Takut Penyewa Tidak Bayar Bil Elektrik? Kenali Teknik Untuk Lindungi Anda Daripada Menanggung Tunggakan RIBUAN Ringgit.

Bagaimana anda boleh uruskan penyewa tidak bayar bil elektrik? Baca tips-tips ini sebelum menyewakan rumah anda!

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

penyewa tidak bayar bil elektrik TNB

Takut Penyewa Tidak Bayar Bil Elektrik? Kenali Teknik Untuk Lindungi Anda Daripada Menanggung Tunggakan RIBUAN Ringgit.

Penyewaan selama 2 tahun telah tamat. 

Anda tidak pernah ada masalah dengan penyewa anda, dia sentiasa membayar duit sewa tepat pada masanya, tidak pernah hubungi anda untuk membetulkan kerosakan, dan rumah anda juga dalam keadaan yang baik. 

Anda berharap penyewa anda tidak berhenti menyewa kerana dalam ramai-ramai penyewa, dia memang PERFECT.

Anda mengambil cuti sehari daripada bekerja, kumpulkan barangan pencuci dan pergi ke rumah untuk mencuci dan mengemas. 

Selepas sampai sahaja di sana, anda hidupkan lampu.

Anda petik suis…tiada apa-apa terjadi. 

Alamak, mungkin lampu rosak. Anda cuba petik suis kipas… sama sahaja – tidak berlaku apa-apa.

Sekarang, anda menjadi bingung…ada masalah elektrik ke? 

Pada masa itu, telefon anda berbunyi dan anda perasan yang anda telah menerima mesej teks daripada TNB. 

TNB menyatakan anda telah berbulan-bulan tidak membayar bil dan mereka telah memotong bekalan elektrik anda. 

Jantung anda berhenti seketika dan anda baru sedar yang anda berhutang ribuan ringgit kepada TNB.

Apa yang lagi menyedihkan?

Anda telah pulangkan semula deposit utiliti dan sekuriti kepada bekas penyewa anda.

Dalam situasi sebegini, apa yang anda boleh buat?

Jika anda telah pun berada dalam situasi ini, sejujurnya (dan sepahit-pahitnya) kami sebut: 

Tidak apa sangat yang anda boleh buat. 

Isu bil utiliti kerap berlaku dan kebanyakan tuan rumah banyak menjadi mangsa. Namun, apabila anda tidak mempunyai sebarang surat perjanjian sewa rumah antara penyewa dan tuan rumah menyatakan tanggungjawab penyewa untuk membayar bil utitliti, anda berada dalam nasib yang malang.

BACA >>> Ketahui Apa Yang Terkandung Dalam Surat Perjanjian Sewa Rumah Untuk ‘Memaksa’ Penyewa Membayar Bil Utiliti

Tukar Nama Pemilik Akaun

Jadi apa yang anda boleh buat apabila penyewa tidak bayar bil elektrik dan untuk mengelakkan diri anda daripada disaman oleh TNB adalah dengan menukar nama pemegang akaun berdaftar kepada nama penyewa anda. 

Dengan cara ini, jika ada apa-apa bil tertunggak: 

TNB akan berurusan dengan penyewa anda dan bukannya anda.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah jika anda menukar nama pemilik sementara bil elektrik rumah sewa anda kepada nama penyewa anda, TNB tidak meletak bertanggungjawab untuk apa-apa kegagalan dalam membayar caj elektrik. 

Apa yang menarik adalah:

Sekiranya penyewa tidak bayar bil elektrik mereka, tunggakan tersebut akan dibawa oleh penyewa tersebut sekiranya mereka berpindah ke rumah sewa yang baru.

Cara Daftar Penukaran Nama Akaun

Secara Online

Ia amatlah mudah untuk menukarkan nama pemegang akaun berdaftar dan anda juga boleh lakukannya secara dalam talian di sini.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi myTNB di telefon pintar anda dengan meminta Penyewa (sebagai Bukan Pemilik Akaun) anda mendaftarkan diri mereka dengan mengikuti video di bawah:

Melalui Pusat Khidmat Pelanggan

Penyewa anda perlu mengisi borang Permohonan Bekalan Elektrik Domestik dan Borang Perakuan, dan bawannya ke Kedai Tenaga (Pusat Khidmat Pelanggan).

Muat turun fail-fail di atas melalui pautan di bawah:

Apa yang Penyewa perlu dibawa ketika berjumpa dengan pihak TNB untuk penukaran akaun:

  • Kad Pengenalan
  • Bayaran pemprosesan (RM3)
  • Bayaran Duti Setem (RM10)
  • Deposit Sekuriti (Bergantung pada jenis kediaman)

Selepas itu, pihak TNB akan menghubungi anda sebagai Tuan Rumah untuk mendapatkan pengesahan bagi penutupan akaun elektrik anda pada rumah sewa tersebut.

Kemudian, setelah anda mendapat panggilan, TNB akan mulakan proses penutupan akan dan akan memberitahu Penyewa anda sekiranya proses pemindahan akaun tersebut berjaya.

Setelah selesai penyewaan (apabila penyewa anda berhenti menyewa), anda boleh ulangi proses yang sama untuk menukarkan nama kepada nama penyewa baru atau nama anda sendiri jika anda memutuskan untuk tidak menyewakannya. 

Tiada Lagi Tanggungjawab Anda Untuk Membayar Bil Elektrik

Setelah anda tahu tentang ini, anda boleh lindungi diri anda daripada hutang yang tidak diingini dengan memastikan yang penyewa anda mendaftarkan dirinya sebagai pemegang akaun sebelum berpindah masuk.

Apabila penyewa tidak bayar bil elektrik mereka pada waktu yang sepatutnya, pihak TNB akan mengejar mereka bukan hanya pada sewaan rumah anda sahaja, tetapi pada rumah-rumah sewa akan datang.

Anda yang sudah mempunyai penyewa dan masih mengeluh kerana nama anda masih berdaftar dengan TNB, jangan bimbang…

..kerana:

Jika penyewa anda masih lagi menyewa dan anda agak risau yang penyewa anda mungkin lari tanpa membayar segala tunggakan, anda masih boleh memohon untuk menukar nama dengan TNB. Dokumen yang sama juga digunakan. 

Tetapi:

Jika anda memilih untuk tidak menukar nama, anda sendiri sebagai Tuan Rumah masih boleh mendaftar untuk akaun myTNB bagi tujuan pemantauan bil elektrik rumah sewa anda. 

Ini membawa kita berbalik kepada soalan asal kita.

Apa yang saya boleh buat jika Penyewa tidak bayar bil elektrik?

Jika anda dapat menukar nama pemegang akaun berdaftar kepada nama penyewa anda, semua akan berjalan dengan lancar dan baik. Anda hanya perlu duduk dan lihat mereka saja dari jauh.

Jika anda tidak menukar nama dan terdapat jumlah tertunggak, anda boleh membuat permintaan untuk menutup bekalan elektrik daripada TNB. 

Ini bermaksud yang anda meminta untuk TNB menutup bekalan eletrik di rumah sewa anda buat sementara untuk menekan penyewa anda untuk bayar. 

TETAPI: 

Anda perlu nyatakan persetujuan untuk menutup sebarang utiliti (seperti elektrik atau air) dalam Surat Perjanjian Sewa Rumah sekiranya penyewa tidak bayar bil elektrik atau bil utiliti yang lain.

Sekiranya persetujuan tidak dibuat, anda dianggap telah menyekat hak asasi manusia dan anda boleh disaman oleh Penyewa itu sendiri. Ini dinyatakan di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 .

Oleh itu, ia adalah amat dinasihati (juga oleh TNB) untuk melaksanakan pertukaran nama jika anda ingin menyewakan rumah sewa anda..

Kerana:

Kenapa anda yang perlu ambil risiko dikenakan tindakan undang-undang untuk bil yang tertunggak?

Berikut adalah panduan yang pihak TNB keluarkan bagi tanggungjawab pembayaran bil elektrik antara penyewa dan tuan rumah:

Konklusi

Penukaran akaun dari nama anda ke nama penyewa anda tidaklah sesusah yang disangka. Kami galakkan anda membuat secara online sahaja kerana ia lebih cepat dan mudah.

Melalui penukaran nama akaun ini, anda tidak perlu lagi risau dan runsing memikirkan penyewa tidak bayar bil elektrik atau bil utiliti yang lain dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penyewa sebaiknya. Pihak TNB juga tidak akan memotong bekalan elektrik anda apabila penyewa tidak membayar bil mereka.

Apapun, pastikan anda nyatakan peraturan-peraturan pembayaran bil utiliti termasuk elektrik, air, internet dan lain-lain ke dalam surat perjanjian sewa rumah anda. Dengannya, anda lebih mudah untuk mengawal tingkah laku penyewa dan mendisiplinkan mereka untuk membayar bil setiap bulan.

Soalan Lazim TNB.  

Terdapat pemilik dibebani dengan bil yang tinggi setelah penyewa berpindah. Bagaimana pemilik boleh melindungi hak mereka?

Pemilik / pelanggan berdaftar mempunyai dua pilihan:

  • Sebelum penyewa berpindah ke premis, pemilik / pelanggan berdaftar boleh menyediakan dokumen Penukaran Penghuni (Change of Tenancy) yang menjadikan penyewa bertanggungjawab terhadap bil yang tidak dibayar. 
  • Sekiranya pemilik tidak mahu membuat Penukaran Penghuni (Change of Tenancy),pemilik boleh berdaftar dengan e-Services yang terdapat di laman web TNB di www.tnb.com.my dan dengan itu pemilik boleh memantau penggunaan bulanan dan corak pembayaran penyewanya

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk membuat pertanyaan lanjut?

Pelanggan boleh menghubungi TNB melalui pelbagai saluran antaranya:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!