Kalkulator Duti Setem LHDN

Kira Berapa Kos Duti Setem Untuk Surat Perjanjian Rumah Sewa Anda

LHDN Calculator
0% Complete
1 of 3

Cara Kira Duti setem LHDN untuk Surat Perjanjian Sewa Rumah.

Sebelum menghantar kontrak sewa rumah ke pihak LHDN, anda boleh kira caj yang akan dikenakan dengan menggunakan kalkulator duti setem LHDN kami atau ikuti cara pengiraan di bawah.

Surat perjanjian sewa rumah adalah sebuah dokumen yang mengandungi segala terma dan syarat yang perlu tuan rumah dan penyewa persetujui sebelum tempoh sewaan bermula.

Dokumen ini memainkan peranan yang sangat penting untuk melindungi hak tuan rumah dan penyewa sepanjang tempoh sewaan berlangsung.

Sebagai contoh,dengan menyatakan secara jelasnya tanggungjawab penyewa dalam memperbaiki kerosakan harta benda rumah yang berlaku di dalam tempoh penyewaan tersebut, maka tuan rumah terselamat daripada memegang tanggungjawab tersebut. 

Untuk mengesahkan dokumen perjanjian ini, kedua-dua pihak – tuan rumah dan penyewa – perlu menandatanganinya.

Setelah itu, dokumen ini perlu dicop atau stamping di LHDN untuk menjadikannya sah digunakan di mahkamah. 

Duti setem, iaitu sebahagian daripada sistem pencukaian dikenakan pada dokumen yang melibatkan perundangan dan perlu dibayar sebelum tempoh penyewaan bermula.

Kebiasaannya, terdapat dua salinan perjanjian, satu untuk tuan rumah dan lagi satu untuk penyewa.

Kedua-dua salinan ini perlu dicop oleh LHDN sebelum proses kemasukan penyewa baru ke rumah sewa anda. Pembayaran duti setem surat perjanjian boleh dibuat di mana-mana kaunter LHDN.

Pembayaran duti setem mempunyai formulanya tersendiri untuk mengira jumlah akhir duti setem yang perlu anda bayar. Sekiranya formula di bawah terlampau memeningkan untuk anda, guna kalkulator duti setem LHDN yang kami sediakan di atas halaman ini.

Formulanya adalah: (((Y x 12) – 2400/250) x Z

iaitu:

Y = Kadar Sewa Bulanan

Z = Kadar Harga Bergantung Pada Tempoh Sewaan

Kadar Harga Bergantung Pada Tempoh Sewaan (Z) adalah seperti berikut:

Tempoh Sewaan

Kadar Harga

1 Tahun atau Kurang

RM1

> 1 Tahun hingga 3 Tahun

RM2

> 3 Tahun dan ke atas

RM4

Langkah 1:

Tentukan jumlah keseluruhan sewa tahunan anda. Contohnya, anda ingin menyewakan unit anda dengan harga RM1,600 sebulan. Sewaan tahunan anda ialah RM19,200 (RM1,600 sebulan x 12 bulan).

Langkah 2:

Kira sewaan yang dikenakan cukai. Oleh kerana RM2,400 pertama dikecualikan daripada duti setem, jumlah sewa yang dikenakan cukai adalah RM16,800 (RM19,200 – RM2,400).

Langkah 3:

Duti setem akan dikenakan mengikut tempoh sewaan (rujuk jadual di atas). Kita akan memberikan contoh untuk setiap tempoh sewaan, dengan mengganggap kadar sewaan adalah sama iaitu RM1,600 sebulan: 

1 tahun atau kurang

(((RM1600 x 12) – 2400/250) x RM1 = RM67.20    

* Salinan tambahan Perjanjian Penyewaan dicaj sebanyak RM10. Bermakna: RM67.20 + RM10 = RM68.20 (jumlah ini adalah untuk 2 salinan Perjanjian Penyewaan, satu untuk tuan rumah dan satu lagi untuk penyewa, yang kedua-duanya perlu dicop oleh LHDN untuk menjadikannya sah digunakan di mahkamah.)

> 1 tahun hingga 3 tahun

(((RM1600 x 12) – 2400/250) x RM2 = RM134.40

* Salinan tambahan Perjanjian Penyewaan: RM134.40+ RM10 = RM144.40

> 3 tahun dan seterusnya

(((RM1600 x 12) – 2400/250) x RM4 = RM268.80

* Salinan tambahan Perjanjian Penyewaan: RM268.80 + RM10 = RM278.80

Satu perkara yang sangat penting untuk anda tahu mengenai cara pengiraan bayaran duti setem adalah: Sekiranya jumlah yang anda perolehi setelah anda menolak pengecualian sebanyak RM2,400 dari sewaan setahun BUKAN gandaan sebanyak 250, anda perlu membulatkan angka tersebut hingga yang terdekat (dan tertinggi) 250.

Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024

Elak Penyewa Bermasalah. Pembayaran Sewa On-Time. Rumah Sewa Sentiasa Bersih & Kemas.

Mockup 12 Rahsia urus rumah sewa dan perjanjian sewa rumah

100% PERCUMA

12 Rahsia Urus Rumah Sewa Sendiri — Tanpa Bantuan Ejen Hartanah

Marah? Stress? Pening Nak Uruskan Rumah Sewa?

70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.

Download eBook ini untuk merungkai rahsia di sebalik kejayaan menguruskan rumah sewa sendiri.

BONUS PERCUMA: Checklist Pemeriksaan Rumah Sewa + 6 Siri Emel Rahsia Kejayaan Tuan Rumah

38 Terma & Syarat Surat Perjanjian Sewa — Supaya Penyewa Dengar & Patuh Peraturan Rumah Sewa Anda

Ramai Tuan Rumah terperangkap dengan Perjanjian yang SALAH!

Kenali terma & syarat yang wajib untuk pastikan hak anda sebagai Tuan Rumah terlindung!