6 Persediaan SEBELUM Penyewa Masuk Rumah Sewa – Yang Terakhir WAJIB Ada

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

6 Perkara SEBELUM Penyewa Masuk Rumah Sewa – Yang Terakhir WAJIB Ada

Sebagai seorang yang baru ingin memulakan bisnes rumah sewa, mungkin ia terlampau banyak untuk difikirkan apa yang perlu dibuat sebelum penyewa masuk.

Anda mungkin sudah mempunyai bakal penyewa untuk masuk rumah sewa anda, tetapi …

Persoalannya:

Adakah anda yakin rumah anda bersedia untuk menerima penyewa?

Penyewa datang dari pelbagai pelosok negara dan mereka datang membawa perangai, identiti dan tradisi mereka masuk ke rumah sewa anda.

Menerima penyewa baru bukanlah mudah dan bakal menimbulkan pelbagai isu sepanjang tempoh sewaan tersebut.

Untuk mengelak sebarang masalah dan memastikan penyewa baru masuk dengan lancar, mengetahui apa yang perlu dibuat sebelum penyewa masuk boleh memastikan pengalaman sewaan penyewa baru terjamin.

Ini juga akan digunakan sebagai benchmark supaya penyewa kekal berdisiplin dalam menjaga rumah sewa anda.

Di dalam artikel ini, kita akan pelajari apakah perkara yang wajib anda tekankan sebelum penyewa pindah masuk ke rumah sewa anda.

1. Baiki Kerosakan Yang Boleh Menggugat Keselamatan atau Kesihatan

Periksa seluruh rumah untuk pastikan tiada kerosakan yang boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan penyewa.

1

Perkara ini wajib dilakukan oleh setiap tuan rumah. Bukan sahaja ia melindungi tuan rumah daripada disaman oleh penyewa, tetapi ia bakal menjamin keselesaan penyewa sepanjang keberadaan mereka di sana.

Kerosakan yang melibatkan keselamatan seperti:

  • Tombol pintu
  • Selak tingkap
  • Suis terbakar
  • Sliding door tidak boleh tutup
  • Lantai retak/rosak
  • Paip bocor
  • Kebocoran sambungan gas dapur

Manakala, kerosakan yang melibatkan kesihatan seperti:

  • Kulat pada dinding
  • Perabot dimakan anai-anai
  • Filter di sinki
  • Kulat pada jamban (tangki)
  • Karat pada paip
  • Kerosakan pada siling (bagi rumah yang ada asbestos)
  • Kewujudan serangga seperti lipas, tikus, dan bedbug

2. Rumah Sewa Bersih & Kemas

Perkara ini adalah sangat penting khususnya bagi rumah sewa yang pernah didiami penyewa sebelum ini. 

Anda harus memastikan rumah sewa anda sentiasa kelihatan bersih terutamanya di kawasan seperti bilik air dan dapur. 

Sekiranya ini kali pertama anda sewakan rumah anda, anda juga perlu memastikan rumah tersebut bebas daripada habuk atau kotoran hasil daripada pembinaan asal atau renovation yang pernah dibuat.

2

Anda juga boleh gunakan pembasmi kuman & serangga di seluruh rumah bagi memastikan rumah anda betul-betul bersih.

Walaupun anda rasa ia suatu tindakan yang kurang penting awalnya, namun percayalah, ia akan menjimatkan poket anda di masa akan datang.

Contohnya, anda nampak anai-anai berjalan di tepian dapur rumah anda. Menyangkakan dengan mematikan apa yang anda ‘nampak’ itu mampu menyelesaikan masalah. Hakikatnya, setelah 2-3 bulan berlalu, dapur anda kelihatan sudah rapuh. Sebab apa? Anda hanya mematikan sebilangan kecil daripada jumlah sebenar anai-anai tersebut!

3.  Utiliti seperti Elektrik, Air dan Kumbahan berfungsi dengan baik

Perkara terakhir yang anda ingin dengar adalah apabila penyewa melaporkan ketiadaan air dalam rumah sewa mereka pada hari pertama mereka duduk!

Air dan elektrik adalah keperluan yang utama oleh setiap penyewa.

Jadi, periksa sistem pengairan dan elektrik rumah sewa anda. Pastikan tiada kebocoran yang berlaku. 

Periksa semua soket dan suis supaya semuanya berfungsi dengan baik. Sekiranya ada yang sudah terbakar atau tidak boleh digunakan, panggil wireman untuk baiki kerosakan tersebut.

311

Semak juga semua lampu di dalam rumah sewa anda. Sekiranya tidak boleh digunakan, cuba ganti starter terlebih dahulu, jika tidak berjaya, ganti mentol lampu tersebuet, jika masih tidak berjaya, ganti seluruh unit lampu termasuk casing sekali.

Periksa kotak fius utama:

  • Pastikan tiada fius yang terbakar
  • Panggil wireman untuk datang check sekiranya ada fius yang tidak berfungsi

Periksa Water Heater

  • Sistem pemanasan berfungsi
  • Sistem water pressure berfungsi dengan baik
  • Filter dibersihkan daripada pasir

Periksa Aircond

  • Sejuk
  • Tiada bunyi
  • Kipas bersih
  • Tiada kebocoran gas

Periksa Lampu

  • Boleh dibuka?
  • Periksa Starter
  • Tukar ke lampu LED (Lebih menjimatkan)

4. Tukar kunci rumah

Menukar kunci rumah ada baik dan buruknya. 

Jom kita tengok apa kelebihan dan kekurangan menukar kunci rumah dan apakah solusi terbaik yang anda boleh lakukan.

Kelebihan Menukar Kunci

Sebab utama kenapa tuan rumah perlu tukar kunci setiap kali penyewa baru masuk adalah soal keselamatan rumah sewa dan penyewa mereka.

Jika anda melihat dari sudut pandang penyewa yang baru, anda juga akan merasakan kerisauan tersebut —setiap malam memikirkan ada orang lain selain mereka yang boleh akses ke rumah sewa tersebut.

Sebagai seorang penyewa, mereka ingin tahu bahawa mereka selamat menduduki rumah sewa anda. 

Jadi, untuk berlaku adil kepada penyewa akan datang, penyewa lama harus menyerahkan kunci mereka semula kepada tuan rumah. 

Kekurangan Menukar Kunci

Kekurangan utama adalah kos. Ia bukan hanya melibatkan menggantikan mangga pada pintu utama rumah sewa anda sahaja, tombol pintu-pintu yang ada pada rumah sewa anda.

Ia juga mengambil masa dan tenaga untuk menukar setiap tombol pintu tersebut. Takkan anda nak tukar tombol tersebut setiap tahun?

Jadi, langkah yang terbaik di sini adalah untuk memastikan penyewa sedia ada memulangkan kunci kepada tuan rumah sebaik sahaja tempoh penyewaan tamat.

Sebagai jaminan keselamatan, anda boleh menawarkan kunci mangga baharu untuk pintu hadapan sahaja kepada penyewa yang baru.

Ini memastikan penyewa yakin dan berasa selamat untuk tinggal dalam rumah sewa tersebut di samping memastikan kos tidak terlampau tinggi.

5. Beli Perabot/Peralatan Baru

Bagi rumah yang telah digunakan setelah beberapa tempoh tertentu, barangan dalaman akan menjadi usang dimamah usia.

Perabot seperti kerusi, meja, langsir, tikar dan lain-lain barang yang selalu digunakan perlu ditukar.

Bantal sofa yang kekuningan. Tilam yang berlubang dan bertompok-tompok. Tikar atau karpet yang mempunyai pelbagai jenis kesan cecair. Semua ini perlu ditukar sebelum penyewa masuk.

41

Nilai tambah seperti ini bukan sahaja memberi nilai aestetik kepada rumah sewa anda, tetapi ia menjamin keselesaan penyewa baru nanti.

6. Sediakan Perjanjian Sewa Rumah

Peringkat terakhir sebelum anda menjemput penyewa masuk rumah sewa anda adalah dengan menyediakan sebuah kontrak untuk menyatakan peraturan rumah sewa anda.

Anda dah penat-penat mengemas untuk memastikan keselesaan penyewa. Mengeluarkan pelbagai kos demi keselamatan penyewa.

51

Adakah anda boleh terima kalau penyewa menghancurkan segala usaha anda tersebut dalam sekelip mata? TANPA sebarang gantirugi yang anda boleh tuntut?

Maka, surat perjanjian sewa rumah di sini memainkan peranan untuk melindungi hak anda supaya apa yang anda sediakan ini kekal sehingga akhir sewaan.

Ingat:

Tanpa sebarang perjanjian, tiada jaminan untuk rumah sewa anda kekal seperti sedia kala.

Terma & syarat seperti penggunaan deposit untuk sebarang tuntutan kerosakan atau pelanggaran syarat perjanjian perlu dimasukkan ke dalam kontrak tersebut.

Konklusi

Persediaan rumah sewa mungkin mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan tetapi percayalah, ia adalah suatu pelaburan masa, tenaga dan wang yang paling berbaloi dalam sebuah penyewaan rumah.

Sebaik sahaja penyewa masuk ke rumah sewa anda, anda telah hilang sebahagian daripada kuasa ke atas rumah sewa tersebut.

Jadi, pastikan anda lakukan sebaik mungkin dalam menyediakan rumah sewa untuk bakal penyewa anda.

Usaha anda akan lebih berbaloi dan penyewa akan kekal disiplin dalam menghargai usaha anda ini dengan adanya perjanjian antara anda dan penyewa anda.

Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk mencari perjanjian yang sesuai untuk digunakan pada rumah sewa anda, kami di Sewanify menyediakan sebuah Surat Perjanjian Sewa Rumah 2021 bagi memudahkan tuan rumah seperti anda menguruskan rumah sewa.

Tiada lagi pening-pening menguruskan penyewa yang bermasalah. Tiada lagi lewat bayar sewa. Tiada lagi kerosakan harta benda. Tiada lagi rumah ditinggalkan dalam keadaan berselerak. Segalanya boleh ditangani dengan perjanjian sewa rumah yang jelas dan mudah difahami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!