Boleh Ke Perjanjian Sewa Rumah Sewanify Digunakan Di Mahkamah?
Artikel ini mempunyai jawapannya. Baca sehingga habis.
Boleh Ke Perjanjian Sewa Rumah Sewanify Digunakan Di Mahkamah?
Artikel ini mempunyai jawapannya. Baca sehingga habis.
Boleh Ke Perjanjian Sewa Rumah Sewanify Digunakan Di Mahkamah?
Artikel ini mempunyai jawapannya. Baca sehingga habis.

Sah Ke Perjanjian Sewa Rumah Sewanify?

Perjanjian sewa rumah datang dengan pelbagai jenis dan format, tetapi tidak semua betul-betul boleh lindungi penggunanya daripada masalah yang bakal timbul sepanjang tempoh sewaan.

Tetapi, apa yang penting untuk anda fokus di sini adalah untuk pastikan surat perjanjian sewa rumah yang anda gunakan itu menepati apa yang anda inginkan pada penyewaan tersebut.

Inilah tujuan sebenar kenapa perjanjian sewa rumah dijalankan.

Tidak Ada Perundangan Khusus Berkaitan Penyediaan Perjanjian Sewa Rumah

Di Malaysia, tidak ada perundangan yang khusus dalam mengendalikan cara atau kaedah yang perlu anda laksanakan dalam membuat sesebuah perjanjian sewa rumah.

Segalanya bergantung pada diri dan kemahiran anda untuk merangka dokumen perjanjian tersebut.

Jadi, sebagai seorang tuan rumah anda perlu tetapkan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh seseorang Penyewa sepanjang tempoh sewaan berlangsung.

Kenapa Perjanjian Sewa Rumah Sewanify?

Template yang kami tawarkan di Sewanify iaitu Surat Perjanjian Sewa Rumah ini adalah asas yang memudahkan anda untuk merangka peraturan-peraturan rumah sewa anda.

Setiap ayat yang kami gunakan di dalam dokumen ini direka khas untuk memudahkan tuan rumah faham dan laksanakan segala perkara dalam dokumen tersebut.

Untuk memastikan perjanjian itu melindungi anda sepenuhnya tidak memerlukan bahasa yang melambung-lambung tinggi.

Apa Jadi Kalau Menggunakan Perjanjian Sewa Rumah Yang Sembarangan?

Berapa banyak tuan rumah yang menggunakan perjanjian sewa rumah daripada peguam yang boleh mencecah ribuan ringgit, tetapi masih lagi bolos ditembus penyewa.

Masalah di sini bukanlah pada perjanjian tersebut, tetapi tahap kefahaman yang dibawa oleh tuan rumah tersebut.

Mereka anggap perjanjian yang mereka gunakan itu adalah kebal, tetapi apabila penyewa melanggar peraturan yang telah ditetapkan, mereka terduduk tidak tahu hendak buat apa.

Malah, lebih teruk lagi, mereka sendiri tidak tahu apa yang Penyewa mereka langgar. Bahagian mana dalam perjanjian tersebut yang dikhianati penyewa. Langsung tidak tahu!

Akibatnya?

Mereka lebih rela melepaskan penyewa begitu sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan. Mereka sanggup menelan rugi mungkin ribuan ringgit akibat penyewa bermasalah daripada melakukan tindakan yang mereka rasakan betul.

Eh! Kan dah bayar peguam tu, takkan mereka tak boleh nak tolong kot!

Anda Berseorangan Dalam Melindungi Hak Anda Sebagai Tuan Rumah

Berdasarkan Mahkamah Majistret , tuntutan di bawah RM5,000 tidak memerlukan peguam. Sila rujuk gambar di bawah. (Plaintiff = Si Penuntut = Tuan Rumah).

Kenapa Perjanjian Sewa Rumah Sewanify court

Rujukan: Office of The Chief Registrar Federal Court of Malaysia

Bermakna, anda perlu berbicara bersama hakim seorang sendiri dalam mahkamah kalau anda nak tuntut hak anda sebagai tuan rumah!

Penafian: Kami di sini tidak menafikan bantuan peguam dalam segala kes perbicaraan. Sesungguhnya mereka lebih arif dalam bidang perundangan dan anda harus mengambil mereka sebagai penasihat dalam bidang ini. Panduan yang kami berikan ini hanyalah sebagai sebuah panduan alternatif kepada individu yang tidak mampu untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam dan ingin melakukannya sendiri.

Adakah anda mampu untuk mempertahankan diri, kalau anda sendiri tidak faham apa yang ditulis dalam perjanjian tersebut?!

Meskipun anda boleh mendapat bantuan peguam, jangan terkejut dengan fi yang mereka akan kenakan kepada anda. Elok-elok tuntutan anda RM6,000, tinggal RM3,000 sahaja akibat pelbagai caj yang dikenakan.

Dilemma Tuan Rumah Apabila Perjanjian Sewa Tidak Dapat Pertahankan Mereka

Ini adalah salah satu situasi di mana Tuan Rumah terasa ‘stuck’ dengan apa lagi tindakan yang mereka boleh lakukan:

Nak pergi mahkamah seorang diri, tak faham perjanjian yang telah ditandatangani. Nak ambil peguam, sama ada mahkamah tak beri ambil ataupun tak mampu nak bayar peguam.

Oleh sebab itu, di Sewanify, kami tekankan kepentingan kefahaman dalam penyediaan dan pelaksanaan perjanjian sewa rumah.

Ia memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja dalam memastikan penyewa kekal patuh pada peraturan rumah sewa sepanjang tempoh sewaan, tetapi ia juga akan memudahkan anda mempertahankan hak anda sebagai tuan rumah secara undang-undang nanti.

Apa beza Perjanjian Sewa Rumah Sewanify ni dengan apa yang peguam sediakan?

Perbezaan yang utama di sini adalah, apa yang kami tawarkan ini ditulis dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh pelbagai peringkat umur dan latar belakang. 

Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah tetapi menyeluruh membuatkan surat perjanjian sewa rumah Sewanify pilihan utama kebanyakan tuan rumah di Malaysia (Telah membantu 4,000+ Tuan Rumah sejak tahun 2018).

Adakah setaraf dengan firman guaman sediakan?

Perjanjian yang kami sediakan adalah mematuhi segala faktor dalam perundangan dan mengambil kira pelbagai pendapat firma guaman dalam merangkanya. 

Setelah hampir 4 tahun beroperasi, kami sentiasa menambahbaik pada dokumen perjanjian ini supaya ia setaraf atau lebih baik daripada perjanjian yang disediakan oleh pihak guaman.

Secara mudahnya, persamaan yang boleh anda jumpai di sini adalah kedua-duanya:

  • 100% Sah di sisi undang-undang
  • Merangkumi pelbagai aspek dalam penyewaan rumah kediaman
  • Klausa seimbang antara Tuan Rumah & Penyewa (Tidak ada berat sebelah)
  • Memperincikan perincian penyewaan
  • Boleh dimatikan setem di LHDN

Kenapa Perjanjian Sewa Rumah Sewanify Sah Digunakan di Mahkamah?

Sah atau tidak sesebuah dokumen perjanjian sewa rumah itu bergantung pada prosedur penyediaan dokumen tersebut.

Sebab #1 – Mematuhi Akta Kontrak 1950

Pertama, sesebuah dokumen perjanjian haruslah mematuhi segala syarat-syarat kontrak yang telah digariskan di dalam Akta Kontrak 1950 (atau AK1950). 

Surat Perjanjian Sewa Rumah Sewanify ditulis dan dikarang berdasarkan khidmat nasihat firma guaman dan menjadikan Akta Kontrak 1950 sebagai rujukan utama. 

Setiap klausa yang dimasukkan ke dalam perjanjian sewa rumah kami dirangka supaya pengguna kami iaitu anda mendapat perlindungan yang sepenuhnya dari sisi undang-undang Malaysia.

Jom kita lihat apa yang digariskan di dalam AK 1950 ini yang menjadikan penggunaan Surat Perjanjian Sewa Rumah Sewanify sah di sisi undang-undang:

Tawaran

Tawaran Tuan Rumah kepada Penyewa untuk memasuki kontrak.

Perjanjian Sewa Rumah Sewanify
Mengandungi ruang untuk menyatakan konsesi Tuan Rumah menyewakan rumah sewa kepada Penyewa.

Penerimaan

Penyewa menerima untuk memasuki perjanjian tersebut.

Perjanjian Sewa Rumah Sewanify
Terdapat ruang untuk Penyewa menyatakan persetujuan mereka menyewa di rumah sewa tersebut.

Niat

Kedua-dua belah pihak berniat untuk menjalankan perjanjian berdasarkan undang-undang .

Perjanjian Sewa Rumah Sewanify
Dinyatakan dengan jelas bahawa perjanjian yang dijalankan adalah tertakluk dengan undang-undang di Malaysia.

Balasan

Sebagai balasan kepada tawaran tersebut.

Perjanjian Sewa Rumah Sewanify
Dinyatakan apakah tanggungjawab Penyewa dalam melaksanakan perjanjian tersebut.

Kelayakan

Kedua-dua belah pihak haruslah dewasa dan berfikiran waras.

Perjanjian Sewa Rumah Sewanify
Keperluan untuk meminta beberapa dokumen penting daripada Penyewa sebagai bukti Penyewa betul-betul berkelayakan untuk menyewa bersama anda.

Kepastian

Perjanjian haruslah bersifat jelas dan spesifik.

Perjanjian Sewa Rumah Sewanify
Setiap klausa yang dinyatakan di dalam perjanjian sewa rumah ini bersifat jelas dan spesifik dalam menggariskan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh Penyewa.

Kesasihan

Perjanjian yang dibuat tidak boleh menyalahi undang-undang.

Perjanjian Sewa Rumah Sewanify
Segala terma & syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini adalah selari dengan sistem perundangan yang dikuatkuasakan di Malaysia.

Kerelaan

Tiada unsur paksaan antara Tuan Rumah & Penyewa untuk memasuki perjanjian tersebut.

Perjanjian Sewa Rumah Sewanify
Konsep mudah untuk difahami oleh semua golongan umur memudahkan tuan rumah memberi kefahaman kepada penyewa, maka lebih mudah untuk mereka menerima dan bersetuju untuk memasuki perjanjian sewa rumah tersebut.

Nak tahu lebih lanjut apa kaitan Akta Kontrak 1950 dengan Perjanjian Sewa Rumah?

Baca Di Sini >>> Apa Syarat Sah Perjanjian Sewa Rumah? – Ini Jawapan Dari Akta Kontrak 1950

 

Sebab #2 – Boleh Digunakan Untuk Penyeteman di LHDN

Setiap perjanjian sewa rumah perlu dimatikan setem di LHDN untuk menjadikannya sah digunakan di sisi undang-undang Malaysia. 

Setakat ini, tiada lagi kes Surat Perjanjian Sewa Rumah Sewanify ditolak oleh pihak LHDN setelah 4,000+ Tuan Rumah menggunakannya. Jadi, ini membuktikan dokumen perjanjian yang kami tawarkan ini sah untuk digunakan dalam pengesahan melalui pihak LHDN.

Apa yang penting adalah dokumen perjanjian sewa rumah anda mempunyai beberapa perkara yang perlu ada dalam perjanjian tersebut iaitu:

  • Alamat
  • Tempoh Sewaan
  • Bayaran Bulanan Sewaan
  • Peraturan Sewaan (Tanggungjawab Tuan Rumah / Penyewa)
  • Tandatangan kedua-dua belah pihak

Baca lebih lanjut tentang apakah maklumat-maklumat lain perlu ada dalam sesebuah perjanjian sewa rumah >>> 10 Maklumat Penyewa WAJIB Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah Anda – Bakal Selamatkan Duit Poket Dari LESAP Ke Tangan Mereka

Dengan adanya perkara-perkara di atas, pihak LHDN akan melakukan pengiraan kos mematikan setem dan mengesahkan perjanjian sewa rumah anda.

Proses mematikan setem bermula dengan pengisian borang melalui aplikasi Digital Franking (iOS/Android) ataupun Borang PDS 1(a).

Setelah anda mengisi borang tersebut, anda boleh terus pergi ke cawangan LHDN berhampiran dengan anda bersama dokumen perjanjian untuk proses mematikan setem.

Baca lebih lanjut mengenai proses mematikan setem di LHDN pada artikel ini: Elak Gagal Tuntutan Hak Di Mahkamah – Pelajari Cara Untuk Mati Setem Perjanjian Sewa Rumah

Soalan Lazim – Perlu ke dapatkan cop pesuruhjaya sumpah?

Tidak. Pesuruhjaya sumpah tugasnya hanyalah mengesahkan sesebuah fakta sahaja. Mereka tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana bahagian dalam perjanjian tersebut.

 

Sebab #3 – Pelaksanaan Yang Sah Di Sisi Undang-Undang

Setelah proses mematikan setem dilakukan, bermulah fasa penyewaan rumah sewa anda secara sah di sisi undang-undang.

Pada waktu ini jugalah Penyewa akan mula menunjukkan belang mereka. Yang asalnya baik pada hari kemasukan boleh berubah sepenuhnya sewaktu penyewaan bermula.

Dalam proses ini, segala tingkah laku anda dan penyewa anda dikawal sepenuhnya oleh perjanjian sewa rumah yang telah ditandatangani tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, perjanjian sewa rumah itu boleh digunakan untuk menuntut hak masing-masih melalui sistem perundangan di Malaysia.

Tetapi, anda tidak perlu takut.

Sekiranya anda sudah menjalankan segala proses penyediaan yang betul, maka Penyewa tidak akan berani untuk melanggar perjanjian yang telah dibuat.

Sebab itulah kami tekankan konsep kefahaman dalam perlaksanaan perjanjian sewa rumah kami.

Surat Perjanjian Sewa Rumah Sewanify mudah untuk difahami oleh anda dan Penyewa anda. Membuatkan proses pematuhan itu lebih mudah oleh pihak Penyewa. Anda sebagai Tuan Rumah pun akan berasa lebih yakin untuk melaksanakan setiap klausa dalam perjanjian sewa rumah tersebut.

Kesimpulan

Surat Perjanjian Sewa Rumah Sewanify adalah 100% lengkap dan sah untuk digunakan di mahkamah bagi mempertahankan hak anda dan menuntut sebarang kerugian daripada penyewaan rumah yang anda jalankan.

Dirangka dan ditulis mengikut Akta Kontrak 1950 memastikan perjanjian ini sah di sisi undang-undang di Malaysia. 

Secara mudahnya, apa yang kami tawarkan ini tidak dapat dibandingkan dengan dokumen-dokumen perjanjian di luar sana khususnya yang ditawarkan secara percuma, kerana kami yakin dengan nilai yang kami berikan ini mampu menyelamatkan diri anda daripada kerugian ribuan ringgit akibat penyewa yang bermasalah.

Selain itu, kami juga akan memberikan anda 7 bonus percuma bagi memudahkan anda dalam proses pelaksanaan perjanjian sewa rumah tersebut.

Perjanjian Sewa Rumah

Dapatkan Sekarang

Kenali Rahsia Di Sebalik Kejayaan Seorang Tuan Rumah Dalam Menguruskan Sesebuah Rumah Sewa!

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!