25 Rahsia Kejayaan Sebagai Seorang Tuan Rumah – Cara Sewakan Rumah Sewa Anda Dengan Sempurna

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

25 Rahsia Kejayaan Sebagai Seorang Tuan Rumah – Cara Sewakan Rumah Sewa Anda Dengan Sempurna

Ramai tuan rumah melakukan kesilapan kerana mereka melakukan tidak mengikuti cara sewakan rumah dengan teknik yang betul.

Kebanyakan tuan rumah gagal dalam bisnes penyewaan rumah bukan sebab mereka tiada pengalaman atau tidak kompeten.

Percaya tak kalau kami katakan:

Ia bermula dari persediaan yang mereka lakukan (dari segi fizikal dan mental) untuk mengharungi segala cabaran yang bakal dihadapi ketika tempoh sewaan bermula.

Untuk menjadi seorang tuan rumah bukan hanya sekadar memiliki rumah dan menyewakan kepada orang luar sahaja. Ia lebih dari itu. Jika tidak, semua orang pun boleh menceburi bidang ini.

Walaupun begitu, anda tidak perlu rasa tertekan apabila ingin menjadi seorang tuan rumah kerana bukan semua buruk-buruk belaka. Malah, menjadi tuan rumah boleh menjadi pendapatan anda yang utama sekiranya anda betul-betul uruskan rumah sewa anda secara efisien dan efektif.

Sebagai seorang pelabur hartanah, sangat mudah untuk seseorang leka dengan tugas harian dalam memastikan pengurusan rumah sewa berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Tetapi:

Selain daripada mempunyai alat perlindungan seperti surat perjanjian sewa rumah, tuan rumah perlu sentiasa mengasah dan mengembangkan ilmu mengenai penyewaan rumah.

Baca lebih lanjut >>> Perjanjian Sewa Rumah Yang Melindungi Tuan Rumah Dari Penyewa Dari Neraka

Dalam artikel ini, kami akan mendedahkan 25 rahsia kejayaan sebagai seorang tuan rumah dan cara sewakan rumah sewa yang anda patut contohi untuk jadikan sewaan anda stress-free.

1. Jadikan Komunikasi Sebagai Kekuatan Utama

Pertama sekali hasilkan sistem pengurusan untuk semua perkara berkaitan rumah sewa anda. Sistem pengurusan ini memudahkan proses komunikasi, iaitu ia dapat mengurangkan anda melakukan perkara yang sama berulang kali.

Cara Sewakan Rumah - Komunikasi

Contohnya, gunakan laman web pengurusan rumah sewa untuk memudahkan anda menguruskan sewaan anda.

Anda boleh memuat naik borang permohonan menjadi penyewa,  permohonan penyelenggaraan, atau lain-lain borang yang anda perlukan daripada penyewa.

Jadi, sekiranya penyewa atau bakal penyewa ingin membuat permohonan, anda hanya perlu kongsikan URL laman web anda kepada mereka. Ia bakal memudahkan kedua-dua belah pihak.

Anda boleh gunakan pembina laman web yang percuma seperti Wix.com untuk membina sebuah sistem pengurusan secara online untuk rumah sewa anda.

2. Tuan rumah Yang Berjaya Tidak Berlengah-Lengah

Tuan rumah yang berjaya menyelesaikan sesuatu perkara apabila sesuatu perkara tersebut perlu diselesaikan.

Pada masa yang sama, mereka cekap dan berpengalaman untuk ketahui tugasan mana yang perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding yang lain.

Memiliki disiplin dalam melaksanakan tugasan sebagai seorang tuan rumah adalah kunci kejayaan di dalam bidang pengurusan rumah sewa ini.

Antara cara sewakan rumah sewa anda tanpa melengahkan sesuatu masalah adalah dengan sentiasa memberi respon kepada apa jua permintaan penyewa.

Namun, pada awal penyewaan, pastikan anda telah menetapkan peraturan bahawa hanya memberitahu perkara yang kritikal sahaja kepada tuan rumah. Dengan cara ini, anda boleh mengawal penyewa daripada mempergunakan anda.

3. Mengikuti Perkembangan Dan Selalu Ambil Tahu Setiap Perkara Berkaitan Dengan Pengurusan Rumah Sewa.

Sentiasa mendapatkan maklumat yang terbaru dari segi peraturan dan undang-undang, kadar sewa tempatan dan trend baru yang berkaitan dengan rumah sewa.

Ini bagi memastikan anda tidak dipermainkan oleh penyewa yang seolah-olah kelihatan lebih cerdik daripada anda.

Sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan penyewa pelbagai ragam dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan perkembangan industri yang terkini.

4. Bersikap Positif

Mengambil kira apa yang akan anda hadapi setiap hari dengan menguruskan penyewa yang pelbagai ragam atau rumah sewa yang penuh dengan masalah, anda perlulah kekal positif, iaitu berfikiran “Aku boleh buat” sepanjang masa.

Bukan sahaja anda bakal menghadapi salah faham di antara anda dengan penyewa, tapi anda kena sentiasa tenang dan positif apabila pasaran rumah sewa tidak berjalan seperti apa yang anda harapkan.

5. Cipta Sistem Tapisan Penyewa

Untuk mengelak sebarang isu di antara anda dan penyewa di masa hadapan, anda perlu satu sistem iaitu dengan menilai dan mencari penyewa yang berkualiti.

Cara Sewakan Rumah - Tapisan

Sistem tapisan ini membantu anda membuang semua bakal penyewa yang berpotensi mendatangkan masalah dan hanya mengambil mana-mana yang berkualiti sahaja.

Penyewa perlu memberikan anda segala informasi mereka khususnya informasi berkaitan pekerjaan dan sejarah sewaan supaya anda boleh membuat penilaian yang sewajarnya.

Pekerjaan menentukan keboleh-bayaran mereka pada duit sewa rumah anda dan sejarah sewaan menentukan keupayaan mereka untuk menjaga rumah sewa anda dengan baik.

6. Menjadi Seorang Yang Berfikiran Kehadapan

Terima kasih pada teknologi, industri pengurusan rumah sewa berkembang dengan sangat cepat.

Banyak software, aplikasi mudah alih dan cloud solutions dicipta untuk memudahkan sistem pengurusan rumah sewa.

Untuk sentiasa kekal kompetitif, anda wajib menyesuaikan diri dan sentiasa bersangka baik dalam menerima perubahan dan kemajuan.

7. Mempunyai Strategi Jangka Panjang Dan Menetapkan Matlamat

Anda pasti akan terkejut dengan jumlah tuan rumah yang tidak kisah tentang perkara ini. Kebanyakan tuan rumah hanya memikirkan keuntungan pada masa yang terdekat tanpa membuat pelaburan jangka masa yang panjang.

Mempunyai strategi jangka panjang dan menetapkan matlamat akan memastikan anda kekal fokus dan bersemangat dalam bisnes sewaan rumah anda.

Berikut adalah beberapa persoalan yang perlu anda tanyakan sebelum menetapkan strategi jangka panjang:

  • Bagaimana prestasi perniagaan pengurusan rumah sewa anda dari segi mengekalkan penyewa sedia ada?
  • Adakah terdapat prosedur yang boleh diperbaiki bagi membantu menambah baik hubungan antara anda dan penyewa?
  • Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kos perbelanjaan pengurusan rumah sewa?
  • Adakah penyewa anda berpuas hati dengan servis yang anda tawarkan?
  • Sejauh manakah kecekapan anda dalam mengutip sewa, deposit dan sebagainya?
  • Adakah anda sentiasa memperoleh penyewa yang baru?

Strategi bermula dengan sebelum tempoh sewaan bermula. Pastikan anda memiliki surat perjanjian yang lengkap dengan pelbagai peraturan bagi memastikan penyewa bertindak seperti yang anda inginkan.

Baca lagi >>> Apakah Perkara Penting Yang Perlu Dimasukkan Ke Dalam Surat Perjanjian Sewa Rumah?

8. Bersikap Tegas

Sesetengah orang membuat keputusan dengan mengikut perasaan.

Yang lain pula membuat keputusan berdasarkan gerak hati.

Selebihnya membuat keputusan dengan menggabungkan kedua-duanya sekali.

Apapun apabila membuat keputusan, yakin dengan keputusan tersebut.

Segala kesan daripada keputusan tersebut mestilah ditangani dengan secepat mungkin.

9. Tuan Rumah Berjaya Mempunyai Sifat Ingin Tahu

Salah satu tips tuan rumah yang berjaya adalah sifat ingin tahu.

Mereka sentiasa mencari cara sewakan rumah yang lebih baik dan lebih inovatif untuk mencapai matlamat mereka.

Tidak semestinya apa yang tidak dilakukan oleh tuan rumah yang lain tidak boleh dilakukan oleh anda. Berfikiran kreatif dan inovatif menjadikan bisnes sewaan anda unik dan mendapat perhatian penyewa.

10. Berinteraksi Dengan Penyewa

Tuan rumah yang berjaya tahu betapa pentingnya untuk mempunyai hubungan yang jujur dengan penyewa.

Kenali penyewa anda secara peribadi.

Cara Sewakan Rumah - Beramah Mesra bersama penyewa

Luangkan masa dengan berinteraksi dengan individu yang menghuni di rumah sewa yang anda uruskan.

Anda mungkin akan terkejut dengan hasil yang anda dapat walaupun hanya bertegur sapa secara ringkas sahaja.

Tuan rumah boleh tingkatkan penglibatan bersama penyewa dengan cara:

  • Tetapkan strategi untuk beramah mesra bersama penyewa
  • Ketelusan adalah sasaran yang utama
  • Selaraskan tujuan beramah mesra dengan objektif bisnes
  • Latih pekerja anda untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi yang konsisten.

11. Cari Peluang Untuk Berkembang

Tuan rumah yang hebat sentiasa mencari peluang untuk menambah kualiti dalam servis sewaan rumah kepada penyewanya.

Peluang ini melibatkan mengambil sebanyak kesempatan untuk menaikkan nama rumah sewa anda.

Kaedah yang pertama untuk menaikkan nama rumah sewa anda adalah dengan menyertai pelbagai rangkaian pencarian rumah sewa di kawasan tempatan, forum perbincangan pengurusan hartanah dan lain-lain tempat seperti Facebook Group untuk menambah ilmu pemasaran atau mencari penyewa baru.

Di dalam rangkaian ini, anda akan pelajari pelbagai rahsia dan cara sewakan rumah yang terbaik dan yang belum pernah anda dengar sebelum ini.

12. Berikan Rumah Sewa Yang Siap, Bersih Dan Kemas

Bak kata orang, tanggapan awal selalunya kekal.

Cara anda paparkan rumah sewa anda di dalam laman web boleh memberi perbezaan buat pelanggan yang berkata ‘Ya’ dengan pelanggan yang berkata ‘Takpalah’.

Periksa dengan betul rumah sewa yang disewakan terlebih dahulu sebelum penyewa anda pindah masuk.

Semakan sebelum penyewaan membolehkan anda mengenal pasti sebarang masalah terlebih dahulu.

Setelah anda semak, panggil kontraktor untuk perbetulkan keadaan sekiranya terdapat sebarang kerosakan.

Ingat, anda perlu letakkan benchmark yang tinggi kepada penyewa anda supaya mereka pulangkan lebih baik daripada apa yang anda beri.

13. Jadikan Diri Anda Bersemangat

tuan rumah yang berjaya mempunyai semangat yang kuat untuk mencapai kejayaan.

Mereka selalunya sibuk memperbaiki dan mengembangkan diri untuk menjadi seorang profesional dan mereka tempuh segala halangan dan cabaran.

Mereka sentiasa melangkau jauh untuk memastikan objektif mereka tercapai.

Sebagai pelabur hartanah anda haruslah:

  • Mendedikasikan diri anda dalam mencari penyelesaian yang inovatif
  • Menyertai pelbagai persatuan berkaitan
  • Melakukan penyelidikan untuk menambah manfaat kepada penyewa
  • Menghadiri pelbagai seminar berkaitan pelaburan hartanah

14. Kerap Membuat Pemeriksaan

tuan rumah selalu melakukan pemeriksaan yang menyeluruh bagi rumah sewa yang mereka uruskan.

Kegagalan melaksanakannya bukan sahaja memberi kesan kepada perlindungan insurans tetapi juga membawa kepada ketidakpuasan hati penyewa.

Sebab lain mengapa pemeriksaan yang kerap ke atas rumah sewa diperlukan adalah untuk:

  • Memelihara dan menaikkan nilai rumah sewa tersebut
  • Mengenal pasti kawasan manakah yang perlu diperbaiki dan dijaga
  • Memastikan tiada aktiviti haram berlaku di rumah sewa
  • Mengekalkan penyewa yang berkualiti

Sebaik-baiknya, pemeriksaan dicatat dan dilakukan setiap tiga bulan. Selain itu, melantik seorang profesional adalah suatu idea yang baik untuk memastikan pemeriksaan dijalankan dengan penuh teliti.

15. Pastikan Kertas Kerja Anda Teratur

Sebagai pelabur hartanah, anda perlu berhadapan dengan kertas kerja setiap hari dan pada masa yang sama tidak ketinggalan pada trend industri terkini.

Sekiranya anda mempunyai sistem pengurusan fail yang bagus, anda boleh menjimatkan masa dan dapat menangani masalah-masalah seperti pengurusan penyelenggaraan rumah, audit dan hal-hal berkaitan perundangan.

Sebagai contoh, anda akan mengurus fail-fail penyewa seperti:

  • Notis Penyelenggaraan Rumah Sewa
  • Rekod Pembayaran Sewa
  • Pemeriksaan Kertas Kerja Pindah Masuk Dan Pindah Keluar
  • Wang Deposit
  • Pembayaran Semula Wang Deposit,
  • Dokumen Pengusiran Penyewa
  • Pelanggaran Pajakan
  • Aktiviti Pemberian Notis

16. Mencari Peluang Apabila Orang Yang Lain Menganggap Sebagai Halangan

Satu rahsia kejayaan adalah dapat menyelesaikan masalah yang orang lain tidak dapat selesaikan. Hal ini benar terutamanya dalam pengurusan rumah sewa.

Sangat penting untuk mengamalkan sifat proaktif sepanjang masa.

Cara Sewakan Rumah - Cabaran

Sebagai contoh, kebanyakan tuan rumah takut untuk mengambil penyewa yang mempunyai haiwan peliharaan. Namun, adakah ketakutan ini wajar?

Anda boleh mengambil peluang ini dengan membuka peluang sewaan kepada pemilik haiwan peliharaan dengan mengenakan kawalan-kawalan tertentu kepada mereka.

Pastikan di dalam surat perjanjian sewa rumah dinyatakan syarat-syarat dalam memelihara haiwan peliharaan.

17. Belajar Daripada Kesilapan, Rakan Sekerja Dan Sekitar Anda.

Menjadi seorang tuan rumah yang berjaya memerlukan anda untuk tahu mengenai pelbagai benda.

Bak kata orang putih : “Jack of All Trades”

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam setiap bidang, tetapi anda perlu memahami setiap perkara-perkara umum dalam perihal bisnes sewaan rumah.

Sebagai contoh, tidak cukup dengan hanya tahu menguruskan rumah sewa.

Anda juga harus ada ilmu pemasaran atas talian, perakaunan dan lain-lain bidang yang berkenaan rumah sewa.

Semakin banyak anda tahu, semakin maju anda dalam pasaran, dan semakin baik dalam apa jua yang anda lakukan untuk memastikan pelaburan anda memberi anda keuntungan yang maksimum

18. Teratur

Dengan kemahiran penyusunan yang baik, anda boleh kendalikan apa-apa sahaja yang datang kepada anda.  

Sebagai seorang tuan rumah, anda perlu mempunyai sistem yang baik untuk pastikan setiap aliran dokumen itu difailkan pada tempat yang sepatutnya.

Menurut kajian yang dibuat oleh Buildium, 81% pemilik rumah sewa menyatakan mereka lebih memilih untuk menggunakan teknologi dalam pengurusan sewa rumah.

Dengan menggunakan teknologi, tuan rumah boleh melalukan pelbagai perkara seperti mencari penyewa yang berkualiti, sentiasa mengikuti perkembangan dalam isu penyelenggaraan dan menyelesaikan sebarang kesalahfahaman antara tuan tanah-penyewa sekiranya ada.

Ini adalah tip-tip pengurusan dan perancangan untuk pengurusan rumah sewa secara profesional:

  • Mencipta sebuah protokol komunikasi dengan penyewa anda (WhatsApp/Facebook Group/dll)
  • Tahu jenis tugasan yang mana anda boleh lakukan sendiri atau melantik orang lain
  • Sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara di luar jangkaan
  • Mengurangkan kertas kerja sebanyak yang mungkin

19. Sempadan Hubungan Bersama Penyewa

Semua tuan rumah sebolehnya mahu ada hubungan yang baik dengan penyewa mereka.

Oleh itu, anda perlu meletakkan sempadan dengan para penyewa. Ini bagi kami adalah antara cara sewakan rumah yang terbaik anda boleh praktikkan. Kebanyakan daripada tuan rumah gagal kerana terlampau ‘baik’ sehingga penyewa naik kepala manakala ada juga tuan rumah yang bersifat kejam sehingga penyewa lari tidak ingin bayar.

Menjadi terlalu tegas keadaan mungkin menjadi tegang, menjadi terlalu baik pula berkemungkinan di salah erti atau diambil kesempatan.

20. Menguruskan Masa Adalah Keutamaan

Dalam menangani isu berkaitan penyewa atau rumah sewa anda, pengurusan masa memainkan peranan yang sangat penting.

Apabila anda tahu bagaimana untuk menggunakan (dan tidak menggunakan) masa anda, anda akan menjadi lebih produktif dan cekap.

Untuk menguruskan masa anda, buat satu rutin dan sentiasa berdisiplin untuk mengikuti rutin tersebut.

Tulis senarai rutin tersebut pada dinding tentang apa yang perlu dilakukan dan pastikan stesen kerja yang digunakan bersedia untuk hari esok.

Namun, elakkan sepanjang masa anda berada di meja dan membalas e-mel 24/7. Sebaliknya, bahagikan hari anda kepada beberapa bahagian mengikut tugasan tertentu pada satu-satu masa.

21. Pelabur Yang Berjaya Melakukan Sesuatu Dengan Integriti.

Bertindak secara integriti akan menaikkan reputasi anda di dalam industri rumah sewa.

Integriti di sini secara amnya bermaksud apa yang mengotakan apa yang anda katakan – berpegang pada janji.

Sentiasa ingat akan imej bisnes anda. Reputasi yang baik adalah potensi kepada lebih ramai pelanggan yang berkualiti di masa hadapan.  

22. Proaktif

Apabila anda sentiasa berada selangkah ke hadapan, anda akan lebih mudah untuk mengelak sebarang masalah terjadi terhadap anda.

Cara Sewakan Rumah - Proaktif

Kenapa tuan rumah perlu menjadi proaktif?

Kerana penyewa tidak akan jadi proaktif untuk anda!

Duit sewa bayar lewat. Rumah tidak dijaga. Bil utiliti selalu terlepas.

Sebagai tuan rumah, anda perlu bersikap lebih proaktif, khususnya pada awal-awal sewaan. Kerana pada awal-awal sewaan inilah penyewa kebiasaannya culas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Selalu hantar mereka peringatan dan amaran supaya mereka lebih beringat dan berhati-hati untuk tidak melanggar perjanjian yang telah dipersetujui.

23. Yakin

Menjadi tuan rumah yang berjaya adalah suatu pengorbanan dan memerlukan usaha yang berterusan. Tidak dinafikan bahawa ia memerlukan masa untuk mahir akan selok-belok industri ini.

Sebagai tuan rumah yang baru ingin belajar, tidak salah melakukan kesilapan. Namun, apa yang salah adalah apabila mereka tidak belajar daripada kesilapan tersebut.

Terdapat pelbagai cara sewakan rumah yang efektif dan efisien yang boleh anda praktikkan. Apa yang anda hanya perlukan adalah untuk lebih yakin dalam menangani cabaran-cabaran baru dan tidak mudah mengalah.

Apabila anda sudah terbiasa dengan apa yang anda lakukan, anda secara alaminya akan lebih yakin dalam menangani sebarang isu yang bakal timbul di masa hadapan.

24. Elakkan Jatuh Di Dalam Perangkap Selesa

Industri pengurusan rumah sewa berubah setiap hari. Ia berkait rapat dengan perubahan ekonomi dan perkembangan teknologi maklumat.

Dahulunya kutipan sewa dibuat melalui cek atau cash deposit. Sekarang segalanya boleh dilakukan secara atas talian, malah ada juga sistem memboleh penyewa membayar menggunakan sistem perbankan online seperti Maybank2U, CIMBClicks dan sebagainya.

Dahulu gambarnya kurang cantik kerana kualiti kamera yang baik sukar untuk didapati. Sekarang, kebanyakan handphone disertakan dengan kamera yang berkualiti tinggi yang boleh didapati dengan harga yang sangat berbaloi.

Anda perlu mengikut aliran terkini untuk mengelakkan terjatuh di dalam perangkap keselesaan.

Mengikuti trend dan perkembangan terkini membantu anda untuk sentiasa ke hadapan berbanding pesaing-pesaing anda.

25. Boleh Diharapkan

Senantiasa ada apabila penyewa memerlukan anda adalah penting.

Tanggungjawab anda memerlukan anda untuk bekerja dengan pelbagai jenis golongan, dan tugas anda adalah untuk memastikan mereka puas hati.

Balas emel dan panggilan telefon dengan kadar segera.

Jika anda tidak dapat membalasnya, maklumkan kepada mereka dan memohon maaf dengan ikhlas.

Apapun, tunjukkan kepada mereka bahawa anda sebenarnya mengambil berat serta prihatin untuk menyelesaikan isu mereka dengan secepat yang mungkin.

Konklusi

Pengurusan rumah sewa adalah sebuah jurusan yang sangat pantas dan kompetitif. Oleh itu, sangat penting untuk anda miliki kemahiran dan kebolehan untuk membantu anda mara jauh ke hadapan. Selari dengan disiplin diri dan matlamat, tabiat ini akan meningkatkan kehidupan peribadi dan profesional sebagai seorang pelabur hartanah.

Ilmu dalam penyewaan rumah tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya demi kekal kompetitif dalam mendapatkan penyewa yang berkualiti. Segalanya bermula dalam diri dan dimanifestasikan ke dalam bisnes sewaan.

Namun, ia bukanlah berhenti di dalam diri sahaja. Ia perlu diadaptasikan ke dalam keseluruhan strategi bisnes sewa rumah. Salah satu cara yang paling penting bagi memastikan setiap 25 perkara yang kami tulis di dalam ini praktikal adalah dengan melalui penggunaan surat perjanjian sewa rumah yang mudah difahami dan ringkas untuk digunakan.

Surat perjanjian sewa rumah adalah tunjang kepada segala pematuhan penyewa terhadap arahan anda sebagai tuan rumah. Apabila penyewa tidak mendengar kata-kata anda, bagaimana anda ingin menjadi yakin untuk meneruskan bisnes rumah sewa anda? Sebab itu anda lihat ramai tuan rumah gagal teruskan bisnes ini kerana mereka rasa mereka tidak mampu. Namun, hakikatnya, mereka hanya tidak mempunyai strategi dan alat yang betul untuk menjalankan perniagaan ini.

Sudahkah anda bersedia untuk melihat penyewa anda mendengar SETIAP kata-kata anda?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

Anda Mungkin Berminat

Kenali Rahsia Di Sebalik Kejayaan Seorang Tuan Rumah Dalam Menguruskan Sesebuah Rumah Sewa!

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!