Rumah Nak Disewakan? Tunggu Dulu! Kenali 12 Teknik Persiapan Rumah Sewa Wajib Tahu Untuk Memukau Penyewa Masuk

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Rumah Nak Disewakan? Tunggu Dulu! Kenali 12 Teknik Persiapan Rumah Sewa Wajib Tahu Untuk Memukau Penyewa Masuk

Ramai tuan rumah struggle untuk mendapatkan penyewa. 

  • Penyewa dah tengok rumah sewa. Mereka nyatakan berminat untuk ambil. Bila dah balik rumah, terus diam seribu bahasa. Tiada respon.
  • Penyewa datang nak tengok rumah, beberapa minit kemudian terus keluar kerana tidak berminat. 
  • Penyewa WhatsApp nak minta gambar rumah, anda pun hantar, mereka terus diam. 
  • Iklan rumah sewa anda di Mudah.my langsung tiada respon daripada mana-mana penyewa.

Anda sebagai tuan rumah mesti pening, tidak tahu apa puncanya.

Dah cuba tulis ayat copywriting iklan yang power, gambar macam-macam jenis dah masukkan, dan iklan nampak profesional, tapi mana silapnya?

8/10 kesilapan ramai tuan rumah bermula dengan:

Rumah Sewa kelihatan tidak bersedia untuk disewakan!

Sebab itulah iklan anda tidak ramai orang ingin respon. Sebab ini jugalah apabila penyewa lihat rumah anda, terus mereka tidak berminat untuk menyewa daripada anda.

Apabila kita bercakap tentang persiapan rumah sewa, kami merujuk kepada cara untuk anda pastikan rumah sewa anda kelihatan bersedia untuk disewakan kepada orang awam.

Mempersiapkan rumah sewa bertujuan untuk mempamerkan aset terbaik dalam rumah sewa anda, menarik perhatian penyewa berpotensi, dan menyewakannya dengan cepat dengan kadar sewa yang anda inginkan.

Disebabkan ramai tuan rumah tidak membuat persiapan rumah sewa mereka dengan baik terutamanya rumah kos rendah, anda akan memiliki kelebihan jika anda memilih untuk mengambil langkah extra iaitu untuk menarik perhatian bakal penyewa dengan persiapan yang ‘gah’ di mata mereka.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

●    Persiapan rumah sewa merujuk kepada memastikan rumah sewa anda siap untuk untuk disewa agar mampu menarik perhatian kebanyakan penyewa yang berpotensi.

●   Mempersiapkan rumah sewa dengan penuh teliti dan sesuai dengan penggunaan penyewa bakal memberi pulangan yang lumayan pada pelaburan untuk penambahbaikan rumah sewa anda.

●   Ruang tamu, dapur, bilik mandi, bilik tidur dan ruang tamu luar adalah kawasan penting untuk difokuskan apabila membuat persiapan rumah anda untuk disewakan.

●    Ada beberapa tips persiapan rumah sewa yang disyorkan seperti mengemas, mencuci atau menggantikan alat kelengkapan yang lama, dan akhir sekali singkirkan segala barangan peribadi seperti gambar, tuala, barangan make-up dan lain-lain.

Apakah Persiapan Rumah Sewa?

Objektif membuat persiapan rumah sewa yang rapi adalah untuk menjadikan rumah tersebut kelihatan lebih menarik tetapi tidak terlampau menonjol, seperti memakai pakaian tetapi tidak terlampau menarik perhatian orang ramai. Nampak kemas dan professional. 

Persiapan rumah sewa tidak sama seperti menghias sesebuah rumah.

Menghias rumah adalah sebuah rekaan yang mempunyai sentuhan peribadi, manakala persiapan rumah sewa adalah untuk menjadikan rumah anda kelihatan menarik pada pandangan sebahagian besar penyewa berpotensi.

Persiapan rumah sewa yang baik membuka laluan kepada penyewa berpotensi untuk membayangkan keberadaan mereka di dalam rumah tersebut. 

Ia bermula dengan mempamerkan ciri-ciri dan kelebihan yang boleh menarik perhatian, memberi nafas baharu pada ruangan yang tidak digunakan, menghasilkan mood yang ‘cozy’, dan menjadikan rumah itu nampak lebih baik di dalam gambar.

Kenapa Anda Wajib Mempersiapkan Rumah Sewa Anda?

Penyewa berpotensi bukan hanya mencari rumah untuk mereka tidur sahaja – mereka juga mencari cara untuk merealisasikan impian dan meningkatkan gaya hidup mereka.

Mereka yang datang dari pelbagai latar belakang boleh merasai perubahan yang ketara apabila memasuki dan tinggal di rumah sewa anda.

Jadi di sini, penting untuk anda pastikan perubahan tersebut adalah perubahan yang positif untuk bakal penyewa anda.

Membuat persiapan rumah sewa yang baik juga boleh menghasilkan perasaan ‘sense of belonging’ ataupun rasa seperti rumah sendiri apabila mereka masuk ke rumah sewa anda. Secara tidak langsung memudahkan mereka untuk menjaga rumah tersebut dengan baik.

Selain itu, untuk setiap masalah yang mereka nampak, nilai sewaan akan tertolak daripada kadar sewaan yang sebenar. Jika mereka nampak terlampau banyak masalah daripada rumah sewa anda, mereka mungkin akan melepaskan niat untuk menyewa rumah tersebut. Jadi, sangat penting untuk anda pastikan rumah sewa anda kelihatan baik sepanjang masa.

12 Tips Persiapan rumah sewa Rumah

Menurut laporan National Association of Realtors (NAR) , ruang rumah yang dianggap penting untuk diperkemas dan dipersiap dengan baik adalah ruang tamu (93%), dapur (84%), bilik tidur tuan rumah (78%), dan ruang makan (72%).

Semestinya masa dan duit menentukan tahap persiapan yang praktikal untuk rumah anda. 

Kami sarankan untuk anda melaksanakan teknik-teknik berikut sebanyak dan semampu yang mungkin bagi memastikan rumah anda betul-betul bersedia untuk menerima penyewa masuk.

1. Bersih

Rumah yang bersih menjadi indikator kepada penyewa bahawa anda menjaga rumah sewa tersebut seelok-eloknya. 

Secara idealnya, ada wajib bersihkan setiap bahagian rumah, daripada lantai sehinggalah siling – dan segala ruang di antaranya.

Jika anda tidak mempunyai kelengkapan dapur yang baru, pastikan kelengkapan dapur yang ada sekarang berada dalam keadaan bersih dan teratur.

Dalam masa yang sama, pastikan bilik mandi anda kelihatan bersih, daripada kepala shower sehinggalah ke sinki, kemudiannya bahagian jamban (di bahagian belakang) yang kemungkinan anda tidak perasan. 

Objektif di sini adalah untuk membuat semuanya nampak baharu.

2. Tidak Bersepah

Ada dua masalah besar dengan rumah yang bersepah. 

Pertama, ia mengalih perhatian penyewa berpotensi daripada ciri-ciri dan kelebihan sebenar rumah sewa anda.

Kedua, ia membuatkan rumah anda nampak kecil.

Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk menyimpan barang-barang yang anda tidak diperlukan (contohnya: perhiasan kecil, permainan, kertas, majalah dan baju-baju lama) dan simpan ke dalam bilik stor.

Sudah sampai masa untuk membuang benda-benda yang tidak diperlukan seperti makanan yang telah tamat tempohnya dan pakaian serta mainan kanak-kanak yang tidak dipakai lagi.

Lagi banyak ruang kosong yang anda ada, lagi bagus.

3. Menghilangkan Keperibadian Anda

Penyewa berpotensi ingin membayangkan diri mereka dalam rumah anda, jadi simpan segala barangan peribadi seperti foto keluarga, barang kenangan, dan hiasan peti ais.

Sorokkan pakaian sepenuhnya dan pastikan sinki bilik air kosong daripada segala barangan peribadi.

Sama juga untuk barang mainan, simpan kesemuanya dan apa-apa barangan peribadi atau kenangan penduduk rumah.

4. Fokuskan Kepada Kesegaran

Beberapa pasu pokok boleh menjadikan rumah anda sentiasa kekal segar dan menarik.

Jika anda mempunyai tumbuhan, posisikannya di ruangan yang strategik agar ia tidak mengambil sebahagian besar daripada ruang yang ada (contoh di tengah-tengah jalan).

Semestinya, pokok mati atau layu tidak bermanfaat kepada visual rumah anda seperti dijaga dengan rapi. Pastikan tumbuh-tumbuhan hijau anda segar dan bebas daripada habuk dan kotoran.

Cara yang lain untuk menjadikan rumah sewa anda kelihatan segar adalah dengan menghapuskan bau yang kurang menyenangkan.

Bau haiwan peliharaan, kesan kotoran yang ditinggalkan anak-anak, makanan basi, tong sampah, bilik mandi yang lembap dan banyak lagi keadaan yang membuatkan rumah berbau.

Bagi sinki dapur yang berbau, anda boleh menggunakan separuh buah lemon untuk menyental seluruh sinki tersebut.

Walaupun anda boleh menggunakan penyegar udara untuk menyahbau rumah anda, kami tidak galakkan anda daripada menggunakannya kerana ia boleh mengakibatkan reaksi alergi dan asma pada orang yang sensitif. 

Jika anda seorang penghisap rokok dan selalu menghisap rokok dalam rumah, mula hadkan kegiatan merokok di luar rumah sahaja dan ambil langkah tambahan untuk menghilangkan bau dalaman rumah.

Akhir sekali, jangan lupa untuk membuang segala sampah yang ada.

5. Tentukan Kegunaan Bilik

Pastikan setiap bilik mempunyai tujuan yang khusus.

Dan pastikan setiap ruangan dalam setiap bilik mempunyai tujuannya tersendiri. Ini akan membantu penyewa berpotensi untuk melihat cara memaksimumkan penggunaan ruangan bilik-bilik tersebut.

Jika bilik itu adalah bilik tidur, maka pastikan bilik tersebut mempunyai katil dan lampu tidur. 

Walaupun penyewa berpotensi tidak semestinya mahu menggunakan bilik tersebut untuk tujuan yang sama, perkara penting di sini adalah untuk mereka nampak yang setiap inci bilik yang mereka boleh digunapakai untuk barangan peribadi mereka. 

Ini termasuklah ruang kecil, tempat duduk di tepi tingkap, sudut bilik, bawah lampu/kipas dan lain-lain.

6. Berikan Nafas Baharu Melalui Cat

Setiap individu mempunyai cita rasanya tersendiri. Tetapi sebagai seorang pelabur yang bijak, kami tidak sarankan anda untuk memenuhi cita rasa peribadi anda untuk rumah sewa anda.

Cita rasa seperti apakah warna yang sesuai untuk dinding, siling, lantai atau lain-lain seharusnya disesuaikan tertakluk kepada penerimaan orang ramai.

Contohnya, anda mungkin suka bilik mandi berwarna oren, tetapi bagi kebanyakan orang, warna oren adalah terlampau cerah dan menusuk pandangan.

Jadi, sekiranya rumah sewa anda mempunyai warna-warna yang ekstrem seperti ini, kami galakkan anda untuk menukarnya dengan cat yang baru.

Warna-warna neutral dan lembut seperti putih, kelabu cair dan biru cair menampakkan hasil yang positif terhadap keselesaan penyewa untuk menyewa bersama.

7. Lantai

Sekiranya anda ingin rumah sewa anda kelihatan lebih mahal dan ‘cozy’, kami sarankan anda memasang lantai kayu pada lantai rumah sewa anda.

Di Malaysia, terdapat 2 jenis lantai kayu yang biasa digunakan:

  1. Vinyl 
  2. Laminate

Harga pengubahsuaian berbeza mengikut jenis dan rekaan lantai kayu yang anda ingin tetapkan dalam rumah sewa anda.

Vinyl yang pada asasnya bukanlah diperbuat daripada kayu, adalah pilihan yang termurah untuk menghasilkan effect sebuah lantai kayu. 

Manakala Laminate pula adalah kayu yang ditekan (pressed wood) yang mempunyai nilai sebenar lantai kayu meskipun ia bukanlah 100% buatan kayu.

Berapakah harga standard siap pasang untuk kedua-dua jenis kayu ini?

  • Vinyl – RM2.99 – RM4.99 per sqft
  • Laminate – RM3.99 – RM7.99 per sqft

Tidak kira apa jenis lantai kayu yang anda gunakan,ia bakal menambah nilai dan kecantikan rumah sewa anda.

Ia mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah, memberikan nilai eksklusif yang berpanjangan dan disukai oleh kebanyakan penyewa.

Ruang yang digunakan untuk aktiviti sosial seperti ruang tamu, ruang makan, dan dapur sepatutnya menjadi fokus utama anda jika anda ingin menambah lantai kayu. 

Selain daripada lantai yang berkonsepkan kayu, lantai di bilik air dan dapur juga anda boleh ubahsuai dengan jubin yang berkualiti. 

Disebabkan ruangan lantai yang kecil, anda tidak perlukan pelaburan yang besar untuk menukar jubin pada kedua-dua ruangan ini. Di dapur dan bilik mandi, pilih jubin seramik atau marble jika anda mampu. Jika tidak, anda boleh gunakan jubin vinyl (seperti vinyl untuk lantai kayu) untuk menyerupai jubin seramik atau marble.

8. Lampu

Sebaiknya, maksimakan penggunaan cahaya semula jadi rumah sewa anda.

Buka semua langsir dan bidai apabila ingin membawa masuk bakal penyewa ke rumah sewa anda.

Ini akan membuatkan rumah anda kelihatan lebih cerah dan mampu untuk menarik perhatian penyewa.

Jika anda rasa lampu rumah yang ada sudah mencukupi, pastikan anda bersihkan segala kotoran yang melekat pada lampu tersebut.

Yang paling penting, pastikan semua lampu rumah sewa anda berfungsi dengan baik.

9. Perabot

Pastikan perabot mempunyai saiz yang sesuai untuk sesebuah bilik tanpa menjadikan bilik tersebut lebih kecil daripada yang sepatutnya.

Perabot yang terlampau besar untuk sesebuah bilik akan menjadikannya kelihatan kecil, manakala perabot yang terlampau sedikit atau kecil akan menjadikan ruangan bilik tersebut terasa kosong.

Tambahan, jangan menggunakan perabot murah juga.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk menggantikan perabot yang asal — perabot terpakai yang masih baik kualitinya boleh dijadikan pilihan.

Macam mana sekalipun, pastikan perabot kelihatan cantik, kemas dan menarik perhatian.

Anda boleh letak bantal pada sofa untuk menambah contrast dan menaikkan warna.

Anda juga boleh menyusun perabot supaya setiap bilik terasa luas, selesa dan mudah untuk orang berjalan.

10. Dinding dan Siling

Rekahan di dinding atau siling dilihat sebagai petanda buruk kepada penyewa kerana ia menunjukkan rumah sewa anda mempunyai masalah dalaman yang kritikal.

Jika rumah anda mempunyai masalah seperti ini, anda perlu sama ada membaikinya ataemberitahu penyewa mengenainya; membaiki apa-apa masalah dalaman rumah dengan segera jauh lebih baik daripada melengah-lengahkan proses pembaikan tersebut.

Masalah seperti ini akhirnya akan mengakibatkan masalah yang lebih besar seperti keruntuhan siling, kerosakan jubin atau seluruh dinding rosak. 

11. Bahagian Luar

Bahagian luar dan laluan masuk adalah perkara penting untuk difokuskan kerana ia memberi impak besar terhadap first-impression penyewa.

Ia juga boleh menentukan minat seseorang untuk melihat isi rumah sewa tersebut.

Pastikan halaman, pokok dan tumbuh-tumbuhan anda yang lain dikemas dengan rapi dan pastikan juga untuk memotong rumput dan lalang yang berlebihan.

Jika anda tinggal di sesebuah kondominium, kemaskan kabinet kasut anda dan buang segala barangan yang tidak perlu di hadapan pintu masuk.

Cuci tingkap dengan elok dan pertimbangkan untuk menambah kotak bunga bagi menceriakan lagi rumah sewa anda. 

Pastikan laluan jalan kaki ke arah rumah bersih dan beli pengesat kaki baharu untuk pintu depan dan belakang.

Jika anda ada kolam mandi, pastikan ia bersih sepenuhnya.

Menghiasi ruang luar rumah seperti balkoni atau porch dengan perabot luar rumah adalah salah satu cara lain untuk memanfaatkan bahagian luar rumah anda sepenuhnya.

12. Sentuhan Terakhir

Sebelum anda memanggil penyewa untuk membuat house viewing, pastikan usaha mempersiapkan rumah sewa anda memberi impak yang maksimum melalui beberapa sentuhan terakhir yang membuatkan rumah menjadi nyaman, mesra penyewa dan menarik perhatian.

Letakkan bunga hidup segar dalam pasu, biarkan udara segar ke dalam rumah, pasangkan beberapa lilin (wangian lembut sahaja), bersihkan lantai daripada habuk dan pastikan setiap barangan dalam rumah tersusun rapi.

Akhir Kata

Pelaburan dalam mempersiapkan rumah sewa seharusnya dirancang dengan baik. Tidak semestinya melabur separuh daripada simpanan anda bakal memberikan pulangan yang baik.

Kesimpulannya, untuk memastikan pelaburan persiapan rumah sewa anda mendapat pulangan yang baik, usaha anda harus fokus dan tertumpu hanya untuk pastikan penyewa anda gembira, selesa dan selamat apabila tinggal di rumah sewa anda. Segala penambahan dan perhiasan kecil hanyalah sebagai pemangkin kepada ketiga-tiga faktor ini.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen

    Anda Mungkin Berminat

    Kenali Rahsia Di Sebalik Kejayaan Seorang Tuan Rumah Dalam Menguruskan Sesebuah Rumah Sewa!

    BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

    100% PERCUMA

    12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

    Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

    70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

    Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

    BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

    38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

    Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

    Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!