Apa Maksud Deposit Sewa Rumah? — 5 Perkara Wajib Tahu Bagaimana Deposit Menjamin Keselamatan Anda

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Apa Maksud Deposit Sewa Rumah? — 5 Perkara Wajib Tahu Bagaimana Deposit Menjamin Keselamatan Anda

Maksud Deposit Sewa Rumah adalah suatu bentuk cagaran demi menjamin hak Tuan Rumah sekiranya Penyewa bertindak melanggar perjanjian sewa rumah yang telah dipersetujui.

Di Malaysia, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengklasifikasikan sesebuah bentuk deposit.

Namun, kaedah yang biasa digunakan adalah:

  1. Deposit 2+1
  2. Deposit 1+1
  3. Deposit 2+1+1

Di dalam artikel ini, kita akan bincangkan kenapa deposit sewa rumah itu penting dan bagaimana anda boleh tentukan kaedah apa yang sesuai untuk rumah sewa anda.

 

1. Kenapa Perlu Ada Deposit Sewa Rumah?

Tujuan utama kenapa anda perlukan deposit atau cagaran sewa rumah adalah untuk menyelamatkan diri anda daripada terpaksa menanggung kerugian akibat penyewa.

Contohnya:

Apabila tiba hari akhir sewaan, anda mendapati terdapat beberapa kerosakan pada dinding dan pintu. Kos untuk memperbaikinya mungkin dalam lingkungan RM500-RM600. Setelah diteliti, anda dapat tahu bahawa penyewa yang menyebabkan kerosakan itu berlaku. Penyewa sudah ingin keluar dan mereka pula jenis yang berdegil dan liat untuk membayar sewa. Tanpa deposit, bagaimana anda ingin menyuruh mereka perbaiki atau menggantikan kerosakan tersebut?

Oleh sebab itu, deposit sewa rumah memainkan peranan yang penting dalam memastikan penyewa kekal berdisiplin sepanjang tempoh sewaan.

Mereka tahu apabila mereka melakukan kerosakan pada mana-mana bahagian rumah anda, mereka yang terpaksa menanggung risikonya.

Ia bukan hanya terhad pada kerosakan sahaja, malah ia juga melibatkan kes-kes seperti tunggakan sewa, tunggakan bil, pelanggaran perjanjian, kehilangan barang dan apa-apa yang berkaitan dengan mengingkari peraturan yang telah dipersetujui bersama.

Setiap kes ini boleh difaktorkan ke dalam nilai dan jenis deposit yang ingin dikenakan kepada penyewa.

 

2. Jenis-Jenis Deposit Sewa Rumah

Secara amnya, terdapat beberapa deposit yang boleh anda gunakan untuk melindungi hak anda sebagai tuan rumah.

Antaranya:

  1. Deposit Sekuriti
  2. Depositi Utiliti
  3. Deposit Haiwan Peliharaan
  4. Deposit Tempahan

Setiap daripada jenis deposit ini memiliki peranannya masing-masing.

Namun, bagi setiap rumah sewa, Deposit Sekuriti adalah deposit yang paling penting dan wajib ada.

 

Deposit Sekuriti

Sudah namanya “sekuriti”, pastinya ia membawa sebuah ciri-ciri yang berbentuk keselamatan.

Deposit ini bertujuan untuk menjamin hak tuan rumah kekal terselamat sekiranya Penyewa bertindak melanggar perjanjian sewa rumah yang telah dipersetujui sepanjang tempoh sewaan.

 

Deposit Utiliti

Perkataan Utiliti di sini dimaksudkan dengan sistem-sistem bekalan asas rumah sewa seperti pengairan, elektrik, kumbahan, sampah dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan untuk sesebuah rumah sewa.

Deposit ini dilaksanakan secara minimal bergantung pada strategi tuan rumah dalam pelaksanaan pembayaran bil utiliti.

Sekiranya Tuan Rumah meminta penyewa membayar bil utiliti seperti bil elektrik, air atau kumbahan, namun deposit ini perlu dilaksanakan.

Sebaliknya, sekiranya Tuan Rumah yang membayar segala jenis bil utiliti, maka anda tidak perlu kenakan deposit ini kepada penyewa.

 

Deposit Haiwan Peliharaan

Deposit ini juga adalah suatu yang tidak wajib dan hanya terhad kepada penyewa yang mempunyai haiwan peliharaan sahaja.

Ia digunakan untuk membersihkan kesan seperti kotoran atau bau haiwan peliharaan apabila tamat tempoh sewaan.

 

Deposit Tempahan

Deposit tempahan atau juga dikenali sebagai Earnest Deposit atau Booking Fee adalah sebuah bentuk deposit yang digunakan apabila penyewa bersetuju untuk menyewa tetapi masih belum masuk ke rumah sewa anda.

Ia boleh ditukar menjadi sebahagian daripada sekuriti deposit sebaik sahaja Penyewa sudah masuk ke rumah sewa. Bergantung pada persetujuan yang telah dibuat.

Deposit tempahan boleh dikadarkan dengan peratusan (20-30%) daripada jumlah bayaran sewa bulanan. Namun, ia boleh diubah berdasarkan persetujuan antara tuan rumah dan penyewa.

 

3. Kaedah Deposit Sewa Rumah

Seperti yang kita sebutkan tadi, di Malaysia, meskipun tiada undang-undang khas atau kewajipan untuk tuan rumah melaksanakannya, anda boleh menggunakan kaedah-kaedah tertentu dalam mengenakan deposit kepada penyewa.

Ia akan memudahkan bakal penyewa anda faham tentang sistem deposit yang anda ingin perkenalkan.


Deposit 2+1

  • 2 : Dua Bulan Sewa (Deposit Sekuriti)
  • 1 : Satu Bulan Sewa (Deposit Utiliti)


Deposit 1+1

  • 1 : Dua Bulan Sewa (Deposit Sekuriti)
  • 1 : Satu Bulan Sewa (Deposit Utiliti)


Deposit 2+1+1

  • 2 : Dua Bulan Sewa (Deposit Sekuriti)
  • 1 : Satu Bulan Sewa (Deposit Utiliti)
  • 1 : Satu Bulan Sewa (Sewa Bulan Pertama)

 

4. Kaedah Menentukan Jumlah Deposit Yang Ingin Dikenakan

Setiap tuan rumah mempunyai strategi masing-masing dalam menilai berapa jumlah deposit yang perlu dikenakan.

Apa yang penting:

Tidak kira apa jenis rumah sewa anda sekalipun —Pengambilan Deposit adalah Wajib.

Namun, bagaimana nak tahu kaedah dan jenis deposit yang ingin dikenakan?

 

1. Konsep Rumah Sewa

Jumlah deposit dikenakan diukur dengan konsep rumah yang anda sewakan.

Terdapat tiga konsep sewaan yang selalu digunapakai:

  1. Tiada perabot (Unfurnished)
  2. Mempunyai perabot asas seperti katil, peti ais, meja, sofa, dll (Semi-Furnished)
  3. Lengkap dengan Perabot (Fully-Furnished)

Apabila anda memilih untuk menyewakan tanpa sebarang perabot (Unfurnished) maka jumlah deposit sekuriti yang anda wajar kenakan adalah 1 bulan sewa sahaja.

Sekiranya rumah sewa anda mempunyai perabot asas, deposit sekuriti yang anda wajar kenakan adalah sebanyak 1.5 bulan sewa.

Manakala, apabila rumah anda dilengkapi dengan perabot, penyewa anda sewajarnya dikenakan dengan 2 bulan sewa sebagai deposit sekuriti.

Kenapa berbeza?

Kerana ia diukur dengan risiko yang bakal anda hadapi.

Rumah yang penuh dengan perabot risiko untuk rosak adalah lebih tinggi berbanding rumah yang kosong tanpa sebarang perabot.

 

2. Jenis Penyewa

Jenis penyewa juga menentukan berapa banyak deposit yang anda perlukan.

Ia memerlukan anda untuk membuat kajian latar belakang penyewa.

Golongan professional ataupun golongan yang mempunyai latar belakang yang baik, depositnya lebih rendah berbanding golongan yang mempunyai sejarah sewaan yang tidak baik.

Ia diukur dengan risiko penyewa yang bermasalah melakukan perkara yang melanggar perjanjian sewa rumah lebih tinggi berbanding penyewa yang baik.

Manakala untuk golongan pelajar, deposit yang dikenakan adalah terhad kerana mereka masih belum mempunyai pendapatan. Namun, anda perlu pastikan deposit yang dikenakan adalah cukup untuk lindungi anda sekiranya mereka bertindak melampaui batas.

 

3. Deposit Sewa Rumah Tempatan

Nilai deposit juga dikenakan mengikut kadar tempatan rumah sewa tersebut.

Anda boleh membuat penilaian terhadap kadar deposit sewa tempatan melalui portal seperti Mudah.my, iProperty atau Propertyguru.

Sebaiknya adalah untuk pastikan deposit yang anda kenakan hampir sama dengan unit-unit lain berhampiran rumah sewa anda bagi mengelakkan penyewa menolak tawaran sewa anda.

 

4. Pembayaran Bil Utiliti

Isu tunggakan bil adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan tuan rumah.

Apabila tuan rumah menyerahkan tanggungjawab membayar bil utiliti seperti elektrik dan air kepada penyewa, mereka berpotensi untuk tidak membayar bil utiliti tersebut (meskipun telah ditetapkan di dalam perjanjian sewa rumah)

Sebab apa? Bil utiliti bukan di bawah nama mereka.

Syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanya akan berurusan di bawah nama yang didaftarkan kepada TNB untuk rumah sewa itu sahaja. Bermakna, sekiranya bil elektrik rumah tersebut didaftarkan di bawah nama anda sebagai pemilik rumah, maka tanggungjawab membayar bil elektrik tersebut adalah anda.

Anda mungkin bertanya, boleh ke rumah sewa tersebut walaupun milik kita tetapi bil utiliti dibayar oleh orang lain (penyewa)?

Boleh. Terhad kepada bil elektrik sahaja buat masa sekarang.

TNB membolehkan pemilik rumah menukar tanggungjawab membayar bil kepada penyewa dengan mudah.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai penukaran nama bil utiliti kepada penyewa, baca lagi di >>> Takut Penyewa Tidak Bayar Bil Elektrik? Kenali Teknik Untuk Lindungi Anda Daripada Menanggung Tunggakan RIBUAN Ringgit.

Oleh sebab itu, sekiranya anda meletakkan tanggungjawab membayar bil elektrik tanpa menukar nama mereka, maka anda digalakkan untuk mengenakan deposit kepada penyewa.

Ini memastikan hak anda sebagai tuan rumah kekal terlindung dan yang paling penting, poket anda tidak bocor.

 

5. Penyewa Memiliki Haiwan 

Pemilikan haiwan oleh penyewa adalah salah satu faktor penentuan jumlah dan kaedah deposit yang anda ingin gunakan.

Penyewa yang memiliki haiwan peliharaan secara amnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk merosakkan perabot dan menjejaskan persekitaran rumah sewa anda berbanding penyewa tanpa haiwan peliharaan.

Kerosakan seperti kesan cakar, sofa terkoyak, pintu berlubang atau bau-bauan yang kurang menyenangkan pada persekitaran rumah akibat memiliki haiwan peliharaan.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang pengurusan penyewa yang memiliki haiwan peliharaan, sila baca artikel kami di:

Penyewa Bela Kucing atau Haiwan Peliharaan Yang Lain? Ini Apa Yang Anda WAJIB Buat – Elak Kerosakan & Bau Akibat Haiwan Peliharaan Ini.

Oleh itu, deposit haiwan peliharaan adalah penting untuk anda kenakan kepada penyewa yang mempunyai haiwan peliharaan.

Kadar depositnya bergantung kepada jenis haiwan peliharaan. Anda boleh dapatkan harga upah pembersihan dan harga perabot sebagai rujukan harga untuk tentukan kadar deposit haiwan peliharaan. Kebiasaanya, untuk haiwan seperti kucing deposit yang sesuai adalah dalam lingkungan RM600-RM1200.

 

5. Boleh Ke Duit Deposit Sewa Rumah Digunakan Sebagai Bayaran Akhir Sewa?

Ada juga situasi di mana penyewa meminta Tuan Rumah menggunakan wang deposit untuk membayar duit sewa bulan terakhir.

Di dalam kes ini, kami tidak sarankan untuk menggunakan deposit sebagai bayaran akhir atas dua sebab:

  • Anda tidak mempunyai insuran sekiranya berlaku kerosakan pada barangan rumah sewa anda.
  • Penyewa boleh sesuka hati melanggar peraturan rumah sewa sebelum tamatnya tempoh sewaan.
  • Sekiranya ada bil yang tertunggak, ada yang terpaksa tanggung

Jadi, pastikan anda memegang deposit tersebut sehingga hari terakhir sewaan.

Sebelum anda pulangkan pastikan anda periksa secara menyeluruh keadaan rumah sewa tersebut. Pastikan keadaannya sama seperti apa yang anda berikan kepada mereka sebelum sewaan bermula.

Baca lebih lanjut berkaitan pemulangan deposit sewa rumah di sini >>> 6 Sebab Kenapa Pemulangan Deposit Sewa Rumah Adalah Langkah Yang TIDAK WAJAR

 

Kesimpulan

Deposit sewa rumah adalah sebuah jaminan keselamatan kepada seseorang tuan rumah apabila berlakunya pelanggaran kontrak sewa rumah oleh Penyewa.

Terdapat tiga jenis kaedah deposit yang biasa digunapakai di Malaysia iaitu 2+1, 1+1 dan 2+1+1 yang di mana setiap angka ini merangkap bilangan bulan dalam menentukan jumlah akhir deposit.

Pemilihan jumlah dan kaedah deposit bergantung pada pelbagai faktor seperti konsep rumah sewa, jenis penyewa, deposit sewa rumah tempatan, tanggungjawab membayar bil utiliti dan juga  pemilikan haiwan.

Maka, sebelum anda tentukan deposit yang diperlukan, pastikan anda mengambil kira pelbagai faktor yang kita bincangkan di atas supaya hak anda kekal terlindung dan penyewa tidak berani untuk melanggar perjanjian sewa rumah yang telah dibuat.

1 thought on “Apa Maksud Deposit Sewa Rumah? — 5 Perkara Wajib Tahu Bagaimana Deposit Menjamin Keselamatan Anda”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!