10 Maklumat Penyewa WAJIB Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah Anda – Bakal Selamatkan Duit Poket Dari LESAP Ke Tangan Mereka

Tuan Rumah sebenarnya berpotensi kerugian ribuan ringgit apabila tidak memasukkan maklumat penyewa ke dalam perjanjian sewa rumah mereka.

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

10 Maklumat Penyewa WAJIB Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah Anda – Bakal Selamatkan Duit Poket Dari LESAP Ke Tangan Mereka

Latar belakang Penyewa dimasukkan ke dalam surat perjanjian sewa rumah adalah sebagai rujukan Tuan Rumah sekiranya berlaku sebarang isu dalam tempoh sewaan.

Pernah tak dengar kes seperti ini:

“Duit sewa tertunggak 3 bulan. Bil elektrik tak bayar sampai RM4,000. Penyewa lari tak dapat dikesan. Apabila cuba dihubungi keluarganya semua tidak angkat. Cuba untuk ke kampung halamannya, hanya menjumpai sebidang tanah yang kosong. Majikannya? Tidak pernah wujud pun!”

Apabila Penyewa menipu maklumat mereka, Tuan Rumah lah yang merana apabila mereka cabut keluar.

Kenapa kami katakan begitu?

Kebanyakan kes sewaan rumah yang mendatangkan kerugian kepada Tuan Rumah adalah kes tidak bayar sewa dan pindah keluar tanpa sebarang notis.

Apabila kes seperti ini terjadi, Tuan Rumah kebiasaannya akan hilang hala tuju dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Namun, apabila maklumat Penyewa disimpan oleh Tuan Rumah, ia bakal memudahkan Tuan Rumah untuk menjejak Penyewa apabila mereka tiba-tiba hilang dari kawalan anda.

Oleh itu, bagi memastikan setiap informasi yang diberikan itu sahih, anda perlu membuat verifikasi pada setiap maklumat yang diberikan. 

Sebuah surat perjanjian sewa rumah hanya boleh digunakan antara dua pihak sahaja. Bermakna, sekiranya anda mempunyai lebih dari satu Penyewa, maka anda harus bezakan perjanjian sewa rumah antara satu sama lain. Setiap dokumen mempunyai maklumat Penyewanya yang tersendiri.

Tak pasti anda perlukan surat perjanjian ataupun tidak?

Baca >>> Ketahui Adakah Surat Perjanjian Sewa Rumah Sesuai Untuk Anda

Jom kita lihat apa yang perlu anda minta dari Penyewa dan bagaimana anda boleh membuat proses verifikasi tersebut.

1. Nama

Nama Penyewa adalah suatu informasi yang penting sebagai nama yang terikat dengan perjanjian sewa rumah yang dibuat.

Pastikan nama yang ditulis dalam kontrak adalah nama Penyewa yang anda ingin sewakan rumah anda kepadanya.

Hanya satu sahaja nama dibenarkan. Sekiranya berkeluarga, wakilkan ketua keluarganya untuk menandatangani perjanjian.

Kaedah Verifikasi: Melalui Kad Pengenalan

2. No. Kad Pengenalan

Kad pengenalan adalah rujukan utama apabila anda ingin mengambil tindakan undang-undang atau hanya sekadar rujukan sahaja.

Sebabnya:

No. Kad Pengenalan adalah sebuah identiti yang unik yang berbeza antara satu orang dengan orang yang lain.

Ia memudahkan pihak berkuasa untuk menjejak Penyewa yang bermasalah khususnya mereka yang suka pindah keluar tanpa notis.

Jadi, pastikan anda mempunyai salinan kad pengenalan mereka (depan dan belakang) untuk dikepilkan bersama surat perjanjian sewa rumah ini. Jangan lupa untuk membuat nota seperti “For Rental Purposes Only” pada salinan kad pengenalan tersebut.

Kaedah Verifikasi: Melalui Kad Pengenalan

3. No. Tel Bimbit

Nombor telefon bimbit adalah medium komunikasi yang utama apabila anda berurusan dengan Penyewa. 

Meskipun anda telah simpan nombor mereka dalam telefon bimbit anda, nombor telefon pada perjanjian sewa rumah adalah sebuah verifikasi kepada perbualan anda dengan Penyewa anda.

Apabila anda bertukar mesej, perbualan tersebut boleh dijadikan sebagai bahan bukti tambahan untuk digunakan di mahkamah dengan syarat nombor telefon yang digunakan adalah sama dengan nombor telefon yang didaftarkan di dalam surat perjanjian sewa rumah tersebut.

Sekiranya terdapat perubahan pada nombor telefonnya di tengah-tengah sewaan, maka anda perlu mengubahnya di dalam dokumen perjanjian tersebut.

Kaedah Verifikasi: Menghubungi nombor telefon tersebut dan diangkat oleh Penyewa

4. Emel

Emel adalah medium penghantaran notis yang utama dalam sesebuah sewaan. Meskipun surat secara fizikal masih lagi relevan, tetapi surat secara elektronik ataupun emel perlu dijadikan keutamaan. 

Emel adalah sebuah medium rasmi yang digunakan untuk menghantar sebarang surat dengan cepat dan mudah.

Pastikan anda menghantar sebarang notis kepada Penyewa melalui emel yang didaftarkan di dalam surat perjanjian sewa rumah anda.

Kaedah Verifikasi: Hantar emel kepada Penyewa dan pastikan mereka menerimanya

5. Media Sosial

Mungkin anda rasa media sosial Penyewa tidak penting dalam sesebuah pelaburan hartanah.

Bagi kami adalah sebaliknya, iaitu dengan mengikuti laman media sosial mereka, anda akan lebih mudah untuk mengesan pergerakan mereka apabila mereka keluar dari rumah sewa anda tanpa sebarang notis.

Ia juga akan memberi anda gambaran apakah jenis Penyewa yang anda telah ambil. Memudahkan anda untuk membuat keputusan sama ada ingin teruskan sewaan bersama mereka ataupun tidak.

Kaedah Verifikasi: Ikuti mereka dan pastikan mereka benarkan anda untuk mengikuti mereka

6. Alamat Tetap

Setiap Penyewa anda pasti ada alamat mereka yang asal sama ada alamat kampung halaman milik ibu bapa mereka atau milik mereka sendiri.

Apa gunanya alamat tetap ini?

Sama seperti yang lain, apabila Penyewa hilang dari radar anda, anda tahu mana anda patut cari.

Atau sekurang-kurangnya tempat rujukan oleh pihak mahkamah sekiranya anda ingin mengambil tindakan undang-undang.

Kaedah Verifikasi: Lihat Kad Pengenalan, Bil Utiliti atau Telefon Ibu Bapa/Penjaga Rumah Alamat Tetap Tersebut

7. No. Telefon Rumah Tetap

Seperti Alamat Tetap, ia adalah untuk tujuan pencarian apabila Penyewa tidak dapat dihubungi lagi.

8. Pekerjaan

Pekerjaan adalah antara perkara yang paling penting dalam menentukan keboleh-bayaran Penyewa untuk duit sewa rumah anda setiap bulan. 

Sangat berguna sewaktu proses tapisan Penyewa dilakukan. Iaitu sebelum Penyewa masuk rumah sewa lagi.

Tetapi..

..untuk surat perjanjian sewa rumah, kegunaannya adalah sebagai rekod dan rujukan anda di masa hadapan.

Memudahkan untuk anda rujuk dengan syarikat pekerjaan Penyewa anda.

Kaedah Verifikasi: Hubungi Majikan/HR tentang Penyewa anda

9. Alamat Pejabat

Seperti Alamat Tetap, Alamat Pejabat digunakan sebagai rujukan anda jika Penyewa anda bertindak untuk lari dari tanggungjawab mereka.

Anda perlu minta mereka masukkan sekali nama syarikat mereka supaya memudahkan untuk anda berurusan pihak majikannya.

Kaedah Verifikasi: Hubungi Majikan atau semak laman web / profil syarikat.

10. No. Tel Pejabat

Sama seperti Alamat Pejabat, tujuannya adalah untuk memastikan anda ada tempat perhubungan alternatif sekiranya Penyewa anda menimbulkan sebarang isu berkaitan sewaan.

Kaedah Verifikasi: Hubungi Majikan atau semak laman web / profil syarikat.

Kesimpulan

Di dalam sebuah surat perjanjian sewa rumah, wajib untuk anda sebagai Tuan Rumah memasukkan maklumat Penyewa ke dalam dokumen tersebut.

Seperti yang kita bincang di atas, maklumat Penyewa sangat penting sebagai bukti Penyewa itu wujud dan sebagai rujukan di masa hadapan sekiranya timbul sebarang isu.

Oleh itu, pastikan anda memasukkan ke semua 10 perkara ini ke dalam perjanjian sewa rumah anda sebelum memulakan Penyewaan.

Nak tahu contoh surat perjanjian sewa rumah?

Baca Lagi >>> Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Mungkin Berminat

Pelaburan Terakhir Anda —Jangan Menyesal Apabila Penyewa Tak Bayar Sewa & Rumah Sewa Jadi Tempat Sampah!

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!