6 Sebab Kenapa Pemulangan Deposit Sewa Rumah Adalah Langkah Yang TIDAK WAJAR

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

6 Sebab Kenapa Pemulangan Deposit Sewa Rumah Adalah Langkah Yang TIDAK WAJAR

Maksud bayaran deposit sewa rumah yang biasa kita dengar adalah merupakan bayaran yang didahulukan oleh penyewa kepada tuan rumah supaya ruang atau unit yang sama tidak disewakan kepada orang lain. 

Ia juga dikenali sebagai deposit keselamatan.

Deposit ini akan memberi manfaat kepada tuan rumah dalam keadaan tertentu misalnya sewa yang tidak dibayar, untuk membaik pulih kerosakan besar dan menyelesaikan bil-bil yang tertunggak. 

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih banyak tentang deposit sewa rumah; 

Baca Lagi >>> Apa Anda Perlu Tahu Tentang Deposit Rumah Seperti Deposit 2+1+1

Deposit keselamatan adalah penting memandangkan ianya memanfaatkan kedua-dua pihak terlibat dalam sesuatu perjanjian sewa ke atas sesebuah rumah sewa.

Menurut amalan kebiasaan di Malaysia, penyewa perlu membayar sewa lebih awal bagi tempoh dua bulan setengah sebagai deposit. 

Jumlah ini kelihatan agak besar dan mungkin memberi kesan tertentu di antara kedua-dua pihak. 

Terdapat kebarangkalian di mana penyewa ingin menuntut wang deposit mereka kembali. Maka sebagai seorang tuan rumah, anda harus pastikan pemulangan wang deposit sewa rumah itu sebenarnya tidak membelakangkan anda!

Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu peka dalam memastikan bahawa anda tahu apa yang anda lakukan sekiranya penyewa menuntut wang deposit sewa rumah mereka dipulangkan semula:

1. Penamatan Perjanjian Sewa Awal

Deposit keselamatan pada asasnya merupakan sebuah jaminan bagi kedua-dua pihak dalam sesuatu perjanjian. 

Premis atau rumah sewa tersebut tidak akan disewakan kepada orang lain dan tuan tanah pula tidak perlu risau jika penyewanya menghilang setelah memeterai perjanjian tersebut. 

Sekiranya penyewa melanggar perjanjian dan memutuskan untuk menamatkan perjanjian lebih awal daripada yang termaktub, penyewa tidak mempunyai hak untuk menuntut pulangan wang deposit sewa rumah. 

Pembatalan Perjanjian Sewa Rumah - Pemulangan Deposit Sewa Rumah

Anda malahan boleh menafikan sahaja tuntutan mereka itu sekiranya dikemukakan. 

Hal ini supaya dalam keadaan sebegitu, tuan rumah berupaya untuk mengimbang kembali kerugian dialami disebabkan kehilangan penyewa dengan deposit sewa tersebut.

Walaubagaimanapun, hal ini masih tertakluk kepada apa yang termaktub dalam perjanjian sewa anda. 

Sebagai contoh, sekiranya satu notis pemberitahuan telah diberikan dan penyewa telah menjelaskan segala bayaran tanpa sebarang tunggakan, deposit perlulah dikembalikan ataupun ditolak sebagai bayaran sewa bagi dua bulan terakhir penyewaan mereka.

2. Tunggakan Duit Sewa Rumah

Apabila penyewa tidak membayar sewa mereka, anda mempunyai hak untuk berkata “Tidak Boleh” apabila penyewa menuntut anda untuk memulangkan kembali wang deposit mereka. 

Dengan pembayaran deposit keselamatan oleh penyewa, tidak bermakna mereka boleh mengelak dari menjelaskan sewa. 

Ia hanya sepatutnya diguna pakai dalam keadaan kecemasan dan sekiranya penyewa mempunyai sebab kukuh untuk tidak membayar sewa tepat pada masanya. 

Sekiranya mereka melakukannya secara sengaja, maka itu dikira melanggar undang-undang dan tuan rumah boleh membawa hal ini ke hadapan mahkamah.

Biarpun begitu, mengusir keluar penyewa melalui proses undang-undang bukanlah suatu proses yang singkat dan kos yang perlu ditanggung juga mampu mencecah ribuan ringgit. 

Dan sekiranya anda ingin melibatkan sekali deposit keselamatan dalam proses ini, kebarangkalian untuk anda mendapatkan kembali jumlah kerugian yang telah anda alami adalah tipis. 

Maka nasihat kami, berbicaralah terlebih dahulu bersama penyewa sebelum melaksanakan sebarang tindakan undang-undang. 

3. Kerosakan Pada Premis

Sekiranya penyewa anda telah menyebabkan sebarang kerosakan berlaku ke atas rumah sewa anda, mereka perlulah membayar untuk kerosakan tersebut dan amaun itu akan ditolak daripada deposit keselamatan. 

Kerosakan haruslah merupakan kerosakan yang amat ketara dan bukannya disebabkan wear and tear misalnya seperti lubang-lubang kesan paku, kesan kotoran kecilan atas lantai atau karpet, kotoran pada grout/turapan, tombol-tombol yang longgar, dan kotoran lain pada premis. 

Kerosakan Harta Benda - Pemulangan Deposit Sewa Rumah

Apabila isu-isu sebegini menjadi sesuatu yang besar sehingga memberikan kesan yang ketara kepada premis maka anda perlu memberikan perhatian terhadapnya. 

Lagipun, bukankah adalah amat jelas sekali bahawa penyewa yang perlu bertanggungjawab sekiranya terdapat kesan kotoran yang jelas kelihatan pada lantai, ataupun menyebabkan siling dan tingkap pecah? 

Siapa lagi yang ingin dipersalahkan di dalam kes ini?

Maka:

Penyewa perlu tahu tanggungjawab-tanggungjawab mereka dan peka terhadap apa sahaja harta benda dalam premis yang perlu mereka pelihara dengan baik sehingga tamat tempoh sewaan mereka.

Anda sebagai tuan rumah harus sentiasa menghantar mereka peringatan dan pesanan supaya menjaga rumah sewa anda sebaiknya sekiranya mereka tidak ingin duit deposit sewa rumah mereka ditolak.

4. Rumah Yang Tidak Bersih

Rumah yang disewa perlu dibersihkan secara harian oleh penyewa dan segala kos perbelanjaan perlu ditanggung oleh mereka tanpa menyentuh mana-mana bahagian duit deposit.

Sebelum itu:

Pastikan anda tahu apa yang mereka perlu bersihkan sebelum mereka keluar dari rumah sewa mereka. 

Baca lagi >>> Senarai Semak Pembersihan Rumah

Anda malahan tidak boleh menolak wang daripada deposit sewa rumah biarpun penyewa meninggalkan beg sampah di dalam kawasan rumah sewa atau tidak mengambil endah dengan sistem pengumpulan sampah sedia ada di rumah sewa tersebut.

Walaubagaimanapun, masalah sebenar bakal berlaku apabila penyewa meninggalkan sampah sarap mereka di dalam unit berserta makanan basi di dalam peti sejuk dan barangan yang mereka tidak perlukan lagi setelah premis tersebut dikosongkan.

Dan dalam keadaan inilah anda perlu membuat keputusan untuk menolak sebahagian wang daripada jumlah deposit keselamatan mereka.

5. Bil-bil tertunggak

Setiap kali penyewa anda tidak menjelaskan bil-bil utiliti seperti bil gas, bil elektrik ataupun bil air, anda mempunyai hak untuk menolak jumlah yang telah anda bayarkan bagi pihak penyewa tersebut daripada deposit keselamatan mereka. 

Nak tahu cara paling efektif supaya bil elektrik anda SENTIASA terbayar? 

Baca lagi di sini >>> Takut Penyewa Tidak Bayar Bil Elektrik? Kenali Teknik Untuk Lindungi Anda Daripada Menanggung Tunggakan RIBUAN Ringgit

Perkara ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dirunding memandangkan ianya merupakan tanggungjawab bagi penyewa dan bukan anda untuk membayar sebarang bil tepat pada masanya. 

Di sini kami mencadangkan untuk anda menetapkan mengenai hal wang deposit sewa rumah ini dalam perjanjian sewa rumah agar anda tidak akan menghadapi sebarang permasalahan sekiranya isu seperti ini timbul. 

Penyewa-penyewa perlu bersetuju dengan kesemua terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian sewa rumah mereka dan jika mereka gagal untuk berbuat sedemikian maka anda berhak untuk menyimpan wang deposit tersebut dan menggunakannya untuk tujuan yang lebih mustahak.

6. Barangan Yang Hilang Daripada Rumah Sewa

Semasa anda memeriksa premis selepas penyewa mengosongkannya, pastikan anda periksa juga bahawa kesemua barangan berada pada tempat yang sepatutnya! 

Kehilangan Barang - Pemulangan Deposit Sewa Rumah

Anda berhak untuk menolak deposit sekuriti mereka sekiranya anda mendapati bahawa terdapat barangan yang hilang daripada premis anda contohnya seperti perabot ataupun perhiasan! 

Jadi, pastikan sebelum anda membuat sebarang tuduhan atau tuntutan, anda tahu apa yang anda mahu tuntut atau katakan kepada penyewa-penyewa tersebut.

Buat pemeriksaan pada rumah sewa tersebut dan pastikan anda membawa senarai inventori yang telah anda tandatangani bersama penyewa. Ini bagi memastikan setiap barangan yang ada ketika tamat tempoh penyewaan sama dengan sebelum penyewaan bermula.

 Apa kata Undang-Undang?

Terakhir sekali, sebelum kita akhiri artikel ini, jom kita lihat apakah yang undang-undang katakan berkaitan dengan deposit sekuriti ini.

Undang-undang Malaysia menetapkan bahawa wang deposit perlu dipulangkan semula kepada penyewa seperti yang telah ditetapkan di dalam perjanjian yang dibuat.

Sekiranya terdapat sebarang potongan dilakukan terhadap deposit sewa rumah tersebut ataupun anda memutuskan untuk tidak memulangkan jumlah keseluruhan wang tersebut, anda perlulah memaklumkan penyewa anda berserta sebab munasabah.

Sekiranya anda gagal untuk berbuat sedemikian, anda berpotensi untuk disaman oleh penyewa sekiranya kes ini dibawa ke peringkat mahkamah.

Jika sebab-sebab yang disenaraikan adalah tidak terpakai ke atas penyewa dan mereka mempunyai rekod bayaran yang cantik, maka mereka berhak untuk menuntut duit deposit mereka. 

Konklusi

Secara amnya, deposit sekuriti adalah sebagai sebuah jaminan kepada tuan rumah daripada kerosakan yang dilakukan oleh penyewa terhadap rumah sewa anda, ataupun poket anda!

Bagi memastikan anda mempunyai hak sepenuhnya ke atas duit deposit penyewa, surat perjanjian sewa rumah yang lengkap dengan terma & syarat berkaitan deposit adalah penting sebagai perlindungan anda.

Di Sewanify, kami percaya anda sebagai tuan rumah berhak untuk memastikan penyewa sentiasa berdisiplin dalam membayar sewa dan menjaga harta benda rumah sewa anda. Oleh itu, kami sarankan untuk menjadi sebahagian daripada 1,851 tuan rumah yang telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan surat perjanjian ini daripada kami. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

Anda Mungkin Berminat

Kenali Rahsia Di Sebalik Kejayaan Seorang Tuan Rumah Dalam Menguruskan Sesebuah Rumah Sewa!

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!