pengadilan, adalah penting untuk diingatkan bahawa ianya akan memakan masa yang panjang. Kebiasaannya 3-6 bulan bergantung kepada kerumitan tuntutan tersebut.

Jika anda nekad untuk membuat tuntutan mahkamah, hubungi mahkamah berhampiran kawasan setempat anda untuk mengetahui jenis-jenis dokumen yang anda perlu failkan.

Setelah anda memperoleh pelepasan membawa kes untuk dibicarakan, anda perlu beritahu penyewa bahawa mereka perlu hadir untuk kes perbicaraan tersebut.

5. Kumpul Segala Bukti

Anda berkemungkinan besar bakal memerlukan:

  1. Perjanjian sewa anda,
  2. Dokumentasi pembayaran sewa/deposit
  3. Gambar-gambar
  4. Notis amaran tunggakan dsb.
  5. Rekod perbualan di telefon

Setelah anda sediakan segala dokumen yang berkaitan, anda kini sudah bersedia untuk membuat tuntutan tersebut.

Tetapi:

Adakah Penyewa boleh membela diri mereka?

Sudah tentu sekali!

Seperti apa-apa jenis perbicaraan, perlu diingatkan bahawa penyewa boleh tampil mengemukakan pembelaan mereka juga.

Penyewa mungkin akan mendakwa bahawa rumah sewa tersebut berada dalam keadaan yang tidak elok untuk dihuni, ataupun anda bersikap tidak baik dengan mereka, atau pelbagai lagi pembelaan yang ingin mereka bawa.

Anda jangan takut!

Selagi mana anda bersedia dengan dokumentasi seperti yang kami sebutkan tadi, ianya akan menjadi mudah untuk anda menang kes tersebut.

6. Proses Pengadilan

Apabila tiba waktu membicarakan kes anda di mahkamah, anda akan dikenali sebagai plaintif (pihak menuntut) dan penyewa anda akan dikenali sebagai defendan (pihak yang dituntut).

Anda akan diberi peluang untuk mengemukan tuntutan terhadap penyewa. Waktu ini, anda terangkan kronologi yang berlaku dan nilai tuntutan yang ingin dibuat.

Sekiranya anda mempunyai perjanjian dan perjanjian tersebut ditandatangani oleh seorang atau lebih saksi, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan juga.

Setelah selesai sesi anda sebagai tuan rumah, maka tiba masa untuk penyewa pula membela diri mereka.

Ingat:

Sekiranya anda telah membuat homework anda dan persiapkan diri anda dengan pelbagai dokumen dan bukti, anda tidak perlu takut!

Dengar sahaja apa yang penyewa cakap dan serahkan kepada hakim untuk menentukan keputusannya.

Bagaimanakan Anda Boleh Elak Perkara Yang Sama Terjadi?

Pastikan anda memiliki perjanjian sewa rumah yang lengkap dan mudah untuk difahami. Ia bukan sahaja penting untuk digunakan di peringkat mahkamah seperti yang telah kita ceritakan ini, tetapi ia menjadi sebuah titik rujukan untuk dibuat oleh pihak anda dan penyewa anda.

Kefahaman peraturan sewa rumah menjadi lebih penting apabila penyewa sudah hampir dengan tarikh akhir sewaan mereka.

Pada tahap ini, mereka sudah rasa ingin keluar dan mungkin sudah merancang untuk keluar lebih awal daripada yang sepatutnya.

Sebagai tuan rumah, peringatan harus dihantar kepada mereka tentang perjanjian yang telah dibuat.

Sentiasa membuat pemantauan dan rujuk dokumen perjanjian sewa rumah sekiranya berlaku perbezaan pendapat. Ini memastikan kepatuhan penyewa kekal pada tahap yang baik.

Sekiranya anda masih belum mempunyai perjanjian sewa rumah dan ingin lindungi hak anda daripada terjatuh ke dalam perangkap penyewa, pastikan anda memiliki Surat Perjanjian Sewa Rumah yang pihak Sewanify sediakan. Ia merangkumi pelbagai aspek khususnya memastikan penyewa kekal berdisiplin membayar duit sewa sehinggalah memastikan mereka meninggalkan rumah sewa anda dengan bersih dan kemas. Ingat, perjanjian sewa rumah adalah wajib untuk anda miliki bagi memudahkan proses tuntutan anda nanti!

Dapatkan sekarang dengan klik butang di bawah:

PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.

12 thoughts on “Penyewa Keluar Tanpa Notis? 6 Langkah Yang Boleh Dilakukan Untuk Tuntut Semula Hak Anda”

  1. As salam tuan…
    Saya ada menyewa kedai makan dan saya tak boleh nak teruskan lagi.. dalam perjanjian saya mesti bagi notis 2bulan dan saya wajib terus berniaga dalam masa 2 bulan terakhir mengikut syarat kontrak tu. Jika saya sudah memberi notis 2 bulan awal dan gagal untuk meneruskan perniagaan itu dalam 2 bulan terakhir, bolehkah saya dibawa ke mahkamah??
    Dalam surat perjanjian itu hanya ada nama saya ( bukan nama penuh), no hp dan tandangan saja. Surat perjanjian ada 6 helai, tetapi saya hanya tandatangan pada muka surat terakhir saja mengikut surat kontrak itu. Surat itu pula tiada buat matikan setem atau stamping. Boleh kah saya dihadap ke mahkamah jika saya gagal memenuhi syarat itu??

    1. Wasalam tuan. Maaf lewat. Ya, kalau ikut situasi ini, perjanjian ada menyatakan cik WAJIB berniaga sehingga tamat kontrak dengan notis 2 bulan awal. maka sebarang pelanggaran perjanjian boleh menyebabkan kes ini dibawa ke mahkamah.

      Namun, proses untuk membawa ke mahkamah adalah rumit, panjang dan menelan kos yang besar. Berbincang terlebih dahulu bersama pemilik kedai sama ada mereka boleh selesaikan dengan cara yang lebih baik.

      Dari segi format perjanjian pula, ia wajib dimatikan setem di LHDN sebelum dibawa ke mahkamah. Namun, pemilik kedai masih boleh membawa perjanjian tersebut (meskipun lambat) dengan membayar sedikit penalti.

  2. Assalamualaikum. Sebelum tu Saya nak Tanya. Sekiranya kita sewa bilik contract setahun tetapi nak keluar awal , owner boleh ambil tindakan ke? And lagi Satu, sekiranya owner keluar masuk rumah ” female unit, apekah kami boleh buat report ?

    1. Waalaikumussalam.

      Kalau sudah laksanakan perjanjian yang mana di dalamanya dinyatakan keperluan untuk menyewa selama 1 tahun, maka penyewa tidak boleh tamatkan sewa lebih awal MELAINKAN dipersetujui oleh Tuan Rumah. Jika tidak, maka owner tersebut boleh ambil tindakan undang-undang.

      Owner tidak boleh sewenang-wenangnya masuk ke rumah tanpa sebarang notis (perlu dimasukkan ke dalam perjanjian sewa rumah) tidak kira penyewa tersebut lelaki atau perempuan. Ya, cik boleh report kepada pihak berkuasa kerana ia dianggap sebagai pencerobohan.

  3. Assalamualaikum..

    Owner rumah bagi notis 2 bulan untuk penyewa keluar dari rumah atas sebab ada potential buyer.
    dan selama menyewa, tiada Agreement letter diantara owner dan penyewa.
    Owner inform deposit akan diberi semula 14 hari waktu bekerja selepas penyewa berpindah keluar.
    Boleh ke sekiranya penyewa meminta refund deposit selepas penyerahan kunci kpd owner tanpa perlu menunggu 14hari?

  4. Assalamualaikum. Saya menyewa menggunakan ejen dan untuk memperbaharui kontrak sewa, kami diminta bayar agent fee dan agreement fee sebanyak Rm700. Bila saya nak berurusan dengan tuan rumah sendiri, agent tidak memberi no tuan rumah dengan alasan tuan rumah tidak mahu diganggu dan dia sudah pun berikan no kami pada tuan rumah. Apabila saya berjaya mendapatkan sendiri no tuan rumah dan bertanya pada dia, dia kata agent tidak beritahu dia mengenai kami nak contact dia dan dia pun tidak ada no kami. Ini sudah maklum ada penipuan di antara kami, agent dan tuan rumah. Di mana saya boleh laporkan kes ini?

    1. Waalaikumussalam, maaf ini di luar bidang kuasa kami, sebaiknya pastikan ada perjanjian terlebih dahulu dan rujuk pihak mahkamah atau peguam untuk teliti perjanjian tersebut.

  5. Salam. Saya nak tahu jika penyewa sign kontrak setahun tapi sudah keluar selepas 3 bulan…Saya sudah bagitau yg deposit mereka tidak akan dikembalikan memandangkan tiba2 sahaja mereka kata nak keluar dlm tempoh kurang dari seminggu..bagaimana dgn surat perjanjian yg sudah stamping di LHDN? sekiranya selepas 1 bulan rumah kosong…ada penyewa potensi pula hendak menyewa…adakah boleh diteruskan? Terima kasih.

    1. Hi, ya penyewa baru boleh menyewa. Ini adalah kerana perjanjian tersebut ikatannya adalah antara tuan rumah dan penyewa, dan apabila berlaku pelanggaran (contoh keluar kurang dari tempoh sepatutnya), maka automatik perjanjian tersebut terbatal.

  6. Salam tuan.. Saya nak tanya.. Sekiranya perjanjian telah tamat tempoh dan saya keluar dari rumah tersebut berserta notis kepada Owner rumah tetapi Owner rumah berkeras utk saya stay lagi 2 bulan kerana dalam kontrak perlu beri notis 2bulan..tapi kontrak. Telah pon tamat 31.1.2023.. Tapi owner berkeras supaya saya mengikut perjanjian utk beri notis 2bulan..serta membayar sewa utk 2bulan tersebut… Saya sudah memberi tahu Owner bahawa saya akan berpindah keluar sebaik sahaja kontrak tamat… Deposit saya masih ada pada owner sebanyak lebih kurang 5k++… Sekiranya sy keluar tanpa membayar sewa, adakah Owner boleh mengambil tindakan?

    1. Wasalam. Oleh kerana perjanjian sewa sudah pun tamat, maka tuan rumah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap cik. Walaubagaimanapun, apabila ada persetujuan di luar dokumen perjanjian sewa tersebut, maka tuan rumah boleh menggunakan ini sebagai bahan bukti untuk ambil tindakan. Secara amnya, apabila tamat perjanjian, hak anda sebagai penyewa dan hak tuan rumah sudah pun tidak valid.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!